18

80 15 10
                                    

Haeyoon's+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haeyoon's+

Aku bangun awal pagi dengan perasaan yang sebal.Hati aku jadi serbasalah sejak malam tadi.

Kejam sangatkah aku?

"Wargh!!!" Aku menjerit sambil menekupkan mulut ke atas bantal.

Dengan langkah yang berat,aku menuju ke bilik air untuk bersiap ke universiti Yonsei.

Usai itu,aku turun menuju ke tingkat bawah untuk bersarapan pagi.Aku ingat nak minta maaf sekali pasal hal semalam tapi yang aku lihat hanya abang Tae sahaja yang kelihatan di meja makan.

"Abang Tae..mana Yeonjun?" Soalku sebaik sahaja melabuhkan duduk di hadapannya.

"Dia pergi awal harini.. Entah apa yang merasuki dia pagi-pagi ni nak pergi awal.." Jawab Taehyung dengan nada mendatar sebelum menyuapkan roti ke dalam mulut.

"Ouh..hmm."

Dah agak.Dia bukannya rajin nak pergi awal pagi pun.Nampak sangat dia betul-betul marahkan kau kalini Haeyoon...

Ini adalah kali kedua dia marahkan aku sampai macam ni sekali.Pertama tu ,aku pecahkan robot kegemaran dia.Tapi,waktu tu aku kan budak-budak.

"Termenung apa lagi?makan cepat, aku tolong hantar.." Tegur abang Tae setelah melihat aku langsung tidak menyentuh sarapan pagi.

"Gwenchana..harini Haeyoon nak pergi naik bas..Haeyoon pergi dulu.."
Kataku seraya bingkas menuju ke rak kasut.

Taehyung pun hanya mengangguk,tidak menghalang.

"Jimat duit minyak aku.."

Dapat aku dengar dia berbisik sendiri sebelum aku melangkah keluar dari pintu rumah.

Ceit, muka dahlah sentiasa dingin lepastu kedekut tahu hidung masin.

Aku berlari menuju ke arah stesen bas berdekatan,tapi makin lama aku dapat melihat figura seseorang yang aku kenali apabila aku makin mendekat.

Tanpa suara, aku duduk di sebelahnya yang terlelap.Kemudian, aku memberikannya jaket baju sejuk yang aku pakai.

"Sanggup kau tunggu bas dekat sini pukul 7 pagi,Yeonjun? Semata-mata nak elak dari aku?" Aku berbisik perlahan agar aku tidak menganggu tidurnya.

Aku tilik jam,pukul 7.30 pagi.

Sepatutnya, kelas aku dengan Yeonjun pukul 9 pagi nanti.Lagipula,bas dekat sini selalunya datang pukul 8 lepastu datang balik selang sejam.

Lama aku diam sambil memerhatikannya tidur.Tanpa sedar,Yeonjun elok meletakkan kepalanya ke atas bahu aku.

Aku tarik nafas dalam.

"Dah kenapa rasa sesak nafas semacam je?nak kata Covid-19..tak juga.."Kataku perlahan sambil membetulkan posisi kedudukan agar lebih selesa.

" Itu sebab kau sukakan aku.."

Teguran seseorang membuatkan aku hampir jatuh dek terkejut.

Yeonjun angkat kepala dari terus melentok ke atas bahu aku seraya memandang ke arah aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"B-bwo?sejak bila kau bangun?" Soalku dengan tergagap-gagap.Aku dengar dia tertawa kecil sebelum dia membuang pandangan ke arah jalan hadapan yang sudah mula sibuk dengan kenderaan.

"Sejak kau datang lepastu letakkan baju sejuk dekat atas bahu aku.." Balasnya mendatar.

"Mian..pasal semalam.."

"Sudahlah..aku dah taknak ingat balik dah.Hari baru,perkara baru. Maaf juga sebab naikkan suara dekat kau semalam." Balasnya tenang seperti tiada apa pernah berlaku.

"Tapi,kenapa kau boleh tertidur dekat sini pula?" Soalku dengan dahi yang berkerut.

"Aah,sebenarnya kawan aku si Jihoon tu suruh aku datang awal ke universiti sebab harini kan giliran kitaorang present.. Jadi,nak datang awal sebab nak berlatih.. Tengok-tengok,aku baru teringat bas datang pukul 8..haih,mesti Jihoon marah aku nanti."

Omengannya aku dengar sahaja tanpa bersuara.Kadang aku bersuara sendiri dalam hati.

Selalunya sikap dia selalu buat aku annoyed tapi sikapnya yang mudah maafkan orang yang satu ni buatkan aku jadi lagi serbasalah.

Flashback--

Dari awal Yeonjun berikan rantai tu,aku dah tahu sebenarnya dia dah meluahkan perasaannya secara terang-terangan tetapi aku yang menafikannya.

Sebab aku tengok Minji juga pertama kali sukakan seseorang dengan serius buatkan aku rasa serbasalah terhadap Minji jika aku ikutkan perasaan untuk terima Yeonjun.

Tentang wishes kedua Yeonjun, aku memang tak expect langsung dia seserius itu.Tapi,lepas Minji kata dia nak confess. Aku terpaksa tolaknya walaupun aku tahu aku dah lukakan hati Yeonjun.

"Mianheyo.." Itu yang selalu aku cakap setiap kali melepasi pintu biliknya.

Sejak Papa Won minta aku jadi tunang abang Tae secara tiba-tiba buatkan aku diserang rasa kurang senang.Aku takut Yeonjun akan lebih terluka lagi jika dia tahu tentang ni.

Sebab tu,aku nak buat dia buang sikit demi sikit perasaan dia dekat aku.

Kejamkan aku?

Tapi,aku cuma nak dia bahagia saja.

End flashback--

"Yoon,bas dah lama sampai..kau nak kena tinggal ke?kalau kena tinggal bas,pandai-pandailah kau bertapak 10 km ke universiti.." Katanya diselangi tawa sebelum berjalan masuk ke dalam perut meninggalkan aku.

"Yah anak Choi!tunggulah.."Kataku sebelum mengikuti langkahnya.



To be continued...

[OG] Fall for You || KTH/CYWhere stories live. Discover now