Misteri Asrama M.A.T.A

1.9K 110 3
                                    

Trailer

   "Pengetua..."

   Moon terduduk melihat apa yang terhidang di hadapan mata. Memang jauh dari jangkauan.

   Asrama M.A.T.A dikejutkan dengan kes pembunuhan bersiri. Ianya pembunuhan yang amat misteri apabila suspek seakan - akan memberi klu di atas apa yang mereka lakukan.

   Ali membelek kertas yang diselitkan pada bawah meja pengetua.

   "Apa ni?" Ada perkataan tertulis. Dakwatnya berbau hanyir. Jelas sekali warna merah pekat itu darah. "Matematik?"

   Ali dan kawan - kawannya mencari pembunuh sebenar walaupun ditegah supaya tidak menyibuk di dalam kes ini. Adakah siasatan mereka membawa kejayaan...

   Iman yang sedang berjalan ke perpustakaan terasa seperti diekori seseorang, berjalan dengan lebih laju.

   Tiba - tiba bahunya dipegang seseorang.

   Atau membawa bala?

   Rudy hanya menjeling Ali yang sibuk memikirkan kes pembunuhan yang makin terjadi - jadi di sekolah yang dia sangat sayangi ini.

   "Kau takkan berjaya cari dia Ali."

   Ali hanya kaku, diam. Tidak berkutik.

.
.
.

SELAMAT DATANG KE
ASRAMA M.A.T.A
.
Di luar kau nampak ia indah
Tapi bila kau berada
Di dalam kau mahu keluar
.
Penulis : Nooroo_Edayu03
.
Mula : 6 September 2019
Tamat : 2 November 2019

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now