Chapter 3

899 100 11
                                    

SELAMAT DATANG KE
ASRAMA M.A.T.A
.
Kini kau berada di dalam
Untuk terus hidup
Kau tidak boleh percayakan
Sesiapa

ALI terjenguk ke dalam bilik kesihatan. Kelihatan Moon, Khai dan Iman sedang berborak - borak. Terjengket - jengket Ali untuk masuk ke dalam, tidak mahu rakan - rakannya memarahinya kerana datang agak lewat.

Nooroo : Sekarang ini waktu balik ke Asrama. Dan mereka perlu berkumpul ke dewan pada pulul 5 petang. Tenanglah, sekarang baru pukul 3 petang.

   "Hey kau terjenguk - jenguk tu kenapa?" Ali jatuh tertiarap di muka pintu kerana terkejut dengan sergahan Alicia.

   "Kau ni. Terjatuh aku." Alicia menjelir lidah sebelum masuk ke dalam bilik kesihatan untuk melawat Moon.

   "Kenapa kau lambat Ali?" Tanya Khai. Kepala Ali pula sedang memproses untuk mereka ayat.

   "Aku... Kumpulkan Bukti!" Entah kenapa bilik kesihatan ini sunyi setelah mendengar jawapan Ali.

   "Kumpulkan bukti?" Iman memandang Ali, tidak mengerti.

   "Ya... Bukti. Pasal kematian pengetua." Khai menyiku Ali yang sedang mengeluarkan bukti. Muka Moon berubah menjadi sedih.

   "Maks... Maksud aku supaya kita dapat menghukum penjenayah yang sudah membunuh pengetua!" Bahan bukti sudah terkumpul di depan mata.

   "Mana kau dapat semua ni?" Tanya Alicia sambil membelek sekeping kertas yang bertulis 'Matematik'.

   "Buku apa ni? T. Emma, gadis King Kong. At My House." Berkerut dahi Iman apabila membaca tajuk buku yang pelik tajuknya.

   "Lepas pergi ke surau, aku tak sengaja termasuk bilik pengetua untuk cari bukti tadi." Ali mengeluarkan buku nota kecil miliknya dan sebatang pen.

   "KAU MASUK BILIK PENGETUA?" Mereka berempat serentak berteriak memandang Ali.

   Ali menghalang penglihatannya dengan tangan. Gerun pula melihat muka rakannya yang masing - masing menahan rasa terkejut. "Aku nak cari buktilah. Tetapi hairan, mengapa polis tidak dapat menjumpainya?"

   "Apa kena mengena Matematik dengan buku - buku ni?" Khai membelek - belek kandungan buku bertajuk T. Pergh, semua ayat dimulai dengan huruf T!

   "Entah - entah, ketiga - tiga buku ini mengandungi jawapan soalan peperiksaan Matematik!" Ali membuat sangkaan berdasarkan bukti.

   Khai apa lagi... Terus membelek semua buku untuk mencari jawapan Matematik.

   "Kepala koranglah." Alicia membuat muka menoya apabila mendengar sangkaan Ali.

   "Aku lawat Moon je. Aku pergi dewan dululah. Kau orang pergi sebelum pukul 5 kalau tak aku tulis nama korang poteng." Alicia berlalu dari bilik kesihatan.

   Ali memandang jam di tangannya. "Peliklah Alicia ni. Baru pukul 3:15."

   "Aha!" Moon memetik jari memeranjatkan Ali dan Khai menyebabkan dua jejaka itu terpeluk antara satu sama lain.

   "Aaa!" Ali dan Khai melepaskan pelukan dan menjarakkan diri mereka.

   "Kenapa Moon?" Tanya Iman, risau sekiranya Moon sakit.

   "Aku rasa aku dah jumpa klunya. Mika!"

   "Mika?" Kini terbayang seorang pelajar perempuan berkerusi roda di bayangan  Ali.

   "Macam mana kau dapat jawapan." Mata Khai berselang - seli memandang buku dan klu yang ditinggalkan si pembunuh.

   Iman tersenyum sedikit. " Ya, aku pun dah dapat."

   "Aku tak faham." Ali menggelengkan kepalanya.

   "Ada tiga buah buku di sini, betul tak?" Iman menyusun setiap buku secara bersebelahan. "Kemudian, ambil suku kata pertama dari setiap buku ni."

   " At-Em-T?" Ali menggaru dagunya. Masih tidak faham petunjuk yang ditinggalkan.

   "Bahasa alien apa pula ni?" Khai menggaru lehernya yang tidak gatal seperti monyet.

   "Lepas itu, potong huruf yang kita dapat tadi pada perkataan Matematik ni." Moon mengambil buku di tangan Ali dan menulis sesuatu di atasnya.

   Matematik

   Maik.

   "Ianya jadi Maik. Setakat ini tak da pelajar sekolah ini bernama Maik. " Kata Ali.  Moon menyusun kembali ejaannya.

   Mika

   "Jadi.." Ali menyambung ayat Khai.

   "Pembunuhnya ialah Mika!"

   "Tak mungkin. Sebab di sini tertulis ini adalah petunjuk untuk mangsa - mangsa seterusnya." Moon menunjukkan di belakang kertas yang bertulis Matematik itu.

   "Kita kena selamatkan Mika." balas Iman.

...

  Pada tepat pukul 5:00 petang, dorm sudah dipenuhi dengan ramai orang. Sekali dengan mak cik kantin pun ada.

   "Kenapa ni?" Tanya Ali kepada seorang pelajar perempuan. Moon tidak ke dorm kerana berehat di bilik kesihatan.

   "Mika..." Pelajar bernama Roza itu seakan - akan tersekat - sekat ayatnya seperti radio rosak. "Mika dibunuh."

   "Apa?" Iman tersentak mendengar pernyataan Roza.

   Khai dan Ali merempuh orang ramai untuk melihat keadaan Mika.

  Ya, jelaslah memang agak mengerikan.

   Kepala Mika tersarung dengan roda kerusi roda yang selalu dinaikinya. Geriji pada roda tersebut menusuk - nusuk wajahnya. Darahnya masih basah mengalir tanpa henti. Mulutnya penuh dengan ususnya sendiri. Matanya dikorek sehingga menampakkan benang uratnya.

   Ali terduduk. Dia langsung terkejut melihat apa yang di hadapan matanya sekarang ini! "Mika."

   Di sebuah bilik, seorang manusia berhoodie putih membelek gambar mangsa - mangsa seterusnya. Di hadapannya penuh dengan rakaman keadaan Sekolah Menengah M. A. T. A dan Asrama M.A.T.A.

   "We just getting starting."

  
Sebab di sini tertulis ini adalah petunjuk untuk mangsa - mangsa seterusnya.
-Moon-

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now