Chapter 6

851 91 86
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Kini kau berada di dalam
Untuk terus hidup
Kau tidak boleh percayakan
Sesiapa


KEESOKKAN harinya, di bilik guru, dua hamba Allah sedang menyelongkar maklumat tentang tiga mangsa yang disyaki salah seorangnya menjadi sasaran pembunuh.

Mangsa pertama

Nama : Ukaira Tariza Binti Ismail
Umur : 13 tahun
Jantina : Perempuan
Jawatan : Murid biasa
Kelas : 1 Dedikasi
Percapaian markah awal tahun : 5B 2C 1D
Percapaian markah pertengahan tahun : 1A 4B 3C
Gred kokorikulum : A

Mangsa kedua

Nama: Ulosas a/p Gairahan
Umur: 15 tahun
Jantina : Perempuan
Jawatan : AJK Kelab Usahawan
Kelas : 3 Aspirasi
Percapaian markah awal tahun: 5A 3B
Percapaian markah pertengahan tahun :7A 1B
Gred kokorikulum : C

Mangsa ketiga

Nama : Udiana Nur Adelia binti Wai We So Far Aimissu
Umur : 16 tahun
Jantina : Perempuan
Jawatan : Naib setiausaha Pengawas Rakan Sebaya
Kelas : 4 Wibawa
Percapaian markah awal tahun : 6B 1C 1D
Percapaian markah pertengahan tahun: 1A 5B 2C
Gred kokorikulum : B

   Ali dan Khai kini berada di gazebo saat matahari ingin menaiki ke langit. Ali tidak habis habis lagi tergelak membaca nama penuh Udiana.

   Buatnya si Udiana tahu Ali tergelak nama bapanya, terus ambil bazooka dan ditembaknya Ali.

   "Kau ni. Tak baik ejek nama bapa oranglah." Marah Khai. Dia sebenarnya mahu tergelak juga tetapi tidak boleh kerana tempias trauma semalam.

   "Sorry, sorry." Ali mengelap air mata yang masib bersisa kerana tergelak kuat seperti orang jahat drama Melayu sebentar tadi.

   Entah datang dari mananya kot merah dan cermin mata hitam yang kini tersarung pada Khai. Khai mengeluarkan majalah sekolah tahun lepas untuk melihat gambar kelas mangsa. (Khai dan Ali berumur 14 tahun)

   Amboi, sampai gambar kelas kau pergi ambil.

   "Kejap kejap. Macam mana berkenaan Ukaira. Dia kan baru masuk sekolah ni. Mana nak tahu gambar di---" Ali membuat muka menoya apabila gambar Ukaira muncul di depan matanya.

   Ya, Khai memang sangat teliti. Sampai gambar Ukaira dalam fail pun dia pergi ambil.

  " Berdasarkan gambar kelas Ulosa.. "Khai tergelak sedikit. " Dia... Tidak pernah tersenyum. Kalau senyum pun seperti senyum paksa macam baru kena reject dengan crush je."

  "Kalau gambar Udiana yang kau sibukkan gelak nama bapak dia tadi..." Ali memotong percakapan Khai.

   "Dia senyum biasa je."

   "Amboi, gambar dalam fail Ukaira ni terlebih gembira sangat ni. Sampai tunjuk peace lagi." Khai jelas terkejut melihat gambar yang 'dipinjam' dari fail si mangsa pertama.

   "Ala, mana tahu dia baru sahaja diterima crush dia ke atau crush dia berak.. Eh silap break dengan girlfriend dia ke." Ali membuat sangkaan.

   "Eh tetapi bagaimana mahu mencari klu berdasarkan ketiga - tiga mangsa yang disyaki ini?" Tanya Ali, kehairanan.

   Khai mengeluarkan buku nota kecil. "Begini, kan sudah diberi klu pada buku The U. Jadi kita kajilah. Contohnya si Ukaira ini mendapat A dalam kokorikulum, semestinya dia pandai bermain bola sepak."

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now