Chapter 19

996 82 37
                                    

SELAMAT DATANG
KE
ASRAMA M.A.T.A
.
Selamat datang ke
Perangkap samar
Bagaimana kau mahu keluar?

TEPUKAN gemuruh di atas pelancaran Sekolah Menengah Asrama M.A.T.A membuatkan Luna (Ibu Moon) mengherotkan bibir.

   Bertambah hari, makin bertambah pelajar yang mendaftar di sekolah
binaan kawan baiknya, Aliya berbanding sekolahnya.

  Apa kurangnya sekolah aku dan apa lebihnya sekolah dia?

  Luna mendekati Aliya yang sarat mengandung 8 bulan menyanyikan lagu pada anak - anak muridnya.

  "Aliya?" Luna tersenyum paksa mendekati Aliya.

   "Oh, Luna. Maaf ya anak murid. Cikgu nak bercakap dengan kawan cikgu sebentar." Kedengaran keluhan murid - murid apabila Aliya memberhentikan nyanyiannya. Aliya mendekati sahabatnya.

   "Ya, ada apa Luna?"

   "Boleh tak kita berjumpa di tangga sebentar?" Tanya Luna sambil menggaru lengannya. Semakin dekat dengan Aliya, semakin kuat rasa dendam dan cemburu bersarang di hati.

   Aliya mengerling jamnya. " Boleh. Tapi sebentar sahajalah. Nanti Ghazali nak ambil aku selepas ini. "

   Aliya dan Luna duduk di tangga. Aliya tersenyum. "Hehehe, penat juga berdiri lama - lama. Ha, kau rasa anak aku ni rupanya bagaimana ya. Iras aku lebih banyak atau lebih serupa kepada Ghazali?"

   Luna mengetap bibir. " Aliya, kau seronok menjadi pengetua di sekolah ini?"

   Aliya tergelak kecil. "Mestilah. Aku yang bangunkan sekolah ini mestilah aku gembira. Anak - anak murid aku juga hebat belaka."

   Rasa cemburu itu makin menghasut diri Luna setelah mendengar ayat sahabatnya. Dikuasai sifat syaitan, Luna mengeluarkan pisau poket dari poketnya.

  Baru sahaja Luna mahu menikam dari belakang, seorang budak lelaki bemain kejar - mengejar bersama rakannya terlanggar Luna.

   Niat jahat Luna memakan dirinya sendiri . Dia tertikam dadanya sendiri.

   "Luna!" Aliya terkejut melihat Luna sudah membuak - buak mengalir darah. Sudahlah Luna mengandung dua bulan.

    Sepanjang rawatan Luna, Luna sibuk meminta maaf pada Aliya atas kesilapannya sebelum dia akhirnya menghembuskan nafasnya setelah melahirkan Moon


   Aliya tersenyum kecil melihat anaknya yang masih bayi bermain bola sambil menggigit bola itu. Dapatlah mengubati  dirinya yang berdukacita atas kematian sahabatnya.

  "Ali mari makan bubur." Ali tersengih gembira hingga ternampak gusinya. Ghazali mengambil tempat di sebelah isterinya dan anaknya.

   "Amboi bersungguh Ali makan."

   "Abang, kalau saya sudah tiada lagi. Boleh ke abang serahkan jawatan pengetua Sekolah Kebangsaan Asrama M.A.T.A pada Uno, suami Luna?"

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now