Chapter 10

712 83 8
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Jangan sehingga
Tersilap langkah

"MANA Moon dan Iman ni?" Ali memerhati keadaan sekeliling. Masih belum terlihat kelibat dua orang kawannya itu.

  "Ala, kau ni. Mana tahu diorang pergi membuang hajat ke." Khai menenangkan Ali yang asyik ke kiri dan ke kanan mencari dua manusia yang terlibat dalam siasatan.

  "Panjang umur." Ali menunjukkan ke arah Moon yang berlari seperti Usain Bolt dengan kepantasan tertinggi manakala Iman pula seperti dalam keadaan trauma.

  "Mana?" Khai memandang arah yang ditunjukkan Ali.

  "Eh, tadi ada." Ali tergaru kepalanya, hairan. Sebentar tadi baru sahaja melihat kelibat mereka berdua.

   "KORANG!"

   "OpoComot!" Ali terjatuh dan belakang kepalanya mencium dengan tiang.

   Moon tergelak kecil melihat Ali mengaduh kesakitan.

  "Kau ni main sergah je. Salam tidak, yo bro pun tida--" Khai terlihat Iman yang kelihatan murung sedikit. "Kenapa dengan Iman?"

   "Itulah aku nak cerita tadi." Moon mengambil tempat. "Aku dah dapat calon suspek pembunuh!"

   Ali mengerutkan dahi. Khai ternganga tapi dia cuba mengawalnya.

   Suspek pembunuh.

   "Semalam.." Moon melihat ke arah langit diikuti dua kawan jantannya.

   "Moon, saya dahagalah. Kalau awak tidak keberatan, boleh tak teman saya pergi mesin jual air." Iman bertanya kepada Moon yang baru sahaja berniat ingin ke tandas.

   Moon cuba mengawal mimik mukanya yang menahan kesakitan perut memulas. "Err, sorry Iman. Saya nak buat proses perkumuhan ni."

   Moon makin mengerutkan dahi apabila kentut itu cuba mahu keluar tetapi 'disedut' kembali supaya Iman tidak menutup hidung.

   "Maaf Iman!" Moon berlari keluar bilik (dorm) kemudian ke tandas yang berada di tingkat 2.

   Selesai melepaskan hajat, Moon tiba - tiba tertarik melihat permandangan di luar. Gelap tetapi cantik kerana terhias dengan bintang - bintang.

  Satu kelibat yang menarik perhatiannya. Kelihatan Cikgu Jenny, guru perempuan yang menjadi igauan  budak lelaki memasuki stor kantin.

   Anehnya dia membawa pisau dan tangannya seakan menitik cecair warna merah.

  Eh?

  "Oh, aku pernah melihat Cikgu Jenny membawa masuk pisau ke dalam bilik stor." Ali teringatkan kejadian dia melihat perbuatan Cikgu Jenny yang mencurigakan. "Aku ingatkan dia ingin menyimpan pisau itu semula ke dalam stor kantin."

   Khai teringatkan kejadian ngerinya itu. "Cikgu Ridzwan."

   Iman yang dari tadi terdiam, menanyakan soalan kepada Khai. "Cikgu Ridzwan? Kenapa dengan Cikgu Ridzwan?"

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now