Chapter 9

744 88 20
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A

.
Hati - hati dalam menyiasat
Jangan sehingga
Tersilap langkah.

HARI Sabtu kini tiba. Ada beberapa pelajar yang sudah balik dan terbaring di atas katil masing - masing.

Dan ada juga yang tinggal di sekolah. Tidak tahulah sama ada rajin, tiada orang mahu mengambil  ke atau sedang cuba menyelesaikan kes pembunuhan.

Seperti keempat - empat manusia ini.

"Aku ada dah kumpulkan juara olahraga sukaneka tahun ini." Moon melampirkan sehelai kertas berwarna merah jambu di atas meja.

Ali tidak mahu menahan tawa terus meletuskan gelakkannya macam katak gelak. Khai juga cuba untuk tidak gelak akhirnya tergelak juga.

" Aku tak da gambar dioranglah. Jadi aku lukislah. Janganlah gelak!" Moon mengembungkan pipinya, marah apabila lukisannya digelak.

"Ini Zass ke?" Iman menunjukkan kepada satu kartun yang dilukis Moon.

Kelihatan Zass dilukis dengan rambut yang leper macam kelapa dan hidung yang kembang macam.. Seperti apa, ya?

"Ish, korang ni. Aku penat - penat lukis tau." Moon menjeling dua orang sahabat jantannya yang tidak habis tergelak seperti manusia yang baru mendengar lawak P.Ramlee.

"Asal muka Zass tu lawak sangat?" Ali mengelap air mata yang bersisa kerana kuat gelak tadi.

"Sudahlah, jangan gelakkan Moon lagi. Kesian dia." kata Iman, kasihankan sahabatnya yang menjadi bahan gelak tawa orang.

Moon pula sudah tersengih - sengih. Banggalah orang mempertahankan dirinya.

"Tempat pertama dalam sukan olahraga ialah Zass (Zass bisu). Tempat kedua ialah Viktor dan tempat ketiga ialah air sasi-- eh silap, Sasi." Ali mengerutkan dahi sambil membelek kertas itu berkali - kali. "Kenapa tidak sediakan maklumat tentang orang yang mendapat tempat keempat dan kelima?"

Moon membuat muka menyampah. Banyak songeh pula. Bukan nak berterima kasih aku tolong kumpulkan maklumat! "Khai yang suruh aku kumpulkan sehingga tempat ketiga je."

  Kini Khai menjadi tatapan oleh wajah hairan Ali.

"Cukuplah sehingga tempat ketiga saja. Banyak pula mahu soal siasat nanti." Penerangan Khai membuatkan mata Ali tercelik luas seperti melihat keputusan peperiksaan Matematik.

"Seriuslah kena soal siasat?"

"Kenapa?" Khai menayangkan wajah blur.

"Diorang sekarang mungkin dah balik rumah. Tidur lena atau menghadap PSP di ruang tamu." Kini, Ali membayangkan 'kenikmatan' tersebut. Sayangnya dia terpaksa tinggal di asrama untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini.

Surat ugutan yang diterimanya semalam juga merunsingkan dirinya.

Nooroo : Ali tidak beritahu kepada Khai, takut Khai berhenti menyiasat  dan membiarkan pembunuh itu bebas membuat dosa.

   Adakah sekarang ini pembunuh itu tahu yang kami sedang menjejakinya?

   Lamunan Ali terhenti apabila Khai memetikkan jari di hadapan wajahnya.

   "Mengelamun apa tu?" Suara Moon kedengaran mengusik.

   "Err.. Tak da apa apa lah."

   "Haih, Ali. Kau dengar tak, atlet sukan olahraga tinggal di sekolah untuk berlatih pertandingan olahraga peringkat negeri pada dua minggu hadapan." Terang Khai.

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now