Chapter 5

808 88 5
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Kini kau berada di dalam
Untuk terus hidup
Kau tidak boleh percayakan
Sesiapa

  "BAB pertama, Do not love to playing football. Bab kedua, introverted. Bab ketiga, The Holy Brain. Bab terakhir ialah Unhappy."

   Ali mengerutkan dahi. Apa si pembunuh ini memang suka memberi pentunjuk yang pelik - pelikkah?

   Khai terbaring di atas katil asrama. Mereka masih lagi belum melelapkan mata walhal sekarang sudah pukul 11:45 malam.

  " Berdasarkan bab tersebut, mungkin dengan ciri - ciri mangsa tersebut." Khai membuat andaian.

   Ali memikirkan andaian yang dibuat Khai "Mungkin. Tapi susahlah mahu cari dalam berjuta - juta pelajar Asrama M.A.T.A!"

   Khai membuat muka toya. Banyaklah kau berjuta - juta.

   "The U." Khai mengambil buku itu. Sekali sekala ditahan nafas kerana buku itu dibasahi darah. "Mungkin nama mangsa itu bermula dengan huruf U."

   Ali memetik jari. "Boleh jadi juga!"

   "Tetapi kan, Khai. Kau ingat seorang sahajakah pelajar yang ada huruf U pada namanya?"

   Khai mengurut dahinya. Ini seperti menerangkan pada budak yang baru lahir semalam! "Macam ni Ali. Maksudnya huruf U kat depan. Contohnya Ubat Selsema."

   "Oh..." Ali mengangguk walaupun dirinya masih lagi belum memahaminya.

   "Di sekolah ini ada 6 orang pelajar yang huruf pertama dia U di depan. Tolak bilangan pelajar lelaki jadi tinggal 3 orang."

   "Aik, mengapa perlu tolak bilangan pelajar lelaki?" Tanya Ali, kehairanan.

   "Sebab ciri ciri dia berlawanan dengan pelajar lelaki. Ada ke pelajar lelaki yang tidak pandai bermain bola sepak. Lagipun ciri - cirinya ke arah keperempuanan." Hrm, pandailah kau Khai dalam membuat andaian.

   "Ukaira Tariza. Ulosas A/P Gairahan dan Udiana Nur Adelia." Berbelit lidah Ali menyebutnya. Yalah, pelik - pelik je nama.

   Cuba letak nama 3 huruf je. Contoh seperti Ali bin Ghazali. Senang nak skor peperiksaan, tidak perlu membazir masa dengan menulis nama.

  "Seperti yang kita tahu, kemungkinan antara tiga manusia ini merupakan salah satu sasaran si pembunuh." Kata Khai ala ditektif. Ini mesti masa kanak - kanak Khai dipenuhi dengan menonton Ditektif Conan.

   "Perangai? Macam mana kita nak tahu perangai diorang?" Tanya Ali. Mereka berdua bukannya rapat sangat dengan 'The U' s sehingga mengetahui segala maklumat tentang mereka.

   "Ala, begini." Khai meregangkan badannya yang terasa lenguh - lenguh. "Kita pecah masuk bilik guru dan siasat tentang peribadi mereka."

   "Ha? Mengapa esok?" Tanya Ali dan secara tiba - tiba, dia menguap.

   "Dah lewat. Lagipun esok petang, aku balik. Kau pun nak balik dengan uncle kau, kan?" Khai naik ke atas katil dan mencapai telefonnya yang diletakkan di dalam sarung bantal. "Kita mulakan siasatan esok pagi. Goodnight, Ali."

   Ali membuat muka menyampah melihat Khai sudah memasang earphone dan mula bermain Freefire.

   "Yalah, selamat malam." Ali merebahkan diri ke atas katil.

   Tepat pukul 12:50 pagi (tengah malam), Khai terasa mahu melakukan proses perkumuhan. Dikejutkan Ali yang nyenyak tidur tetapi apa yang dia dapat adalah balingan bantal tepat ke mukanya.

   Digagahkan kaki ke tandas lelaki bersebelahan bilik 2A (bilik Khai, Ali dan dua pelajar yang sudah balik rumah ialah 2B). Lega rasanya kerana dapat membuang apa yang sepatutnya dibuang ke dalam mangkuk jamban.

   Alang - alang sudah segar membuang, apa kata kita bersiar - siar? Lagipun hanya segelintir murid yang masih menetap di sini.

   Dalam perjalanan menuju ke kantin, Khai ternampak seseorang di dalam dewan yang menjadi lokasi pembunuhan Mika.

   "Cikgu Ridzwan?" Khai jelas terkejut melihat muka yang terkena biasan cahaya lampu suluh itu.

   Ridzwan yang mendengar suara seseorang berpaling ke arah Khai. Mata mereka bertentangan ala ala cinta pandang pertama.

   Tanpa disangka Khai dan readers, Ridzwan mengejar Khai dengan sungguh laju. Khai pun apa lagi... Terus memecut dengan kadar kelajuan harimau bintang.

   Kalau pelari terlaju di Malaysia melihat lajunya si Khai berlari, sudah pasti menangis di bawah ketiak bapanya.

   Khai yang selamat berada di dalam biliknya terus naik ke atas katil. Anehnya, Ali masih lagi tidur walaupun ada kekecohan melanda.

   Ini kalau letak bom bersebelahan dengan Ali, belum tentu dia bangun.

   Kelibat Ridzwan masih di luar bilik diperhatikan oleh Khai di sebalik tingkap. Setelah beberapa ketika. Ridzwan beredar dari kawasan koridor itu.

   Khai terduduk di atas katilnya.

   Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya. Sama ada masih takut atau sudah lega.

   Tetapi satu persoalan yang bermain dalam fikirannya.

   Apa yang sudah terjadi?

Seperti yang kita tahu, kemungkinan antara tiga manusia ini merupakan salah satu sasaran si pembunuh
-Khai-

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now