Chapter 18

742 83 32
                                    

SELAMAT DATANG
KE
ASRAMA M.A.T.A
.
Selamat datang ke
Perangkap samar
Bagaimana kau mahu keluar?

PADA malam yang sunyi itu, Rudy  yang sedang membuat latihan Matematik di dalam bilik terpandang ke arah kelibat Ali yang masuk ke dalam bilik muzik melalui celah tingkap.

   Setelah kelibat Ali menghilang, Rudy turun dari katil. Chris yang memerhati tingkah laku Rudy bertanya. "Kau kenapa Rudy?"

   Rudy membuat isyarat tiada apa - apa. Dia terus mencapai telefon yang disorok di tepi almari sebelum menelefon seseorang.

   "Hello."

...

   Pintu bilik muzik ditolak. Kelihatan banyak alat muzik yang tersusun.

   Kegemaran ibunya dulu.

   Ali tertarik untuk mencapai gitar. Dia langsung terlupa tujuan mengapa dia datang ke sini.

   "Bukalah Matamu."

   "Masa kan Berlalu."

   "Bukalah Matamu"

   "Masa kan Berlalu."

   Tiba - tiba, kedengaran bunyi benda jatuh dari almari tempat menyimpan muzik. Ali menyelak bungkusan kain yang terjatuh dari atas almari itu.

   Kepala Bakar yang penuh dengan darah itu membuatkan Ali terdorong ke belakang. Sungguh tidak tercapai dek akal fikirannya.

   "Uncle..."

   Ketika itu pandangan Ali sudah gelap dan terpadam.

...

   Buka sahaja mata Ali berada terikat di atas kerusi komputer. Sedarlah dia berada di bilik komputer sekarang. Namun bilik itu sangat gelap.

   Komputer - komputer di bilik itu dibiarkan terpasang. Aduh, nak buat efek seram pun tidak perlulah sampai orang lain yang kena bayar bil elektrik ni.

   "Baru bangun? 2 jam kitaorang tunggu tau." Suara lunak datang dari si hoodie kuning. Mukanya tidak kelihatan kerana dilutupi dengan hoodie dengan penutup muka.

   "Siapa korang? Kenapa korang buat pembunuhan kat sini ha?!" Tanya Ali. Dia cuba untuk melepaskan diri malangnya dia telah diikat dengan ketat sekali.

   "Hahaha. Wey, dia tanya siapa kitalah. Kau nak siapa buka dulu. Aku atau dia?" Si hoodie kuning menghalakan pisau ke arah muka Ali. Teguk air liur Ali dibuatnya.

   Boleh pula si hoodie putih itu jatuh kerana tersepak plag. Si hoodie kuning itu menjengilkan mata pada si hoodie putih.

  " Kau ni, hati - hatilah sikit. "

  " Tch, marah je tahu. Aku letak kau dalam sarang ular Albino aku kan." Suara itu kedengaran janggal bagi Ali. Ali mengetap bibir. Tidak mungkinlah--

   Si hoodie putih mengangkat muka menyebabkan Ali ternganga. Nasib baik tiada lalat di sekitar itu.

   "Mo-- Moon?"

   "Ala kau dulu ke reveal? Aku pun nak tunjukkan diri jugalah." Si hoodie kuning membuka topeng dan menurunkan hoodienya. "Kenal aku?"

   "Oh kau rupanya Alicia." Ali tenang melihat muka sebenar si hoodie kuning itu.

   Alicia mengerutkan dahi, hairan "Kenapa kau tak terkejut lihat wajah sebenar aku?"

  "Muka kau memang jahat. Tak hairanlah kau jadi pembunuh." Alicia tersenyum kambing mendengar jawapan Ali. Eh, ada juga manusia aku campak ke dalam loji.

   Ali kembali berdrama. "Moon? Tapi kenapa?"

   Moon mengeluh dan tersenyum sinis memandang wajah 'sahabat' nya itu. "Ahli Penyiasat Muda ni memang lembab ke? Kau memang tak sedar lagi?"

    "Ali-- Aku mahu pergi ke tandas. Kau kejarlah dia."Kata Moon dengan muka yang menahan sangat.

  " Kau nak buat apa? "Tanya Ali.

  " Aku nak jumpa BTS. Lepastu aku kahwin ketujuh - tujuh ahli BTS tu. "

   Ali terdiam mendengar jawapan Moon. Itulah kau, tanya soalan bodoh lagi.

  " Pergi melepaskan lah PANDAI! " Moon terus berlari ke tandas kerana tidak tahan sangat.

   Moon berjalan ke arah tandas sebelum menukar arah ke bilik tayang. Dia terserempak dengan Ukaira yang sedang minum air pepsi sambil berjalan.

   "Ukaira, aduh. Aku terlupalah." Moon menepuk dahi. "Buku yang aku pimjam tu kau ingat lagi tak?"

   Ukaira mengangguk. "Dah 8 hari kau tak pulang. Aku baru nak letak bom depan bilik kau. Hahaha, gurau."

   "Buku kau ada dalam bilik tayang. Jom ikut aku gi ambil. Aku datang sini pun nak ambil." Moon membawa Ukaira masuk ke dalam bilik tayang. Selang beberapa minit, Moon keluar dengan tangan yang berdarah.

   "Kau bunuh Ukaira?"

   Moon memarahi Ali. " Tch, sabarlah. Aku tak habis cerita lagi."

   "Okay, sorry."

   Tiba di perpustaakan, Moon masuk ke dalam perpustakaan sementara Iman menunggu di luar.

   Moon mengambil bukunya yang tertinggal sebelum menyorok di sebalik rak yang hujung.

   Dia menghantar mesej pada Alicia.

Kepada : Alicia
Mangsa keempat berada di luar. Kau cekik dia dan aku akan acah heroin.

   Moon membelek kuku sambil menunggu balasan Alicia

Daripada : Alicia
K

   "Ha inilah kawan." Moon membuat muka toya 😑

   "Tunggu!" Khai mengejar si hoodie kuning yang semakin jauh meninggalkan dirinya. Eh, sudah hilang? Tiba - tiba, dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya.

   Telefon itu dicapai. Apa yang terpapar pada skrin amat mengejutkan dirinya.

   Tidak, berderau darah dia melihatnya.

   "Tak... Tak mungkin."

   Kelihatan gambar pembunuhan yang diambil Alicia. Mangsa dirakam bagaimana mereka dibunuh. Ada yang dibelah perutnya dan dikeluarkan semua ususnya sewaktu mangsa masih hidup. Ada yang ditikam berkali - kali tanpa belas kasihan. Lebih ngeri, jantung mereka dikeluarkan secara paksa sehingga nyawa si mangsa serupa benar dengan nyawa - nyawa ikan!

   Mengejutkan, wajah Moon yang dirakam itu jelas sekali.

   Telefon itu terjatuh ke lantai sebelum darah memercik merata tempat.

   Ali memandang dua wajah pembunuh sebenar. "Macam mana korang tersesat ke jalan yang sesat lagi menyesatkan ni?"

   Moon tergelak mendengar kata Ali. Ya, kini tiada lagi Moon yang periang di mata Ali. Kini hanyalah Moon yang pendendam dan pembunuh.

   "Nak dengar? Seriuslah." Moon mengheretkan kerusi di hadapan Ali sebelum duduk di hadapan Ali. "Wey Alicia jomlah. Aku nak story mory ni."

   "Tak naklah. Aku nak ulangkaji Math." Alicia meletakkan buku Math dan membuat latihannya tanpa mempedulikan jelingan Moon.

Nooroo : Readers tengok, pembunuh pun rajin ulangkaji. Korang? 😂 (Ala, author pun sama)

   "Mari sini wahai Ali sahabatku. Aku nak ceritakan. Tapi sebelum cerita mesti ada ayat mukadimahnya."

"Manusia sekarang ni tak peka siapa yang hulur bahagia dan siapa hulur racun"
-Moon-

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now