Chapter 11

678 82 20
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Jangan sehingga
Tersilap langkah

SEMPAT dikerling pada jam di tangannya.

   Sudah pukul 1 pagi.

  "Korang buat apa tu?"

   Ali dan Khai tersentak seketika. Siapa di belakang mereka sekarang?

   "Rudy?!"

   Rudy memasukkan tangan ke dalam poketnya. "Aku tanya, apa korang buat kat sini?"

   Ali mengecilkan matanya, dia memang tidak suka akan Rudy. Khai dari tadi asyik 'shh...', risau Cikgu Ridzwan di dalam bilik tayang akan terdengar. Kalau bukan Cikgu Ridzwan, abang sado warden datang menjengah.

   Naya mahu polis entry wan to jaga, polis mati, pencuri jaga. Pak pak pak perompak. Kenapa kau orang menyanyi.

   "Tidak payah nak siasat kes ini. Bukan bawa apa - apa faedah pun." Rudy membelakangi dua penyiasat muda itu. "Hati - hati dalam menyiasat, jangan sehingga tersilap langkah."

   Ali melihat kelibat Rudy yang mula berjalan, pergi daripada sini dengan wajah seperti ibu mengandung tengah marah. "Kecoh betul. Entah - entah dia yang merupakan pembunuh dalam kes ini."

   "Hish, kita tak boleh main tuduh je Rudy tu." Khai menyangkal tuduhan Ali kemudian mengusap dagunya. "Walaupun muka dia nampak seperti pembunuh."

Nooroo :  Dasar geRUDY

   "Apa yang korang buat di sini?" Mahu terperanjat mereka berdua melihat Cikgu Ridzwan di belakang mereka.

   "Ka... Ka... Kami. Ka.. Ka.. Mi... Kami. Kami." Khai tergagap - gagap akibat kesan trauma dikejar oleh Cikgu Ridzwan. Kalau diedit gagap Khai tadi pasti boleh digubah menjadi lagu yang enak didengar.

   "Kamu cari duit syiling yang terjatuh tadi." Ali pura - pura meraba lantai. Nasibnya baik apabila ada 10 sen berada di bawah mesin menjual air. "Dah jumpa."

   "Balik ke dorm. Esok sekolah."

   Mendengar kata - kata Cikgu Ridzwan, Ali terus menarik Khai yang sudah seperti patung mannequin kembali ke dorm. Yang menghairankan, Cikgu Ridzwan tidak pergi  dari situ sebaliknya masuk kembali ke bilik tayang.
...

   Sebulan tiga hari sudah pun berlalu. Tiada kes pembunuhan yang terjadi dalam tempoh tersebut. Pihak sekolah menganggap bahawa si pembunuh sudah 'cuci tangan' dan bertaubat ke  jalan yang bengkang - bengkok... eh silap, jalan yang lurus.

   Pihak polis berhenti mengawasi Asrama M.A.T.A secara ketat tetapi masih lagi menyiasat kes pembunuhan ini kerana ianya sudah termasuk dalam kes jenayah berat.

   Semua murid menarik nafas kerana tiada lagi pembunuhan yang berlaku di sekolah atau di asrama mereka. Bolehlah mereka bebas memakan maggie sambil meratapi duit poket yang kering.

   "Buku teks tertinggal dekat rumah? Apa kamu nak kasi kucing kamu membaca ke?"

   Murid itu terjengil marah. "Cikgu tak puas hati ke dengan kucing saya? Dia pernah berak atas  kereta cikgu ke? Biarlah dia nak baca!"

   Sudahnya murid itu didenda  membuat tekan tubi sebanyak 500 kali di luar kelas.

   "Hei Khai, kau rasa apa jadi pada pembunuh itu?" Bisik Ali ke arah Khai sambil menyalin nota. Naya cikgu melihat, terpaksa membuat tekan tubi di luar kelas, tidak pun menari inang dengan menyarung  gaun.

   Khai yang menyalin nota, mengangkat bahu. "Entah. Mungkin dia dah insaf kot. Lagipun nak cuti seminggu kan. Kita chill chill lah dulu."

   "Ehem, kamu dengan Ali nak mengajar kat depan ke? Tidak pun menari tarian opening Naruto di luar kelas." Kata Cikgu dengan senyuman yang bukan manis sangat sambil memandang murid yang masih melakukan tekan tubi.

   "Tak cikgu, tak." Ali menjawab dan terus menyalin nota begitu dengan Khai.

   Semalam, Moon dan Iman tidak sempat mengintai Jenny kerana ditangkap warden. Sungguh kejammu wahai warden. Moon tidak habis mengutuk warden itu.

   Entah kenapa hati Ali merasa gundah - gulana.
  
   Rasa macam ada sesuatu yang tertinggal sepanjang penyiasatan mereka.

   Betulkah pembunuh itu sudah 'cuci tangan'?

...

LOKASI : BILIK KOMPUTER
MASA : 11:25 MALAM.

  Rudy menolak pintu komputer. Dia tersenyum sinis melihat dua manusia berhoodie berdiri di hadapannya. Perbezaan hanya pada warna hoodie itu. Seorang memakai hoodie berwarna putih, seorang lagi memakai hoodie berwarna kuning.

   "Lambat." kata si hoodie kuning sambil berpeluk tubuh.

   "Apa kau nak dari aku?" Tanya Rudy, tidak mahu berdalih lagi.

   "Kau..." Si hoodie putih itu tersenyum. "Kau bebas."

   Rudy mengerutkan dahi. "Aku bebas?"

   "Ya, tahniah!" Si hoodie putih menepuk tangan. Sayangnya tidak mendapat sambutan. "Tapi ingat---"

   "Jangan beritahu sesiapa. Aku tahu." Sampuk Rudy.

   Si hoodie putih itu berjalan mendekati Rudy sebelum mencekik Rudy.

   "Jangan ingat sebab kau nampak aku bunuh Ukaira, kau akan selamat." Muka pucat Rudy dipandang. "Kalau aku dapat tahu rahsia kami dibongkarkan, aku akan bunuh kau."

   Leher Rudy dilepaskan membuat lelaki itu tercungap - cungap mengambil nafas.

   "Ingat tu." sampuk si hoodie kuning.

   Si dua pembunuh itu meninggalkan Rudy yang masih mencari nafas. Namun apa yang Rudy rasa sekarang ini hanya perasaan yang sangat takut.

   Sebelum beredar, si hoodie kuning memberitahu sesuatu kepada Rudy.

"Jangan ingat si pembunuh sudah 'cuci tangan'. Kami sedang bersiap sedia untuk membuat sesuatu yang besar."
- Pembunuh 2-

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now