Teaser Trailer 1

676 81 4
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Kini kau berada di dalam
Untuk terus hidup
Kau tidak boleh percayakan
Sesiapa

Tik Tok.

Jam randik yang berada di atas meja terus berdetik. Sehinggalah ada satu tangan yang menumbuk meja itu kuat membuatkan jam randik itu jatuh ke bawah.

"Mangsa pembunuhan kali ini dibunuh di dalam bilik tayang. Yang hairannya, ada video orang berlari ditayangkan apabila mayat itu dijumpai."

Ali tergamam.

Ha?

Jam randik yang terjatuh itu kemudian pecah dan mengeluarkan darah.

Tepat pukul 11:00 malam. Entah kenapa bulu romanya berdiri tegak.

Iman memasukkan duit syiling ke dalam mesin menjual air. Tin Milo yang terjatuh itu diambil dari bawah.

Apabila berdiri semula, jantungnya seakan mahu pecah melihat Cikgu Bakar memerhati bilik muzik di sebelah mesin penjual air dari jauh dengan tajam.

Dan satu jeritan kedengaran.

"Mesti ada klu yang tertinggal." Ali memeriksa setiap tandas. Khai yang penat sudah terduduk seperti gajah kepenatan.

Ali hairan melihat penutup pam tandas (?) 🚽 (dekat atas tu, bukan tempat buang air) yang kelihatan terbuka sedikit dan ada sedikit cecair merah.

Ali membuka penutup tandas itu.

"Argh!"

Jam randik yang sudah pecah itu diambil oleh seorang manusia yang memakai hoodie berwarna putih, kemudian dia tersenyum sinis.

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Jangan sehingga
Tersilap langkah

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now