Chapter 2

995 96 17
                                    

SELAMAT DATANG KE
ASRAMA M.A.T.A
.
Kini kau berada di dalam
Untuk terus hidup
Kau tidak boleh percayakan
Sesiapa

  DALAM perjalanan ke bilik kesihatan, Ali laludi hadapan bilik pengetua iaitu lokasi pembunuhan.

   Pintu bilik itu dibiarkan terbuka tetapi di muka pintu itu berselirat pita berwarna kuning membentuk pagar yang menghalang orang masuk ke kawasan itu.

   Ali sebagai ahli Penyiasat Muda tertarik masuk ke dalam. Dia merangkak melalui ruang di bawah pintu itu. Tiada kerja betul budak ini.

   Kalau lihat keadaannya memang mengerikan. Cuma anggota badan itu sudah dibawa ke makmal untuk dikaji bagaimana mangsa dibunuh. Dengan darah yang menjadi 'tikar' bilik ini. Memang mengerikan.

   Alang - alang terlajak masuk, dia duduk di atas kerusi Pengetua. Sekejap bermonolog sendiri. Memang gila Ali ini bermain - main di lokasi pembunuhan ini. Tengok, siap baca diari Pengetua lagi!

   "Apalah pengetua ni. Cuba tackle awek nama Dos pula. Uncle aku tackle awek tak dalah masuk longkang." Ngomel Ali apabila membaca pengetuanya, Uno cuba memikat seorang wanita bernama Dos tetapi tidak berjaya sebaliknya kena lempang dengan bapa wanita itu, Trez hingga masuk ke dalam longkang.

   Ali meraba - raba bawah meja itu. Tangannya basah dengan darah. Terus dia lap pada kerusi pengetua.

   "Eww. Najis mutawwasitah! Menyesal raba." Ali mengelap tangannya kanannya pada kerusi pengetua. Matanya menangkap satu kertas yang diletakkan di bawah meja pengetua.

   Ali membelek kertas yang diselitkan pada bawah meja pengetua.

   "Apa ni?" Ada perkataan tertulis. Dakwatnya berbau hanyir. Jelas sekali warna merah pekat itu darah. "Matematik?"

   "It's the next clue for this serial killer. Kesemua mangsa - mangsa untuk dibunuh sudah diberitahu pada klu yang diberikan." Ali membaca penuh tekun. Dia tergaru -  garu kepalanya seperti beruk baru belajar membaca.

   Hairan. Kenapa polis tidak menjumpai klu yang sangat penting ini?

   Ali baru perasan ada buku - buku yang berwarna merah dicampakkan secara rawak di bawah meja pengetua.

   "T." Buku pertama dicapai. Pelik gila tajuk. Nama tajuk buku ini hanyalah huruf 'T' sahaja. Dicapai buku itu dan dibaca isi kandungannya.

   Terpaksa Takira Terpusing Terpusing Tercari Tetapi Terparking Tepi Tandas. Tandas Tak Tandas. Takira Tak Tahu.

   Amboi. Gapo dio ni? Ali pelik dengan isi kandungan itu. Semuanya bermula dengan huruf T.

   "At My House."

   "Emma, gadis King Kong."

   Okay, apa yang si pembunuh itu mahu sampaikan?

   Dikerling jam di dinding yang terkena percikan darah. Sudah 15 minit dia berada dalam bilik pengetua.

   Kejap... 15 minit!

   Ali kelam kabut memasukkan klu ke dalam begnya. Mesti Khai dan Iman menunggunya di bilik kesihatan. Tanpa disedari, ada satu CCTV di bilik itu yang tersorok. CCTV itu musnah sendiri tatkala Ali keluar dari bilik itu.

"It's the next clue for this serial killer. Kesemua mangsa - mangsa untuk dibunuh sudah diberitahu pada klu yang diberikan"
- Si Pembunuh-

(Tenang, Ali hanya baca surat tersebut.  Yang tulis itu pembunuh sebenar dia.)

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now