Prolog

1.3K 107 8
                                    

MOON menggosok - gosok matanya yang sudah berat seperti diletakkan 100 tan beras.

   Pintu pengetua diketuk tiga kali. Yalah, tidak mungkin mahu teranjang pintu itu pula. Silap hari bulan benjol kepalanya dibaling kad Uno oleh pengetua sekolah.

   Moon mengerutkan dahi hairan apabila ketukan dia tidak mendapat sambutan. Tahulah dia bukan artis tetapi jangan memulaukannya sampai begitu sekali.

   Menyesal pula tidur di dalam kelas Matematik cikgu 'ninja' tadi. Tidak fasal - fasal pula kakinya itu melangkah ke bilik pengetua.

   "Pengetua?"

   Diam. Tiada sahutan dari dalam.

   Moon hanya mengeluh. Apa pengetua ini berak dalam seluar ke, susah mahu menyahut panggilannya.

   Terpaksalah dia membuka pintu. Asalkan buka guna tangan, bukan teranjang guna kaki.

    "Pengetua..."

   Pintu bilik pengetua ditolak.

   Moon terduduk melihat apa yang terhidang di hadapan mata. Memang jauh dari jangkauan logik akal fikiran.

   Kepala pengetua digantung pada kipas yang ligat berpusing. Tangan dan lengan pengetua pula disusun menjadi bentuk huruf 'M'.

   Moon menjerit tatkala baru tersedar yang kasutnya basah dengan darah. Lantai yang dipijaknya sudah seperti lantai yang berdarah. Maklumlah usus berterabur. Otak pula dipotong dadu dan disusun pada jeriji tingkap.

   Apa yang sudah terjadi?

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now