Chapter 1

1.2K 106 36
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Di luar kau nampak ianya indah.
Tetapi bila kau di dalam,
kau mahu keluar.

ASRAMA M.A.T.A digabungkan dengan sekolah sekali. Tidak tahulah mengapa Asrama itu buat perkara sebegitu. Sila rujuk penulis untuk keterangan lanjut. Sekian.

   Tetapi pada hari ini bukan seperti hari yang kebiasaannya. Hari ini merupakan hari bersejarah kerana pengetua Asrama itu dibunuh!

   Moon yang menjadi saksi dan juga anak kepada pengetua, Tuan Uno yang suka main kad UNO juga dikatakan trauma kerana pembunuhan ayahnya.

   "Aku rasa ni mesti sebab pengetua kita kalah kad UNO, sebab itulah dia bunuh diri." Jet membuat andaian tersendiri. Zass yang terdengar hanya membuat muka toya. Mahu bercakap, dia bisu pula.

   (Memandangkan cikgu 'ninja' tiba - tiba pengsan mendengar berita kes pembunuhan itu, maka bergembiralah pelajar 2 Cendekia  itu.)

   "Yang kalah kad UNO tu kaulah! Aku dengar dari perbualan manusia berseragam polis, perbunuhan itu dirancang." Mika muncul dengan gaya dramatik.  Tersenyum sinis dan membunyikan tulang - tulang tangan.

   "Diranceng? Lagu mano tu? ( Dirancang? Macam mana tu?)" sampuk Chris yang loghat Kelantannya yang  memang pekat, tahap tidak boleh dibawa ke makhamah.

   "Diranceng tu bukan lagulah." Jett menerima pukulan kasih sayang oleh Mika.

   "Kau ni. Tak faham bahasa Kelantan diamlah." Jet terus terdiam apabila dipukul oleh Mika. Ada juga aku tembak pakai bazooka nanti.

   "Sebab aku dengar yang kepala pengetua digantung di kipas. Lepas itu, usus berterabur. Fiussh... Fiussh... " Nampaknya Mika memang sesuai menjadi pelakon. Tangan diawang - awangkan di hadapan muka tiga budak lelaki itu. Siap ada gaya dan mimik muka ditunjukkan sepanjang penceritaan.

  " Eee... seramnya. " Entah kenapa bulu roma Jett naik tegak seperti askar yang ingin ke tandas kerana tidak tahan untuk membuang air.

   Khai yang curi - curi mendengar perbualan 4 makhluk Allah itu menyiku Ali. "Hey, Ali. Kau nak siasat tak berkenaan kes pembunuhan pengetua ini?"

   Ali kekal menulis, tidak mempedulikan bicara Khai.

   "Hei, Ali, kau dengar tak?"

   Ali merungut apabila sesuka hati emak nenek keturunan moyang Khai sahaja mengacau dirinya sedang membuat perkara yang sangat penting.

   "Kau nampak aku tengah buat apa?"

   Khai memandang buku yang menjadi tumpuan Ali sekarang. "Kerja sekolah Cikgu Bidin minggu lepas, yang sepatutnya dihantar selepas rehat ni."


   Ali memegang bahu Khai. " Tahu tidak mengapa. Sekarang sebagai sahabat selamanya, forever and eternity... aku, Ali bin Ghazali, meminta supaya... "

   "Supaya tidak kacau dia buat kerja sekolah." Alicia yang duduk di belakang Ali menyampuk. Mulut Ali terkumat - kamit mengumpat Alicia.

   "Kau nak tak melawat Moon. Aku takut dia depression sampai berak tiga kali tak keluar." Khai cuba menukar topik sebelum terjadinya perlawanan WWE antara Alicia dan Ali bin Ghazali.

   "Yalah, lagi - lagi ayah dia dibunuh sekejam itu." Iman mencelah. Ya, suaranya sungguh ayu sehingga membuatkan Retak'ka yang sedang berlawan dengan BoBoiBoy di Stesen TAPOPS pun menghentikan perlawanan dan menculik Iman.

Nooroo : Okay, gurau.

   Ali mengangguk - angguk seperti burung belatuk. Gilakah atau bermonolog sendiri? "Aku ikutlah. Lagipun Moon kan ahli Penyiasat Muda antara kita."

   Ya, di sekolah itu juga ada wujudnya kelab yang tidak bertauliah iaitu Kelab Penyiasat Muda yang terdiri daripada Ali, Khai, Iman dan Moon.

   "Kring!"

   Loceng itu berbunyi menandakan ada peperangan besar berlaku antara manusia dengan makanan.

   "Kau... sanggup kau Khai."

   Khai dengan selamba mengajak Ali. "Ha, Ali dah waktu rehat ni. Jomlah keluar pergi kantin."

   "KAU TAHUKAN KERJA SEKOLAH CIKGU PUDING eh.." Ali sengaja terbatuk - batuk untuk membela kesalahannya tersalah sebut nama Cikgu Bidin. "KAU TAHUKAN KERJA SEKOLAH AKU CIKGU BIDIN TAK SIAP LAGI?"

   "Padan muka." Bayang Alicia diekori oleh mata Ali. Kahwinkan dua manusia ini nanti baru tahu.

   "Okay. Aku belikan makanan dulu tau." Khai meninggalkan Ali untuk ke kantin. Mahu berjanggut menunggu Ali menyiapkan kerja sekolahnya.

   "Khai..."

   Ali menghadap kerja sekolahnya sekarang. Menyesal pula dia main FreeFire (tetapi nasib baik wardan tidak nampak jadi beliau tidak tangkap) malam semalam.

   Kerja sekolah.

   Aku harap kau lenyap dari dunia ni.

   Walau sebenarnya itu tidak akan terjadi.

   Mahu tidak mahu terpaksalah Ali berehat dalam kelas demi menyelamatkan dirinya daripada berjalan itik keliling padang selepas waktu rehat nanti.

Aku dengar dari perbualan manusia berseragam polis, perbunuhan itu dirancang
-Mika-

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now