Chapter 12

702 86 16
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Kerana 'dia'
Bukan seorang

SEKOLAH kini dibuka kembali. Ada beberapa pelajar yang berkongsi cerita tentang cuti sempena Aidiladha. Yalah, mana tahu ada lembu terbang masa orang mahu sembelih.

Kelas 5 Melur berseronok kerana Puan Munah ke tandas sebentar. Gaya dia berlari ke tandas seperti mahu terberanak sahaja.

"Macam mana kau orang punya holiday?" Tanya Moon. Ali memutarkan biji matanya. "Macam biasa. Makan. Tidur. Lepastu main PS3.

Iman tersenyum kecil. "Balik kampung dan lawat lembu sahaja."

"Main PS3? Game apa?" Khai teruja apabila mendengar Ali menyebut game. Selama ni tak pun. - _-

"Game---" Ayat Ali terhenti apabila sebuah kapal terbang kertas meluncur laju di tepi telinganya.

"Sorry Ali." Jet memohon maaf tetapi maaf sebelum beralih pada Zass apabila dia pula  terkena kapal terbang kertas ketika ingin masuk ke dalam kelas 2 Cendekia.

   "Sorry Zass."

   Zass mengangguk, tidak kisah. Ketika Zass mengutip kapal terbang kertas, satu benda terbang menghinggap tubuh badannya.

   Seluruh kelas itu tergamam melihat apa yang terjadi di hadapan mata.

   Pelajar perempuan di dalam kelas itu terketar - ketar melihatnya. Ada segelintir daripadanya sudah pengsan.

   Sebilangan daripada pelajar lelaki ingin mendekati jasad Zass namun entah kenapa berat kaki ini untuk melangkah.

   Zass tumbang dengan darah yang membuak keluar dari belakang tubuhnya yang terkena pisau yang dibaling entah dari mana.

   Di pisau itu terdapat sticky note yang bertulis. 'Pembunuhan masih berleluasa. Tiada istilah cuci tangan.',

...

   "Pembunuhan itu terjadi lagi!"

   "Takutnya. Macam mana kalau kita menjadi sasaran mangsa seterusnya."

   "Siapa pula yang suka bermain dengan nyawa manusia ini."

   "Main? Nyawa manusia boleh dimain ke?"

   "PAK!"

   "Aduh sakitlah! Aku tanya je."

   Bunyi tepukan dari Cikgu Geetha menarik perhatian pelajar yang masih kecoh dengan pembunuhan yang keempat dalam M.A.T.A.

   "Harap bertenang murid - murid. Seperti yang kalian tahu, terjadinya pembunuhan kali keempat di sekolah kita."

   Cikgu Leon menambah. "Jadi pihak polis kembali bergiat siasat di sekolah ini. Sesiapa ada maklumat tentang pembunuhan ini sila laporkan kepada guru bertugas."

   Cikgu Rama berkata pula. "Saya berharap murid - murid berjaga - jaga. Jaga keselamatan diri dan sentiasa berhati - hati. Sekiranya kamu menerima surat ugutan, segera melaporkan kepada kami."

Nooroo : Lol. I can hear General Rama voice.

   Senyap sunyi seketika dewan.

   "DENGAR TAK NI DEY."

   "Dengar, cikgu!"

"Bagus." Cikgu Rama menambah. " Semua balik ke kelas masing - masing kecuali pelajar kelas 2 Cendekia. Pihak polis mahu bertanya kepada kamu semua memandangkan kamu semua saksi di atas pembunuhan mangsa."

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now