Chapter 13

719 85 24
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Kerana 'dia'
Bukan seorang

"MANA diorang ni." Ali memandang kiri dan kanan, mencari kelibat Iman dan Moon. Inilah masalahnya kalau kawan dengan orang perempuan. Selalu lambat.

   "Ha, tu pun diorang!" Khai menunjuk ke arah koridor belakang mereka.

   Ali hairan melihat mata Iman yang seakan membengkak seperti baru menangis manakala Moon kelihatan sedang memberikan kata semangat kepada Iman.

   Yalah, siap bergaya seperti Perdana Menteri memberi ucapan lagi!

   Iman mengambil tempat bersama - sama dengan Moon. Dua orang manusia berjantina lelaki mendekati dua sahabat mereka itu.

   Iman sedang dalam ketakutan itu ditenangkan oleh Moon. Pada masa yang sama, Khai memandang Iman, risau. "Eh, Iman. Kau okay?"

   Iman masih dalam trauma. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.

   Pandangan Ali tertumpu pada kertas yang dipegang Iman. Tangan Iman kelihatan menggeletar memegang kertas tersebut. "Iman, kert--"

   Iman menarik nafas ketakutan.  "Saya rasa ada orang ikut saya."

   Khai dan Ali berpandangan. Kejap, kejap, kejap...

   Apa?

   "Baca tu." Moon menjuih bibirnya pada kertas yang dipegang Iman. Iman menghulurkan kertas itu pada mereka berdua.

   "Waktu tu aku nak ambil buku yang tertinggal kat perpustakaan. Ada orang cekik Im--"

   Pembacaan Ali dan Khai terhenti. "CEKIK IMAN?" Dan mata mereka tertoleh ke arah Iman.

  Moon berdehem, menghilangkan rasa kekok yang terasa di atmosfera. "Nasib baik aku halang si hoodie kuning tak guna tu kalau tak mesti Iman tak da kat sini." Tangannya digempalkan, seolah mahu menumbuk si hoodie kuning itu.

   "Jadi kalau, Iman sasaran seterusnya." Khai menunjukkan klu  yang ditulis di permukaan surat itu. " Macam mana nak buktikan dengan klu ni?

Kepada : Si Penyibuk Berempat

Kamu semua memang tak serik - serik. Walaupun diberi amaran, kamu semua masih mahu menyiasat. Bagus, bagus. Semangat begini yang kita nak.

Disebabkan semangat korang dan kecuaian korang dalam meneka klu, jadi kesian sangat, bagilah klu yang senang sikit.

Kalau korang salah, gelak tiga malam pun tak habis lagi.

Kalau bagi klu senang, tempoh dia berkuranglah! Klu ni perlu diselesaikan secepat mungkin kerana esoknya calon pembunuh akan dibunuh. Pandai - pandai koranglah nak cari calon tu. Tata!

Klunya adalah...

   " Ibu masak ayah. Momo si kucing makan daging ayah. Ayah punya kepala pun Momo makan. Nini si adik menelan usus ayah."  Ali menggigil seketika membaca klu itu.

  "Tak da ayat lain ke?"

  " Ayat ini terlalu panjang." Khai mengusap dagunya. "Mungkin kita guna cara menyelesaikan kes pertama dulu. Ambil suku kata pertama setiap ayat."

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now