Teaser Trailer 2

630 74 1
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Jangan sehingga
Tersilap langkah

Si hoodie kuning tersenyum melihat 'sahabat seperjuangannya' mengutip jam yang sudah retak di atas lantai.

  "Jangan ingat sebab kau nampak aku bunuh Ukaira, kau akan selamat." Muka pucat Rudy dipandang. "Kalau aku dapat tahu rahsia kami dibongkarkan, aku akan bunuh kau."

   Leher Rudy dilepaskan membuat lelaki itu tercungap - cungap mengambil nafas.

   "Ingat tu."

   Tangannya menyeret pisau pada permukaan meja.

   Iman sedang dalam ketakutan itu ditenangkan oleh Moon. Pada masa yang sama, Khai memandang Iman, risau. "Eh, Iman. Kau okay?"

   Pandangan Ali tertumpu pada kertas yang dipegang Iman. Tangan Iman kelihatan menggeletar memegang kertas tersebut. "Iman, kert--"

   "Saya rasa ada orang ikut saya."

Dan satu ketawa terletus. Sangat ngeri.

   Khai ternampak seorang manusia berhoodie kuning memegang pisau dan menunjukkan ke arahnya. Kemudian, si hoodie kuning itu berlari dari situ.

   "Tunggu!" Khai mengejar si hoodie kuning yang semakin jauh meninggalkan dirinya. Tiba - tiba, dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya.

   Telefon itu dicapai. Apa yang terpapar pada skrin amat mengejutkan dirinya.

   Tidak, berderau darah dia melihatnya.

   "Tak... Tak mungkin."

   Manusia berhoodie putih tersenyum ke arah si hoodie kuning yang sedang duduk gaya seorang diva pencen.

   "We're ready"

.
.
.
.
.
  
SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Kerana 'dia'
Bukan seorang

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now