Chapter 4

826 93 4
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Kini kau berada di dalam
Untuk terus hidup
Kau tidak boleh percayakan
Sesiapa

"BERTENANG murid - murid. Bertenang." Cikgu Geetha cuba menenangkan murid - murid yang kecoh. Masakan tidak, telah terjadinya pembunuhan kedua di kawasan sekolah mereka!

   Cikgu Rama merampas mikrofon dari tangan Cikgu Geetha. "DEY!"

   Bergema sekejap dewan itu. Jet yang mengangkat tangan ditepis oleh Roza.

   "Saya tahu bahawa sudah terjadinya pembunuhan kedua di sekolah ini tapi saya minta para pelajar untuk bertenang." Cikgu Rama menarik nafas, seakan - akan berat mahu meluahkan.

   "Sekolah akan ditutup selama seminggu. Jadi, murid - murid boleh menelefon ibu bapa masing - masing untuk diambil hari ini."

   Serentak dengan itu, ramai murid bersorak gembira. Cikgu Rama yang bengang mengomel dalam bahasa Tamil.

   "Ali, kau tak nak balik ke?" Tanya Khai apabila Ali hanya terduduk kaku di dewan lagi. Mungkin masih trauma.

   "Aku nak siasat kes ini." Khai terkejut pada mulanya mendengar kata Ali sebelum tersenyum.

   "Aku teman kau."

...

   "Uncle, uncle tak balik lagi ke?" Tanya Ali kepada Cikgu Bakar merangkap pakciknya yang asyik memerhati keadaan sekeliling.

Nooroo : Oh, lupa mahu beritahu. Iman dan Moon sudah balik ke rumah. Moon dijaga oleh mak cik dan pak ciknya sekarang.

   "Uncle balik esok." Mata Cikgu Bakar masih meliar mencari sesuatu. Tiba - tiba dia tersenyum sinis.

   "Hei, gadis cantik. Baju awak tu seperti tidak lengkap." Gadis yang mengikat rambut toncang seakan terkejut.

   "Tak lengkap. Mengapa?" Gadis itu panik membelek pakaiannya. Mana tahu ada yang terkoyak ke?

   "Tidak lengkap bersama saya." Cikgu Bakar terus tersenyum seperti ayam terkentut.

   Ali dan Khai membuat muka meluat mendengar  pickupline Cikgu Bakar termasuklah si gadis.

  "Kalau macam tu Ali telefon ayah kata yang Ali balik dengan unclelah." Cikgu Bakar mengangguk mendengar kata Ali seterusnya mencari gadis - gadis untuk dipikat.

   Setelah selesai menelefon ibu bapa masing - masing, Khai dan Ali bergerak ke loker.

   Ali ternampak guru wanita yang comel, Jenny masuk ke dalam bilik stor kantin.

  "Ali, kata nak pergi ke loker." Tanya Khai, hairan apabila Ali berdiri kaku di situ.

   "Sabarlah." Ali mengeluh apabila tidak lagi terlihat kelibat guru itu. Dia melangkah mengekori Khai.

   Anehnya mengapa Cikgu Jenny membawa masuk pisau ke dalam bilik stor kantin tersebut.

   Ali memikirkan semula. Tidak mungkinlah Cikgu Jenny yang menjadi angkara dalam semua kes ini. Lagipun muka dia itu nampak baik.

   Mungkin Cikgu Jenny mahu menyimpan pisau itu. Mungkin...

   "Ali." Khai menepuk bahu Ali.

   "OPOCOT, ALI BIN GHAZALI! " Ali jatuh terduduk.

   "Kita dah sampai ke loker ini. Kau mengelamun apa lagi?" Khai membantu Ali bangun. Ali menggosok - gosok punggungnya yang sakit sambil memandang Khai tidak puas hati.

   "Mencari bukti." Balas Ali.

   "Bukti? Mana kau tahu klu dia ada kat sini." Khai memandang sekeliling, takut ada orang yang memerhatikan mereka.

   "Entahlah. Lagipun aku memang nak cek loker Mika. Dia tu dah mati, hutang RM 1.50 aku pun tak bayar lagi." Khai menepuk dahi mendengar jawapan Ali.

   Ali menggunakan klip kertas untuk membuka pintu loker. Tetapi malangnya yang keluar ialah lipas.

   "WARGH. TOLONG. TOLONG!"

   Ali memandang hairan ke arah Khai. "Lipas tu dah keluarlah Khai."

   Khai mengusap dadanya, mungkin terkesan terkejut melihat makhluk kecil tadi.

   "Bukalah..." Setelah tiga kali cubaan berkat jasa klip kertas, pintu loker itu terbuka.

   Benda pertama yang Ali cari itu bukanlah bukti tetapi hutangnya. Ali tersenyum melihat RM1.50 di tangannya. "Akhirnya kau boleh pergi dengan aman, Mika."

   Khai membuat muka menoya melihat kelakukan Ali. "Kau ni. Tak boleh ke halalkan saja hut..."

   Khai ternampak sebuah buku bertajuk "The U". Terketar - ketar dia mengambil buku itu. Hal ini kerana buku itu sahaja yang penuh dengan darah. Malah, darah itu seolah - olah masih baru lagi!

   "Ali. Tengok ni." Khai menunjukkan sebuah buku yang tercalit dengan darah.

   "The U?" Ali menahan nafas apabila bau hanyir itu berlumba masuk ke dalam hidungnya.

   Ali membelek buku itu. Kedua sahabat itu tersentak melihat muka surat terakhir buku itu.

   "Tahniah kerana menjumpainya! Ini klu seterusnya untuk mangsa pembunuhan seterusnya. Cari baik - baik. Tempoh masanya adalah sehingga sekolah ini dibuka."

   "Klu seterusnya? Apa maksud si pembunuh ni?"

Ini klu seterusnya untuk mangsa, pembunuhan seterusnya. Cari baik - baik. Tempoh masanya adalah sehingga   sekolah ini dibuka.
-Si Pembunuh-

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now