Chapter 7

777 88 19
                                    

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Kini kau berada di dalam
Untuk terus hidup
Kau tidak boleh percayakan
Sesiapa

SEKOLAH kini dibuka kembali. Memang agak menyeramkan buat pelajar jenis gamer dan pemalas. Berak pun taik masuk balik sebab terkejut dengar berita 'SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN M.A.T.A KINI DIBUKA KEMBALI'

   Anak siapalah buat cuti seminggu je.

   Kembali kepada dua manusia yang menyiasat pada kes pembunuhan Asrama M.A.T.A.

   Kebiasaannya kalau dengar je loceng balik sekolah, mesti pelajar asrama ke surau untuk menunaikan kewajiban dan ke bilik masing - masing sebelum diarahkan turun ke dorm. Namun, tidak bagi manusia bertuah ini.

   "Hei, kau yakin ke Uposas (this is not typo) tu mangsa seterusnya?" Tanya Moon, masih ragu - ragu dengan penyiasatan mereka.

   "Awak berdua dah siasat betul - betul ke?" Tanya Iman dengan lembut. Alahai, kalau author lah, author nak suruh adik author meminang si Iman ini.

   "Iya. Aku dah siasat penuh teliti dan perfect dah." Kata Khai sambil membuat simbol 'okey'. Ali teringatkan Udiana terus tergelak.

   "Dalam siasatan tu ada seorang mangsa tu, nama bapa dia pe.." Khai menutup mulut Ali sehingga Ali meronta - ronta minta dilepaskan.

   Ali mengetepikan tangan Khai. Ingat tangan dia bau wangi macam lavendra ke. "Kenapa kau ni, Khai?"

   "Cukup - cukuplah dengan lawak hambar kau tu." Khai mengelap tapak tangannya ke seluar. Rasa basah sikit, Ali  jilat tangan aku ke ini?

   Moon dan Iman yang tidak mengetahui hanya terpinga - pinga mendengar kata - kata Khai.

   "Kau kenapa-- Ha, tu dia Ulosas!" Ali segera ke arah pelajar india itu seperti ternampak penjenayah.

   "Ha?" Ulosas yang terkejut Ali berlari ke arahnya segera mengelak ke tepi, menyebabkan Ali terhantuk pada mesin menjual air.

   "Aduh" Ali menggosok - gosok kepalanya yang agak benjol. Moon menggeleng melihat Ali.

   "Tulah, kau lari macam monyet nak dapatkan pisang tu dah kenapa?"

   Ali merungut. "Mana ada."

  "Ulosas, awak ada nampak orang mencurigakan mengekori awak ke hari ini?" Ulosas menggeleng mendengar soalan Iman.

   Kalau ada pun, monyet (Ali) sebentar tadilah yang mengejarnya.

   "Kenapa?" Tanya Ulosas, hairan apabila dirinya dikerumuni Ahli Penyiasat Muda seperti artis KPOP.

   "Sebab kau merupakan mangsa seterusnya si pembunuh." Kata Khai tanpa menggunakan ayat tersirat atau pos laju.

   Gelakan dari Olasas membuatkan ahli Penyiasat Muda tertanya - tanya.

   "Baik dia bunuh sahaja saya." Suara Ulosas berubah menjadi sebak.

   "Kenapa awak cakap macam tu?" Tanya Iman.

   "Errr.." Ulosas mengelap air matanya yang tiba - tiba jatuh kemudian berlari dari situ.

   "Hei, tunggu!" Khai dan Iman mengejar Ulosas. Moon pula memegang perutnya yang memulas menandakan najis ingin keluar negara.

   "Ali-- Aku mahu pergi ke tandas. Kau kejarlah dia."Kata Moon dengan muka yang menahan sangat.

  " Kau nak buat apa? "Tanya Ali.

  " Aku nak jumpa BTS. Lepastu aku kahwin ketujuh - tujuh ahli BTS tu. "

   Ali terdiam mendengar jawapan Moon. Itulah kau, tanya soalan bodoh lagi.

  " Pergi melepaskan lah PANDAI! " Moon terus berlari ke tandas kerana tidak tahan sangat.

   "Erk." Ali terus mengekori Iman dan Khai yang mengejar si Osas (Ops).

   Sampai sahaja di belakang sekolah, Si Ulosas kelihatan menangis sambil dipujuk Iman.

   "Apa.. Apa yang terjadi?" Tanya Ali, hairan.

   Khai membawa Ali jauh dari si sasaran pembunuh dan Iman. Khai berbisik pada Ali. "Kau pergi mana tadi."

   "Tadi Moon kata nak gi tandas. Pastu aku tertanya soalan bodoh."

  "Soalan bodoh? Apa - apa jelah.  Kau mesti nak tahu kenapa Ulosas tu menangis,  bukan?" Ali mengangguk - angguk seperti burung berlatuk.

   "Sebenarnya ibu dia sudah meninggal." Ali terkejut mendengar cerita Khai. Nasib Ulosas sama seperti dirinya.

   "Ayah dia menghabiskan masa dengan bekerja supaya tidak teringatkan arwah ibunya. Kakak dan abangnya juga selalu menghabiskan masa dengan belajar sehingga Ulosas terabai."

   "Ulosas pernah cuba bercakap dengan mereka tetapi jawapan mereka ialah mereka sibuk. Itulah menyebabkan si Osas. Eh silap. Si Ulosas tu tertekan."

   Ali mendekati Ulosas yang masih menangis. "Mesti rasa sunyi kan?"

   Air mata Ulosas terhenti dan dia memandang Ali dengan penuh kehairanan.

   "Aku pun rasa seperti kau rasa. Tiada ibu. Malah, aku tiada adik mahupun abang." Ali menarik nafas sebak. "Rasa terabai."

   "Tapi kau perlu tahu. Yang hidup ini mesti diteruskan, bukan untuk diratapi. Kalau kau berhenti melangkah sekarang, kau takkan sampai di penghujung yang merupakan kebahagian kau."

   "Keluarga kau hantar kau ke sini bukan sebab tidak sayang, ayah kau tahu kau mesti akan terus kesunyian jika di rumah jadi dia hantar kau ke sini supaya dapat berseronok dengan kawan - kawan."

  "Kau boleh bercakap slow-talk dengan keluarga kau. Beritahu apa yang terjadi. Kalau kau tak mulakan, siapa lagi nak mulakan?"

   Khai dan Iman terkebil - kebil mendengar kata Ali. Eh, betul ke ini Ali ataupun alien yang menukar otaknya.

   "Te..." Ulosas tersenyum. "Terima kasih."

   Tiba - tiba, Moon datang dalam keadaan tergesa - gesa.

   "Kenapa ni Moon?"

   "Ukaira dibunuh!"

   Ali memandang wajah Moon sebelum beralih pandangannya ke arah Khai, tidak percaya.

   Ha? Kita tersilap sasaran?

Kalau kau berhenti melangkah sekarang, kau takkan sampai di penghujung yang merupakan kebahagian kau
-Ali-

Misteri Asrama M.A.T.A (EA) Where stories live. Discover now