1 ; novel

2.6K 132 31
                                    

• SECRET BONDS •

----------

Jeon Jungkook Fanfiction
2019
@nrasyrinn

----------

"Dasar lelaki bisu."

"Aku orang yang tak seperti kau fikir."

"Aku suka kau."

"Aku tak boleh terima kau, aku tunang orang."

"Terima kasih kerana sanggup tunggu aku dalam Secret Bonds ini."

----------

✿ Publish on ; 13 June 2019
✿ Started on ; 13 June 2019
✿ End on ; 23 March 2020

----------

✏️ Status
COMPLETED

----------


⬜ ⬜ ⬜


Kring...!!

Loceng sudah bergema di dalam kawasan sekolah yang menandakan waktu pembelajaran telah tamat.

Semua pelajar berpusu-pusu keluar daripada kelas untuk balik ke rumah. Time nak pergi sekolah malas bukan main, time balik sekolah rajin dia tu tak boleh bawa bincang-

Tinggal aku seorang di sini. Siapa aku? Aku Haraura Park.

Aku sebenarnya dilanda mood yang tidak beberapa baik hari ini. Awal-awal datang sekolah dah kena bala. Ya, aku kena tangkap basah-basah tengah ponteng kelas dekat rooftop.

Aku ponteng pun ada sebab okay, bukannya saja-saja. Erm, tapi adalah juga sikit-sikit kata untuk saja-saja tu mungkin dalam 90/100.

Ketua pengawas yang annoying nak mampos pula tu jumpa aku. Dia fikir dia ketua semua benda nak denda lah nak report lah. Annoying gila! Sekali aku angkat kaki dalam longkang kau jawabnya.

Mentang-mentang ramai perempuan nak. Kalau muka handsome tapi perangai tak handsome boleh blah! Kesian siapa yang berjodoh dengan dia. Aku turut rasa simpati.

Aku tak rasa aku patut bagitahu nama dia sebab dia tak penting pun dalam cerita ni. Watak sampingan je.

Nama dia, Min Yoongi-

Aku menyembamkan wajah di atas meja sempat juga aku melihat sekeliling.

Memang dah kosong tak ada orang semua dah balik. Kalau orang lain rajin balik sekolah dan malas nak pergi sekolah manakala aku pula sebaliknya.

Aku rela duduk sekolah daripada rumah. Tak nak aku menghadap muka harimau tu dekat rumah. Kalau aku dengan dia bertemu bala akan datang secara tiba-tiba.

Aku berseorangan lah sekarang ni. Ada kawan pun macam lahana- Aish!

Aku kembali layan perasaan sendiri. Rasa malas pula nak angkat kaki keluar kelas. Siapa-siapa tolong angkut aku juseyoo!

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now