29 ; jhope

502 61 4
                                    

~~~

Lima bulan berlalu pantas. Aku hanya terperap dalam rumah hari ni. Cutilah sebab apa lagi kan. Tapi Jungkook dah masuk awal tadi. Ada orang nak jumpa katanya. Yang pasti bukan Hana. Aku dah suruh Jungkook pecat Hana tu, kejam tak aku? Tapi kesian sampai sekarang Jungkook masih tak ada P.A pengganti.

Terperap dalam rumah pun bukan nya berseorangan melainkan berdua.

"Noona!" Panggil dia dan aku menoleh ke arahnya yang sudah selamat melabuhkan punggung di atas sofa di tepi aku.


"Noona rasakan, tema apa yang sesuai untuk buat kejutan birthday hyung?" Soalnya. Ouh tanya aku tema yang sesuai nak buat kejutan birthday Jungkook. Aku tahu pun yang sesuainya tema Arnab.

Beomgyu dia baru sahaja menghabiskan semester nya pada minggu lepas. Kau tahu betapa gembiranya dia waktu Jungkook pergi ambil dia dekat dorm sebab aku ada sekali waktu tu. Tapi sekejap je lah ni duduk dengan dia. Nanti dah nak kena pergi Paris. Jaga syarikat lah. Jungkook dah amanahkan Beomgyu untuk uruskan syarikat yang dekat Paris. Dan aku cadangkan biar Beomgyu tinggal dengan Jimin oppa. Tapi entahlah dia setuju ke tak.

Lagipun Beomgyu dah pandai dalam hal macam ni. Lagi-lagi waktu dia masih belajar dia ambil aliran macam ni. Tapi aku hebat lagi. Tak sambung belajar pun aku boleh jadi bos. Kembang hidung dua cm jap.

Aku tak tahu aku dengan Jungkook ni dekat rumah macam aku ni dah official wife dia sedangkan kahwin tak lagi.

"Tema, ntah lah noona tak pandai dalam bab macam ni." , Aku mengaku awal-awal.

"Apa kata kalau ambil yang ni." Dia menunjukkan ke arah aku. Ironman seriously?

"Biar betul Beomgyu nak buat tema Ironman. Jungkook suka ke." , Aku menyoal sebelum dia, terlajak perahu boleh diundur, terlajak buat tak boleh nak diundurkan.. okay jangan ambil serius pepatah tak masuk akal ni.

"Eh, hyung suka tau tengok cerita Avengers nak nak lagi tokoh hero Ironman." Jelas dia. Nampak je macam tu Jungkook, tapi minat juga hal macam ni.

Aku menggelengkan kepala perlahan lalu mengangguk perlahan. Apa benda yang aku mengarut ni.

"Noona setuju ke tak setuju sebenarnya ni?" Soal Beomgyu.

"Noona, setuju je."

"Okay kita ambil Ironman!"

~~~

"Kenapa kau boleh kantoi pula!?" Sergah Daniel kepada Hana. Saat ini mereka berada di sebuah tempat gedung terbiar. Ada beberapa orang suruhan Daniel juga turut ada di situ.

"Mana aku tahu yang Haraura dah ada dekat situ waktu tu!" Celah Hana pula tidak mahu kalah dengan Daniel.

"Aku nak kita buat cara lain."

~~~

Aku berjalan menuju ke sebuah restoran. Nak belikan Beomgyu dessert lagipun dia yang suruh tolong belikan.

Tiba-tiba datang seseorang di tepi aku juga turut membeli sesuatu. Aku tengok dia. Jap inikan....

Lelaki tu sudah berpusing lalu pergi. Setelah habis membayar aku cepat cepat mengejarnya.

"Encik! yang baju hitam! tunggu." , Aku memanggilnya. Agak ramai yang pakai baju hitam di sekitar sini tapi nasib baik dia menoleh ke arah aku.

"Saya nak jumpa dengan Encik sekejap."

~~~

"Encik ni siapa sebenarnya, saya dah banyak ternampak encik macam mengekori satu pasangan ni. Kenal Hana dan Daniel?" , Aku menyoalnya.

Setelah lama berdiam dia membuka masker hitam yang dia pakai. Aku tak pernah kenal lagi lelaki ni.

"Nama saya Jung Hoseok, bekas tunang Lee Hana." Terkedu aku mendengarnya. Seriuslah Hana dah pernah bertunang? tapi kenapa dah ada gelaran bekas tu.

"Enc-"

"Jhope, panggil saya Jhope."

"Jhope, boleh saya tahu kenapa saya nampak awak selalu ekori Hana?" Soal aku.

"Pertunangan ni atas dasar keluarga. Selepas kematian ibu bapa saya dan juga dia disebabkan kemalangan pesawat, keputusan untuk batalkan pertunangan ni bukan dari saya melainkan cadangan Hana sendiri. Saya ikut dia selalu sebab saya masih ada perasaan terhadap dia." Terang Jhope.

Dasar perempuan mengada. Dah ada orang yang suka dia tapi still nak kan Jungkook. Apa masalah pun aku tak tahulah.

~~~

Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Aku disambut oleh Beomgyu yang merebut dessert yang aku beli lalu di bawa ke hadapan tv.

Tak sempat aku nak duduk lagi dia dah rembat buat lari.

Aku pun turut masuk ke dalam. Pintu aku tutup. Aku juga turut melabuhkan punggung di sebelah Jungkook.

Aku tengok Beomgyu lalu beralih ke arah tv.

"Dul, set, Bang- Tan! Annyeonghaseyo Bangtan Sonyeondan imnida!"

"Wouhh! Jimin sunbae!" Jerit Beomgyu tiba-tiba membuat aku terkejut di sebelah.

Beomgyu minat BTS juga? fanboy berat si Jimin lah ni eh? Suka hatilah dia minat Jimin tu tapi aku ada Jimin oppa acewah.

Klerk!

"Jungkook hyung!" Jerit Beomgyu lagi.

"Eh! asal jerit panggil hyung ni?" Soal Jungkook yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Beomgyu menoleh ke arah Jungkook yang dibelakangnya.

"Ouh, sorry bos. Maksud gyu Jungkook hyung yang dekat dalam tv bukan dekat sini." Jelas Beomgyu manakala Jungkook dan buat muka -,- .

"Haraura..." Panggil Jungkook meleret.

"Apa dia?"

"Tolong buatkan aku air." Arah Jungkook.

"Ey, ada tangan ada mata apa gunanya, buatlah sendiri." Kata aku.

"Apa fungsi kau yang bakal jadi isteri aku kalau aku tak mengarah." Kata Jungkook selamba dengan nada mengejek.

"Kau ni semakin hari, semakin gedik lah aku tengok. Mana Jungkook yang dulu."

"Jungkook yang dulu bukanlah yang sekarang."

"Sempat lagi kau nak nyanyi. Dah lah naik atas pergi mandi bau bangkai." Selamba aku. Lalu tengok phone.

"Sabar je lah aku dengan kau ni."

Jungkook berlalu naik ke atas. Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Lantas aku menekan buton hijau.

"Nae, oppa? nak balik sini! bila? ouh okay! nae.." Panggilan aku tutup.

"Kenapa tu noona?" Soal Beomgyu.

"Oppa noona call katanya nak balik sini dalam 1 minggu lagi."





-- TBC --

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKDonde viven las historias. Descúbrelo ahora