12 ; beomgyu

576 69 3
                                    

~~~

"Jaehwan oppa! Jimin oppa!" Panggil Haraura kuat mengalahkan petir.

"Mana dua orang ni."

"Oppa sekalian! Adik mu si Haraura ini sedang mencari!" Jerit Haraura lagi kuat dari tadi.

"Dekat belakang!"

"Dalam bilik!"

Ha sudah, seorang dekat belakang. Seorang lagi dekat bilik. Tapi kisah apa Haraura.

"SINI SEKEJAP! NAK TANYA NI."

"Datang lah sini." Jimin dan Jaehwan serentak berkata.

"HARAURA NAK KELUAR SEKEJAP BOLEH!?" Disebabkan malas nak pergi, Haraura menjerit saja lah.

Lagipun rumah ni besar. Tak ke mampus aku nak jalan sampai 1 kilometer. Ok saya sedang bergurau sebenarnya.

"HA, JANGAN LAMA LAMA SANGAT! HARAURA TAK KENAL LAGI TEMPAT NI!" Balas Jaehwan oppa.

"BETUL TU!" , Dan disetujui oleh Jimin oppa yang anak sulung pula.

"OK! BOSS!"

Pantas Haraura keluar dari rumah tidak lupa dia menutup kembali pintu rumah, kalau tak nanti tak pasal-pasal kena rompak. Siapa susah?

Haraura berjalan dekat taman yang berhampiran dengan kawasan rumah banglo di situ. Tenang sahaja cuaca di sini.

Sedang tenang menghirup udara. Handphone yang berada di dalam poket seluar berdering.

Haraura pantas mengambil dan melihat nama yang tentera di skrin handphone.

Taehyung

"Taehyung? yah, aku lupa nak bagi tahu dia semalam yang aku dah sampai." Haraura pun menekan buton hijau.

Telefon dilekatkan di telinga kanan. Lalu perjalanan disambung dengan langkah perlahan.

"Hello orang disana." Sapa Haraura terlebih dahulu.

"Hello Haraura. Kau dah sampai sana ke?" Soal Taehyung di hujung talian.

"Aku dah sampai semalam tapi aku lupa nak bagi tahu kau sebab penat sangat." Kata Haraura jujur.

"Ak-"

Bbuk!

"Omo! so-sorry saya tak sengaja." , Cepat Haraura meminta maaf apabila dia tak sengaja terlanggar seorang lelaki yang tinggi sikit darinya.

"N-nae saya tak apa apa." Kata dia cepat.

Dia duduk dengan lutut sebelah kanan mencium rumput lalu mengutip semua buku-buku dan kertas yang jatuh berterabur.

Nampak gaya ni buku pelajar. Budak lagi lah ni?

"Awak ni pelajar lagi ke?" Soal Haraura sambil menolongnya.

"Err, nae. Saya masih pelajar sekolah." Balas dia ragu-ragu.

Haraura menghulurkan tangannya dengan senyuman.

"Hah kenalkan noona, Park Haraura."

Lelaki itu menyambut huluran Haraura dan menyebutkan namanya.

"Choi Beomgyu." Katanya.

"Korean?" Soal Haraura lagi.

"N-nae."

"Noona pun orang Korea. Noona baru saja pindah sini." Kata Haraura.

"Tinggal mana?" Soal Haraura lagi, manalah tahu boleh buat kawan. Lagipun Beomgyu Korea juga.

Dia menunjukkan rumahnya. Omo! sebelah rumah Haraura je?

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now