6 ; cry

628 80 8
                                    

~~~

"Hey yo! Jungkook ah!" Jerit Taehyung yang sudah berada di pintu kelas mereka.

Jungkook yang fokus dengan latihan dan soalan berkira itu terkejut dengan suara lantang dan garau milik Taehyung.

Bukan setakat Jungkook sahaja yang terkejut satu kelas tu terkejut dan mata mereka tertuju ke arah Taehyung.

Habis serta merta idea dan jawapan yang telah dia fikir dan ingat dalam otaknya.

Dia merengus kasar dan menatap dingin ke arah Taehyung yang sudah berjalan ke arah mejanya.

Malah Taehyung melontarkan senyuman kerana dia dah memang tahu perangai Jungkook sejak Jungkook mula-mula pindah dekat sini lagi.

Taehyung menarik kerusi nya yang berada di sebelah kiri Jungkook dan merapatkan ke arah lelaki itu.

"Ada apa?" Soal Jungkook, perlahan dia mula mengira kembali soalan yang agak rumit baginya.

"Kau tahu Haraura pergi mana?" Soal Taehyung.

Jungkook berhenti dari membuat kerjanya bila dengar nama perempuan yang boleh dikatakan pelik dan gila bagi dirinya.

"Kenapa tanya aku? mana aku tahu." Jawab jungkook dingin sambil menyambung kembali kerjanya.

Nampak jelas reaksi kerisauan di wajah seorang sahabat kepada Haraura itu.

Sedar akan hal itu Jungkook melihat Taehyung yang sedang melihat ke luar kelas mencari haraura.

"Kenapa ada masalah ke?" Soal Jungkook.

"Ha? tak ada apalah cuma risau je, sebab dia dah datang masa dia chat aku pagi tadi, entah kemana pula perginya?" Jelas Taehyung.

"Kau chat lah dia tanya ada dekat mana?" Cadang Jungkook.

"Kalau aku boleh chat dia aku tak tanya kau wahai budak bisu." Kata Taehyung selamba tanpa berlapik.

Laju sahaja mata tajam milik Jungkook mencerlung ke arah Taehyung. Taehyung hanya memaparkan senyuman tidak bersalah.

~~~

Park Haraura's

Aku berjalan selaju mungkin dari tempat itu menyesal aku setuju nak berjumpa dengan dia.

Air mata yang mahu mengalir aku seka dengan kasar memastikan aku tidak lemah di hadapan lelaki yang pernah aku cintai tapi dia berikan fake hope.

"Haraura tunggu!" , Dia menarik lengan aku dan pantas sahaja aku menepis dengan kasar.

"Lepas lah awak nak apa lagi dari saya ha!?" , Aku menyoal sambil menahan air mata, aku harus kuat tak boleh tunjuk lemah.

"Haraura aku minta maaf tapi please aku nak kita macam dulu balik?" Soalan tak masuk akal dilontarkan kepada aku.

Aku ketawa sinis.

"Kenapa, mana pergi betina yang kau kejar sangat tu! dah mampos?" , Aku membentaknya. Sudah diludah sekarang mahu jilat balik?

"Percayalah Haraura, aku tak pernah ada perasaan dekat dia perasaan aku hanya untuk kau, dulu aku terpaksa sebab aku tak nak bagi dia fake hope." Jelas lelaki di hadapan aku.

"Ouh? kau terpaksa sebab tak nak bagi dia fake hope dan kau boleh pula bagi aku fake hope Kang Daniel!?" Bentak aku kasar. Daniel terdiam seketika.

Aku pun berpusing dan ingin pergi dari situ. Tangan aku ditarik lagi dan Daniel meragut kasar bibir aku.

Aku menolak dia sekuat yang boleh dan langsung menampar wajah dia.

Air mata aku perlahan mengalir melalui tubir mata.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Daniel, aku bukan perempuan yang macam kau fikirkan!" , Aku pun pantas meninggalkan tempat itu dalam keadaan menangis.

~~~

Author's

Kelas masa pertama baru sahaja berakhir, sudah ramai pelajar mula keluar untuk pergi mengisi perut di kantin tetapi tidak kepada Jungkook dia lebih memilih untuk pergi ke taman sekolah.

Kameranya dibawa sekali.

Sebelum keluar mata dia tertuju ke arah meja milik Haraura dia nampak macam berfikir lalu keluar dari kelas.

Mana kau pergi..?

Jungkook menangkap gambar ramai pelajar yang berada di sekitar situ untuk di masukkan ke dalam majalah sekolah.

Tidak lupa juga bangunan sekolah dari tingkat bawah sampai atas boleh nampak ramai juga pelajar yang lalu lalang.

Sehingga tangan Jungkook berhenti bila dia menangkap gambar di tingkat paling atas.

Terus dia melarikan pandangan mata dari kamera dan melihat ke atas iaitu rooftop.

Dia buat apa dekat situ seorang diri?

Jungkook berfikir seketika lalu mengorak langkah ke tingkat paling atas bangunan sekolah.

Pintu dibuka perlahan dan dia berjalan ke depan.

Kamera yang dipegang ditangan itu kembali di sangkut ke lehernya.

Seorang wanita berpakaian seragam sekolah yang tidak masuk ke dalam kelas pertama tadi sedang duduk memeluk lutut di lantai.

Jungkook menghampirinya, dia mahu berpesan sedikit ni kenapa tak masuk kelas pandai je memonteng.

Lagi-lagi langkahnya mati apabila dia nampak bahu wanita itu terhinjut-hinjut dan bunyi tangisan halus dari wanita itu.

Hilang terus perasaan nak marah dia tadi. Jungkook membuka langkah kembali dan menghampirinya.

Setelah betul-betul berada di hadapan wanita yang sedang duduk itu.

Wanita itu mendongak memandang Jungkook lalu air mata dikesat kasar olehnya.

"K-kau buat apa dekat sini?" Soal Haraura, wanita yang dimaksudkan Jungkook tadi.

"Aku sepatutnya tanya soalan tu, kenapa kau duduk sini seorang diri?" Jungkook menyoal, ada terbit rasa simpati.

Haraura senyap saja dan kembali memeluk lutut dan menyembamkan wajah di lututnya.

"Pergilah, aku nak bersendirian Jungkook." Kata Haraura.

Jungkook mengeluh lalu dia turut duduk bercangkung di hadapan Haraura.

"Kau ada masalah cerita sajalah dekat aku." Kata Jungkook.

Haraura kembali melihat wajah Jungkook yang sudah berada di hadapannya.

"Tak adalah, aku okay." Jawab Haraura paksa, kalau boleh dia nak lepaskan semuanya.

"Tapi mesti kau perlukan peluㅡ"

Jungkook sedikit terkejut dengan tindakan Haraura yang memeluk tubuhnya dengan erat dalam keadaan menangis.

"Kenapa dia kembali di saat aku dah mula tawar hati dengan dia." Tutur Haraura diselit dengan esakan.

Jungkook perlahan mula mengelus rambut Haraura untuk menenangkannya.

Jungkook tersenyum.

Jungkook mula terfikir se gila dan seteruk mana pun perangai Haraura pada dia dan orang lain Haraura juga memiliki hati dan perasaan.

"Tak apa aku ada.."




-- TBC --



✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKDonde viven las historias. Descúbrelo ahora