20 ; taehyung

515 68 7
                                    

~~~

"Patut ke kita bagi tahu mereka berdua nanti?" Soal Puan Park kepada rakan baiknya iaitu Puan Jeon.

"Bagus juga tapi tunggu lah biar lah mereka berdua lama sikit." Kata Puan Jeon.

"Berbincang pasal apa awak berdua ni." Soal Tuan Park yang datang secara tiba-tiba bersama dengan Tuan Jeon.

"Perkahwinan anak kita lah, Haraura dengan Jungkook." Jelas Puan Jeon.

"Mereka memang tak tahu apa-apa lagi kan berkenaan hubungan mereka?" Soal Tuan Jeon.

"Hah ye lah. Saya dengar mereka tu asyik bergaduh je. Nasib baik tak tahu lagi yang sekejap lagi nak bersama dah." Kata Puan Park.

"Nanti waktu kita nak bercuti bersama dekat sana, kita bagi tahu lah mereka. Mungkin itu masa yang sesuai." Kata Tuan Park.

Mereka semua pun tersenyum dan mengangguk kan kepala. Adakah rencana kejutan macam ini baik untuk pasangan Haraura dengan Jungkook? Atau akan memudaratkan?

~~~

"Kau rupanya."

"Apa?!" Tegas Haraura dengan tangan yang masih sibuk membelek dokumen yang harus ditandatangani.

"Eh, hormat sikit. Dah lupa ke aku ni siapa?" Soal Yoongi tanpa perasaan.

"Ingat! bukan ke mayat hidup tu?" Selamba Haraura.

"Yah!"

"Aku anak bos kau ni hah."

"Apa aku kisah, bos aku tu bapak kau bukan kau, jadi jangan nak mengada." Kata Yoongi berdesup ke hati aku.

Perlu ada juga ke makhluk yang boleh menyakitkan hati orang ni? lebih baik pupus daripada menyusahkan orang.

Setelah selesai berurusan dengan mamat mayat hidup tersebut. Aku pun membuat keputusan untuk,

Baliklah buat apa lagi, tak akan lah nak mereput dekat sini pula.

Sebelum aku bangun, handphone aku bergetar lalu aku pun membuka untuk melihat mesej yang dihantar oleh seseorang.

Omma Jungkook

Ada apa pula ni?

---

Omma Jungkook

Haraura kamu apa khabar? macam mana dekat sana okay kan? Kookie ada buat apa apa masalah dengan kamu?

Kookie? Biskut? sejak bila pula aku tinggal dengan biskut tapi ada betul juga biskut dekat dapur banyak.

Haraura

Khabar baik je. Tapi siapa Kookie?

Omma Jungkook

Kookie tu nama manja Jungkook. Kami suka panggil dia dengan nama tu, tapi dia tak terima orang panggil dia Kookie

Haraura

Ouh macam tu. Mm Jungkook dah tunggu haraura dekat bawah tu. Haraura pergi dulu.

Omma Jungkook

Okay jumpa nanti.

---

Aku pun bangun lalu menapak ke pintu keluar. Aku membuka pintu lalu terlanggar tubuh manusia. Manusia ke kayu dekat depan aku sekarang ni? sakit dahi aku!

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKDonde viven las historias. Descúbrelo ahora