21 ; accident

522 67 9
                                    

~~~

1 minggu kemudian...

"Dah bawa apa yang patut?" Soal Tuan Jeon kepada si isteri tercinta, ewah.

"Dah, boleh kita bertolak lagipun keluarga Park dah sampai kan?"

Pasangan ini pun mula masuk ke dalam kereta setelah driver mereka sudah masukkan semua bagasi ke dalam bonet kereta.

Jom ke Airport! hehehe

~~~

» Lapangan Terbang Incheon, Korea.

"Hyung betul ke ni boleh?" Soal Jaehwan kepada Jimin< merangkap hyung kandung nya.

"Jangan risau lah kau pergilah dulu dengan omma dan appa, hyung boleh uruskan syarikat tu dulu untuk hari ni." Jawab Jimin dengan senyuman tipisnya.

"Okay lah kalau macam tu."

Keluarga Jeon dan Park kan pernah buat keputusan untuk pergi bercuti bersama kan? lebih tepat lagi melawat orang dekat Paris lah. Dan inilah masanya, tapi sayang betul sebab Jimin tak boleh nak pergi sama-sama sebab ada hal penting yang dia perlu buat dekat syarikat di Seoul ini untuk hari ni. Mungkin dia akan pergi dalam hitungan 2 hari mendatang.

"Omma dan appa mana?"

"Tu, baru lepas check in." Jawab Jaehwan.

Tidak lama kemudian tibalah keluarga Jeon dekat situ.

"Dah sampai." Puan Jeon dengan Puan Park pun berpelukan dan berlaga pipi. Macam mereka berdua pula yang nak berpisah padahal nak langkah atas pesawat sama-sama tu.

"Eh, Jimin? kamu tak ikut sekali?" Soal Tuan Jeon bila dia sedar yang Jimin tak ada bawa bagasi dan pakaian nya hanya biasa-biasa saja. Tapi nampak lagi fashion di situ.

"Saya ada hal penting dekat syarikat jadi mungkin lewat sikit dalam 2 hari mendatang." Jawab Jimin dengan sopan. Calon yang dicari-cari ni memang jauh beza dengan perangai Jaehwan dan Haraura, mungkin salah satu faktor dia yang tertua?

"Ouh kamu boleh temankan adik angkat Jungkook sekali? Dia pun bertolak lewat dalam 2 hari juga sebelum cuti mendatang." Jelas Puan Jeon pula apabila teringatkan Beomgyu.

"Yang mana eh?"

"Choi Beomgyu nama dia, tak apa nanti aunty bagitahu dia sebab dia kenal kamu."

"Ouh okay boleh, ada lah member sikit." Kata Jimin.

"Kalau macam tu kami semua dah nak bertolak ni, kami pergi dulu. Cepat cepatlah menyusul ya." Kata Puan Park.

"Nae, semoga selamat sampai." Kata Jimin dengan senyuman.

Dia pun berpelukan dengan keluarganya. Erat sangat. Seperti itulah pelukan terakhir dengan keluarganya.

"Jaga diri."

~~~

"Boleh tak jangan bagi cengkerik berleluasa sekarang< cakap lah sesuatu." Tutur Haraura.

Jungkook dan Taehyung saling berpandangan lalu mereka menatap Haraura kembali.

"Sesuatu." Serentak mereka.

"Kau ingat lawak lah ni?" Kata Haraura.

"Tak buat lawak pun." Kata Taehyung.

Hah ye lah kau menang! serabut eh kalau ada alien ni, geng adudu tapi bezanya Taehyung selalu menang.

"Aku nak minum hot chocolate lah." Kata Haraura lalu berdiri untuk membuat minuman.

"Haraura aku nak juga!!"

Matilah-

~~~

Keesokan harinya,

Ding Dong!

Jimin yang sedang melipat pakaian yang untuk di bawa ke Paris pada hari esok tu bangun menuju ke pintu.

Klerk!

"Siapa ya?" Soal Jimin.

"Pelajar."

"Dari mana?"

"Seoul University."

"Kenapa datang sini?"

"Nak jumpa Jimin hyung."

"Erm, saya lah Jimin."

"Yah!! Jimin hyung ni Beomgyu nih!"

"Tak kenal."

"Ouh ok."

"Gurau."

"Dah marilah masuk, mestilah hyung kenal." Pelawa Jimin. Beomgyu pun masuk bersama dengan bagasinya yang sudah penuh dengan pakaian. Baru balik dari dorm katakan.

"Hyung? tengah buat apa?" Soal Beomgyu setelah selamat melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk itu.

"Kemas pakaian lah apa lagi." Jawab Jimin bersahaja.

"Beomgyu nak tengok tv boleh bosan lah." Soal Beomgyu. Dia ni memang jenis tak malu sikit.

"Buka lah, tu remote ada dekat atas meja."

Dibukanya tv itu dah terpapar lah sebuah berita di pagi hari. Beomgyu mengeluh.

"Berita je, takda ke siaran lain bosan betul lah." Rungut Beomgyu dan ingin menukar siaran lain tapi lagi-lagi perbuatannya terbantut saat keluar sebuah berita yang mengejutkan.

Berita Terkini→ "Kemalangan. Sebuah pesawat dari Korea Selatan menuju ke Paris mengalami kemalangan yang tragis dan menyebabkan kesemua penumpang tidak terselamat. Kemalangan ini terjadi sekitar jam 2 pagi tadi. Kesemua mangsa korban dipindahkan ke Hospital Besar Paris untuk dibedah siasat."

Jimin dan Beomgyu terkedu mendengar berita tersebut.

"Hyung!"

"Ki-kita kena bertolak sekarang!"

~~~

"Yah! anak teruna sekalian bangun! Dah pagi ni!" Jerit Haraura di pagi hari itu. Habis semua burung burung berkicauan lari habis.

"5 minit." Jawab Taehyung lalu dia peluk Jungkook dan menyebabkan Jungkook secara automatiknya menolak Taehyung menjauhi dirinya.

"Su-"

Belum sempat Haraura ingin membebel telefon rumahnya berdering.

"Siapa pula telefon pagi-pagi ni."

Haraura mengangkatnya lalu dilekatkan di telinga kanan.

"Yeobuseyo?" Sapa Haraura ramah.

"Oh, Jimin oppa? Kenapa call ni?"

Perlahan lahan senyuman wanita itu memudar saat menerima panggilan tersebut.

Jantungnya seakan berhenti berdegup untuk seketika. Dia betul-betul terkejut dan tak mampu mengeluarkan kata-kata.

"Haraura? Kenapa?" Soal Jungkook yang sudah bangkit dari pembaringan. Haraura menatap Jungkook dengan air mata yang sudah mengalir.

"O-mma a-ppa..?!"




-- TBC --

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWo Geschichten leben. Entdecke jetzt