5 ; library

642 79 3
                                    

~~~

Mereka berdua masuk ke dalam perpustakaan.

Jujur kata Jungkook dia serabut dengan Haraura yang banyak tanya ni. Tak berhenti soal siasat dah macam polis.

"Kau memang selalu datang sini eh?" Soal Haraura.

Jungkook mengendahkan dan meneruskan mencari buku yang akan menjadi pilihannya.

"Kenapa kau pindah sini?"

"Kau dari sekolah mana?"

"Kauㅡ ouh, maaf hehehe."

Belum sempat Haraura bertanya lagi dia tersentak melihat mata tajam Jungkook menatapnya.

Haraura hanya tersengih macam kerang busuk. Tiada rasa bersalah.

Dia hanya mengikut langkah Jungkook kesana kesini kesitu.

"Kau kenapa asyik ikut aku? rimas." Kata Jungkook dengan wajah dingin.

"Mana ada aku ikut kau, aku tengah cari buku ni ha." Kata Haraura menukar topik sambil buat-buat cari buku.

Setelah Jungkook sudah selesai mencari buku yang menjadi pilihan nya itu, dia kembali ke meja lalu meneruskan kerjanya.

Haraura hanya melihat barang-barang Jungkook yang penuh atas meja. Tu pun dah buat dia sakit kepala.

"Bosan pula." Rungut Haraura sendirian.

Mata Jungkook melihat sedikit ke arah Haraura yang sedang merungut tu.

Lalu digelengkan perlahan kepalanya.

"Kau tak ada kerja ke?" Soal Jungkook tiba-tiba, pantas sahaja Haraura mendongak kearah Jungkook.

"Tak ada."

"Siapa suruh nak ikut."

Huh! ingatkan nak layan dia ke apa, kena perli pula. Tak guna anak Jeon!

~~~

Haraura dah sedap berdengkur sebab tertidur Jungkook lah lambat sangat buat kerja.

Tak apa kan salah kan orang.

Dengkuran halus milik Haraura dapat didengar oleh Jungkook.

Jungkook mengalih pandangan ke arah Haraura.

"Tidur pula, padan muka kau siapa suruh nak ikut tak ada kerja juga." Kata Jungkook lalu meneruskan kerja.

Lagi-lagi perbuatan Jungkook terhenti bila Haraura bergerak sedikit.

"Pelik kau ni Haraura, wanita macam kau ni datang nak berkawan dengan orang macam aku, hmm." Kata Jungkook sambil menongkat dagu tersenyum sendiri.

Sedar lah Jungkook!

Jungkook mula tersedar.

"Apa kena dengan aku ni." Jungkook menyambung kerjanya yang tergendala.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now