22 ; the truth

531 63 2
                                    

~~~

Park Haraura's

"Kenapa semua ni berlaku." Kata Haraura sambil melihat makam omma appanya dan si abangnya Jaehwan yang sekaligus pergi meninggalkan dunia buat selamanya.

Perlahan lahan orang orang disitu mula melangkah kaki untuk pulang ke rumah dan tidak kepada Haraura, Jimin, Jungkook, Taehyung dan Beomgyu. Mereka masih berada di situ dengan pakaian warna hitam dibawah payung yang menghalangi dari terkena hujan.

Jungkook pula hanya menatap makam omma appanya ditemani oleh Beomgyu. Perlahan lahan air mata nya mengalir di tubir mata. Dengan pantas dia seka balik.

"Hyung jebal, semua ni takdir kita kena terima." Kata Beomgyu.

"Jungkook.." Taehyung datang menghampiri Jungkook.

"Jimin hyung nak jumpa kau nanti dekat rumah Haraura."

Jungkook melihat ke arah Jimin yang sedang bersama Haraura seketika lalu menganggukkan kepala.

Mereka semua buat penghormatan terakhir sebelum masing masing kembali untuk pulang ke rumah.

~~~

"Kenapa hyung nak jumpa?" Soal Jungkook. Mereka berdua berada di hadapan rumah manakala yang lain sudah berada di dalam.

"Ini.." Jimin menyerahkan sebuah surat yang ada tompokan darah di situ.

"Surat apa ni?" Jungkook menyambutnya dengan soalan.

"Kau baca saja lah."

Perlahan lahan Jungkook membuka surat tu.

Dari omma?

To: Anak Tunggal Kesayangan Omma, Jungkook.

Jungkook ni surat dari omma. Omma pun tak tahu kenapa omma nak tulis surat ni. Tapi omma cuma buat persediaan mana lah tahu tak sempat kan. Omma tahu Jungkook dah lama tunggu dan bertahan sejak Jungkook masih sekolah lagi kan?

Berkenaan dengan tunang Jungkook. Omma memang bercadang nak buat kejutan untuk Jungkook tentang siapa tunang Jungkook tu. Omma memang suka bila Jungkook akan berkahwin dengan dia. Jadi kalau omma tak sempat nak bagi kamu kejutan ni.. omma nak sangat kamu tunaikan permintaan omma dan appa. Kahwin dengan tunang kamu Jungkook..

dia, Park Haraura.

Jungkook menutup surat tu.

"Aku minta maaf." Jimin secara tiba-tiba meminta maaf.

"Untuk?"

"Aku dan Taehyung dah tahu tentang semua ni."

"Ouh.."

"Jadi?" Soal Jimin.

"Apa?"

"Kau setuju dengan cadangan keluarga kau dan keluarga aku?"

"A-aku.."

Secara automatik kenangan zaman persekolahan terimbas.

Flashback

"

Aku tak ada masa." Kata aku dingin lalu berpusing dan meninggalkan Haraura.


"Aku nak cakap sesuatu dekat kau!" Jerit Haraura.

Tapi aku masih tak hiraukan dia.

"Aku akan berpindah." Kata dia sayu.

Langkah kaki aku juga berhenti mengejut.

Haraura melangkah menghampiri aku. Dia memang berdiri di belakang badan aku yang membelangkangi dia.

"Aku datang cuma nak jumpa kau. Mungkin ini kali terakhir aku tahu." Kata dia.

"Aku minta maaf. Aku harap kau akan jumpa orang yang lebih baik dari aku." Kata dia dengan terpaksa.

Aku menoleh cepat. Aku sedikit terkejut melihat matanya berkaca.

"Jung-"

"Kau sanggup nak tinggalkan aku?" Soal aku dengan spontan.

"Ini memang kehendak keluarga aku sendiri. Lagipun, aku akan b-eberkahwin." Kata dia.

Aku mengalih pandangan ke tepi. Jelas aku sudah mengalirkan air mata.

"Jadi?" Soal aku tiba-tiba.

Dia mengangkat wajah untuk menatap aku.

Aku menoleh ke arah dia dengan mata yang dah lencun dengan air mata.

"Pergilah. Kau tak patut bagitahu aku. Aku bukan sesiapa bagi kau." Kata aku.

Dia menunduk dan cuba bertenang. Dia menarik tangan kanan aku lalu kerincing tadi dia letakkan di atas tangan aku lalu dia menutupnya perlahan.

"Walaupun aku bukan sahabat kau. Aku masih anggap kau sahabat aku paling baik." Kata dia dengan jujur.

Pantas dia memeluk tubuh aku.

"Aku sayangkan kau. Walaupun itu sekadar sebatas seorang sahabat." Kata dia perlahan.

End Flashback.

"Aku rasa aku tak layak untuk dia. Dia berharap orang lain akan jadi suami dia. Lagipun kami sahabat." Jelas Jungkook.

"Tapi macam mana dengan permintaan omma kau?" Soal Jimin.

"Tolong bagi Jungkook masa yang lama."

"Ta-tapi.."

"Jebal hyung.."

Jimin hanya mengangguk perlahan selepas melepaskan keluhan.

"Sekejap." Kata Jungkook lalu dia berlari ke arah keretanya.

Dia mengambil sesuatu di dalam.

Sebuah skateboard hitam merah bertulisan supreme. Adakah anda masih ingat.

"Tolong serahkan kepada Haraura boleh?" Soal Jungkook.

"Kau kenapa?" Soal Jimin pelik dengan tingkah Jungkook.

"Jimin Hyung memang akan kekal dekat sini dengan Haraura?" Soal Jungkook.

"Mungkin dalam masa lebih kurang 2 tahun dekat sini kenapa?"

"Jungkook akan pindah sana balik, Korea. Omma appa dah tak ada jadi.. Jungkook akan uruskan syarikat appa yang dekat sana." Kata Jungkook. Kesian Jungkook anak tunggal tak ada orang nak tolong uruskan syarikat yang dekat Seoul. Dah lah syarikat dekat sini pun dia ada.

"Beomgyu?" Soal Jimin.

"Itulah, Beomgyu ada lebih kurang 2 tahun lagi nak habis belajar. Dan Jungkook ingat nak serahkan untuk dia saja syarikat dekat sini." Kata Jungkook.

"Ouh, macam tu."

"Nanti hyung tolong bagi dekat dia." Kata Jungkook dan skateboard itu bertukar tangan.

"Baiklah."


-- TBC --

~~~

Tuan Jeon, Puan Jeon, Tuan Park, Puan Park dan Jaehwan dalam kenangan :')

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now