17 ; daniel

538 67 3
                                    

~~~

Jeon Jungkook's

Aku membelek-belek kertas kerja di hadapan aku ini. Sekali sekala aku terbersin. Mungkin efek aku terjun kolam tadi.

"Hachum!"

P.A aku dekat depan ni pun pelik melihat aku yang sedari tadi bersin tak habis-habis.

"Er, bos? bos okay ke?"

Aku mengalih pandangan ke arah P.A aku.

"Saya okay, cuma bersin je ni." Kata aku untuk sedapkan hatinya.

"Encik Jung." Panggil aku kepadanya.

"Ya?"

"Tolong jagakan syarikat. Saya dah siap turunkan tandatangan. Saya nak balik berehat." Kata aku. Rasa badan aku macam lesu semacam je.

"Ouh boleh. Saya tengok bos pun macam pucat je." Kata Encik Jung.

"Sebelum tu saya nak bagi tahu yang saya nak letak jawatan." Kata Encik Jung dan itu cukup buat aku terkejut.

"Hah? kenapa? saya ada buat salah ke?" Pelik aku.

"Bukan. Saya akan berpindah ke Gwangju. Kalau bos tak keberatan saya ada seorang anak lelaki sebaya bos je untuk gantikan saya."

"Oh macam tu ke. Boleh je kalau anak Encik Jung nak gantikan, saya boleh ambil dia jadi P.A saya." Kata aku dengan senyuman.

"Hachum!"

"Kalau macam tu saya akan bagi tahu dia."

~~~

Ding! Dong!

Haraura yang sedang duduk di ruang tamu layan drama dengan popcorn tu menoleh ke arah pintu utama apabila mendengar bell berbunyi.

Demam aku kurang sikit. Aku pun tak tahu kenapa cepat sangat dia hilang. Aku takut juga sebab aku kalau sakit. Sakit aku akan cepat berpindah kepada orang yang dekat dengan aku.

"Siapa yang datang pula? kalau Jungkook mesti dia masuk je." Soal Haraura sendirian dengan mulut yang penuh dengan popcorn.

Ding! Dong!

Haraura merengus geram. Popcorn diletak kasar di atas meja dan dia berdiri lalu membuka langkah ke arah pintu utama untuk melihat orang yang main bell pada waktu petang dah nak malam ni.

Pintu dibuka kasar.

"Siap-"

Tekedu Haraura saat dia melihat jejaka di hadapannya saat ini. Memang tak boleh nak percaya.

Pantas pintu ditarik dan ditolak untuk tutup kembali. Tapi pintu tu pantas ditahan oleh lelaki tadi.

"Haraura! tunggu aku ada sesuatu nak cakap dengan kau." Rayu lelaki itu sambil menahan pintu rumah.

Macam mana playboy ni boleh tahu rumah aku dekat sini.

"Kau nak apa lagi Daniel!? macam mana kau tahu aku dekat sini! pergi jangan ganggu aku lah!" Bentak aku sebelum pintu aku kembali tolak tapi tak boleh sebab dia tahan.

"Haraura, jebal. I miss you. Please Haraura aku nak kita macam dulu." Tak habis-habis lagi tentang hal dulu. Dah tua bangka dah, tak boleh nak berfikir dengan waras ke!

"Mana Hana kau tu? dia dah okay ke belum masa aku bersihkan perangai di guna air hari tu." Soal aku sengaja dibuat ramah.

"Aku tak tahu."

"Dah pergi!" Halau aku.

"Tak! selagi kau tak ikut aku." Daniel dah tarik tangan Haraura dan Haraura pun terkeluar dari rumah.

"Daniel! lepas lah!" , Aku cuba menepis tangannya tapi tak boleh.

"Lepaslah!"

Saat tiba di pintu pagar. Ada satu kereta yang sampai di depan pintu pagar. Orangnya keluar. Aku pun automatik nak berlari ke arahnya. Tapi aku kembali ditarik oleh Daniel.

"Jungkook! tolong aku!"

"Kau buat apa dekat sini!?" Soal Jungkook dengan muka dingin ke arah Daniel.

Daniel tersenyum sinis. Pergelangan tangan Haraura di genggamnya lagi erat.

"Argh!" Haraura merintih kesakitan.

"Wow, Jeon Jungkook. Sepatutnya aku yang tanya kau. Kau buat apa dekat sini?"

Giliran Jungkook pula yang tersenyum sinis. Haraura menatap Jungkook pelik. Kenapa muka lelaki tu nampak pucat?

Jungkook mengambil tangan Haraura yang ditarik itu lalu menepis tangan Daniel sehingga terlepas.

"Memang patut aku ada dekat sini. Because, Haraura is mine! she is my wife. So, don't you dare to touch her again!" Kata Jungkook penuh tegas. Terkejut juga Haraura. Sampai begitu sekali dia nak bagi Daniel pergi.

Membulat mata Haraura melihat Jungkook yang tersenyum sinis ke arah Daniel.

Manakala Daniel dah naik angin.

"So? berambus lah jangan ganggu dia lagi!" Tegas Jungkook.

"Selagi Haraura tak jadi hak milik aku. Selagi tu aku tak akan biarkan hidup korang bahagia. Ingat tu!" Sejurus itu Daniel pun beredar pergi.

"Aku akan hancurkan kebahagiaan korang. Kita tunggu sahaja."

~~~

Bila nampak kereta Daniel sudah jauh. Jungkook terus melepaskan tangan Haraura.

"Macam mana dia boleh sampai sini!?" Soal Jungkook.

"Mana aku tahu."

Jungkook mengeluh lalu dahi wanita itu disentuh.

"Dah okay demam kau?" Soal Jungkook.

"Err, o-okay lah sikit."

Dah kenapa Jungkook ni?

"Baguslah."

~~~

"Jungkook!!" Panggil aku dengan kuat. Dari balik tadi berkurung dalam bilik.

"Jangan mati dalam rumah ni sudah lah." Selamba aku dan membuka langkah untuk ke atas lebih tepat ke bilik Jungkook.

Pintu aku ketuk perlahan.

"Jungkook?"

"Jungkook kau ada dekat dalam ke tak ni?"

"Aku masuk eh?"

Setiap soalan yang aku tanya tak ada satu pun sahutan. Dia keluar balik ke tadi? ke aku tak perasan sesuatu.

"Jungkook, aku masuk eh?"

Aku pun memulas tombol pintu dan pintu pun terbuka sedikit. Aku dapat lihat Jungkook yang tak mandi lagi masih dengan baju kerja kemeja putih dia tu tengah tidur atas katil.

"Patutlah tak jawab. Tidur rupanya. Kenapa tak mandi dulu."

"Ergh.."

Aku tengok Jungkook berkerut-kerut dahinya. Kenapa dengan Jungkook ni, dia mimpi ke apa?

Aku pun menghampirinya dan menyentuh lengannya untuk bangunkan dia. Tapi lain pula jadinya bila aku rasa lengan dia panas.

Aku pun sentuh dia punya dahi pula. Ya ampun panas nya badan dia!?

Aku rasa ni mesti berjangkit dengan aku. Aku dah agak.

"Yah, Jungkook! badan kau panas. Kau demam ni." Kata aku kepadanya.

"Tunggu! aku pergi ambil kain dan air." Sejurus itu aku pun sepantas turbo berlari ke bawah untuk ambilkan kain dan air satu besen kecil untuk Jungkook.

"Kau jaga aku, aku jaga kau. Kita seri."



-- TBC --

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now