25 ; tempted

494 56 7
                                    

~~~

Jeon Jungkook's

Sebaik sahaja kedua beg pakaian Haraura selamat masuk ke dalam rumah, aku pun menghampiri Haraura yang duduk dekat sofa dan menikmati snack snack aku punya tadi. Ko makan tak minta izin aku dulu.

Aku pun melabuhkan punggung di sofa single.

"Kenapa kau balik sini? dan Jimin hyung tak ikut ke?" Soal aku untuk mulakan perbualan.

"Aku balik sini sebab aku akan mula uruskan syarikat appa dekat sini, oppa aku tak ikut dia stay sana untuk uruskan syarikat yang dekat sana." Jelas Haraura panjang. Aku hanya mengangguk angguk kan kepala.

"Kenapa oppa kau suruh duduk rumah aku pulak?!" , Ni soalan yang aku nak tanya sedari tadi. Suka hati je mari datang rumah orang pastu beg dia pun aku yang tolong angkat. Macam lah aku mengalu alukan kedatangan dia kerumah aku.

"Oppa aku suruh aku tinggal dengan kau, ish tak ingin aku nak serumah dengan orang macam kau ni. Oppa aku kata suruh aku biasakan diri duduk serumah dengan kau sebelum.." Belum sempat dia menghabiskan ayat, aku cantas cepat.

"Kawin? takut awkward. Or, takut aku hm?" , Aku menyoal dia. Dan nampak riaksi perempuan tu terkejut.

"Mwo!? takut dengan kau? buat apa takut dengan orang macam kau." Amboi tak takut ye, tak apa kita tunggu dan lihat saja nanti siapa yang akan mengelak. Dia atau aku sendiri? aku nak takut buat apa heh!

"Ergh, benci betul bercakap dengan kau ni. Jom lah aku tunjukkan bilik." Kata aku lalu berdiri. Dia mendongak melihat aku dengan kerutan di dahi. Aku ada buat salah ke.

"Kenapa?"

"Bilik untuk aku seorang je?" Soal dia sambil menudingkan jari telunjuk ke diri sendiri. Ha iya lah, tak akan lah bilik dengan hantu pula kan?

"Ye lah? kau nak dengan siapa lagi? hantu?. Atau.. kau nak sebilik dengan aku? aku on je." , Aku mencuba untuk mengusik dia. Nak tengok juga reaction dia macam mana hoho.

"Yah, gila punya lelaki. Dah cepat tunjuk bilik aku." Kata dia sejurus itu dia mengangkat kaki ke atas. Dan beg dia aku kena angkut lagi, dah lah berat, mampus aku macam ni.

~~~

Park Haraura's

Aku dah sampai dekat tingkat atas. Dan aku menoleh ke belakang. Mana Jungkook ni, lama benor.

Aku melihat sekeliling tingkat atas ni. Hm, boleh tahan besar juga rumah dia ni.

Bbuk!

Terkejut aku bila Jungkook yang baru sampai tu menghempas beg aku tadi. Wow, terpana aku melihat dia ni. Peluh dia pun mampu buat aku nak cair dekat sini. Ya tuhan, kalau lelaki hot ni memang betul ditakdirkan untuk aku, kau kuatkan lah semangat aku untuk menjalani hari-hari dengan dia.

"Haraura!" Jerit Jungkook sedikit bila aku tak bagi respon dengan panggilan dia sedari tadi. Aku asyik mengelamun ke arah dia.

"Ah? n-nae?" Soal aku sebaik sahaja sedar. Aku tersengih kekok. Dan Jungkook memasang muka 'minah ni dah kenapa?'

"Kau kenapa tengok aku macam tu?" Soal dia.

"Ha? ha-ha bila masa pula aku tengok kau perasan betul dia ni." Kata aku. Dan beg aku tadi aku ambil lalu buka tempat untuk tarik dia tu.

"Cakap lah kau tergoda dengan aku." Perasan Jungkook yang buat aku nak muntah dekat sini. Tapi apa yang dia kata tu ada betul juga.

"Ergh, tolonglah.." Kata aku lalu bergerak ke hadapan meninggal dia di belakang.

~~~

Choi Beomgyu's

Aku berada di tempat aku malas nak keluar lagi. Aku sebenarnya lapar tapi malas nak makan. Nampak tak kepelikan aku di situ. Aku rindu hyung aku sebenarnya ni. Dan omma appa aku. Walaupun mereka semuanya cuma bergelar 'angkat', aku sayang mereka semua sebab mereka semua lah yang ada dengan aku.

"Beomgyu.." , Aku mendongak ke atas lagipun aku tengah duduk kan.

"Erm?" , Aku malas nak layan semua orang. Aku mana ada kawan sebenarnya. Semua orang tak sudi nak berkawan dengan aku sebab aku anak yatim, apa salah kalau berkawan dengan anak yatim kan. Tapi diorang tak tahu yang aku ni tinggal dengan Jungkook CEO syarikat yang diorang semua tergila-gila dan agung-agungkan tu.

Aku tak bagitahu semua orang pun yang aku ni anak angkat keluarga Jeon dan bakal adik angkat ipar keluarga Park, ceh. Biar diorang tahu dan terkejut sendiri suatu hari nanti.

Tapi orang dekat depan aku ni selalu ada dengan aku. Walaupun aku tak nak layan dia. Dia nak berkawan dengan aku. Sebab? dia pun sama nasib dengan aku.

"Kau tak nak pergi makan ke?" Soal dia. Dia seorang perempuan yang, hm yeah agak tomboy sedikit dan kacukan Australia dan Korea.

Hery Rose.

"Tak, aku tak ada selera. Kau pergi lah jangan ganggu aku. Aku nak bersendirian." Balas aku nak menghalau dia pergi.

"Aku nak duduk sini, aku tak ada kawan juga nak pergi keluar. Lagipun kau pun sama macam aku." Kata dia dan duduk di kerusi di hadapan aku.

"Kenapa kau selalu datang dekat aku?" Soal aku. Dah lama aku nak tanya soalan ni dekat dia.

"Aku nak jadi kawan kau."

"Eoh?"

~~~

Kim Taehyung's

Aku duduk dekat dalam pejabat milik Jimin ni. Korang tahu kan aku kena jaga dia punya syarikat dekat sini sementara waktu sebagai P.A. Aku akhirnya dapat kerja guys.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" Fuh, macam aku ni CEO pula.

"Encik Taehyung, Cik Muda dah masuk kerja hari ni." , Aku mengerutkan dahi. Cik Muda? kenapa bukan Tuan Jimin?

"Bos dah masuk kerja hari ini. Tapi bukan Tuan Jimin, Cik Haraura." Kata pekerja itu. Aku terkejut. Haraura?! omg kawan aku!

"Selamat Tengah Hari! Taehyung.."




-- TBC --

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now