8 ; exam

684 71 10
                                    

~~~

Suasana dalam perpustakaan yang hanya ada beberapa orang yang guna menjadi sunyi.

Hanya bunyi datang dari selakan halaman muka surat buku yang didengar.

Diam ketika berada di dalam perpustakaan, hormati pengunjung lain. Sekian.

Tapi korang patuh tak arahan tu?

"Pada suatu pagi sang kancil sedang mengira buaya.. bla bla bla bla.." Haraura membaca penuh khusyuk, matanya tak lepas satu pun patah perkataan yang tercetak dalam buku cerita itu.

Sepertinya buku itu lebih menarik daripada menghabiskan masa berbual dengan orang di hadapannya.

Jeon Jungkook.

Haraura sedang belajar cara nak kenakan orang lain dari cik, encik, Kancil dan disokong oleh seekor tupai tua.

Ibaratnya Sang Kancil itu Haraura dan Si Tupai tua itu Taehyung. Menyokong orang buat jahat huehue.

"Satu dua tiga lekuk kepala buaya aku ketuk.. empat lima enam lekuk jantan betina aku-"

Bacaannya yang sudah berlangsung 3 minit lepas menjadi sebuah lagu. Namun bacaan dia terhenti apabila orang di hadapannya menyoal dengan nada dingin.

"Kau tak ada cerita lain ke nak baca selain daripada cerita tak masuk akal ni?"

Haraura melihat ke arah Jungkook yang memasang wajah menyampahnya. Mungkin pembelajaran dia terganggu oleh suara Haraura.

"Buku ni je yang tak bosan. Best apa, aku nak baca buku apa lagi?" Soal Haraura panjang lebar.

Haraura menjeling sekilas Jungkook di hadapannya lalu menyambung pembacaan yang tergendala tadi.

Jungkook mengeluh lalu buku berkaitan akademik yang dibaca olehnya diletak di tepi.

Beberapa buah buku yang berada di atas meja dicapai olehnya.

Jungkook memilih yang sesuai untuk Haraura, bukan buku belajar bukan buku kanak-kanak melainkan buku untuk remaja.

Sebab dia tahu kalau bagi Haraura buku tentang berkaitan dengan akademik bukan dibaca tapi ditenung.

Setelah jumpa yang bagus, Jungkook meletakkannya di hadapan Haraura.

Haraura menjenguk dan melihat tajuk.

"Temporary? Sementara apa kejadah cerita ni?" Soal Haraura bertubi-tubi.

Jungkook hanya menjadi pemerhati. Buku akademik dia tadi diambil lalu menyambung bacaan.

Buku Pada Zaman Dahulu itu dia tutup dan letak di tepi.

Buku yang bertajuk Temporary itu dicapai lalu dibelek sehabis baik buku yang nipis sahaja itu.

"Apa yang best buku ni?" Soal Haraura.

"Sementara." Kata Jungkook tapi matanya masih melihat bukunya.

"Apa yang sementara?" Soal Haraura lagi.

"Sebab sementara je kita duduk dekat perpustakaan sini, bukan sampai akhir hayat." Jawab Jungkook, jelas sekali alasannya tiada kaitan langsung.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now