10 ; cold

584 73 1
                                    

~~~

Park Haraura's

"Appa dah tunangkan kamu dengan anak kawan appa."

Pantas sahaja tangan aku menolak dada Jungkook untuk menjauhi dari aku. Tautan bibir kami terlepas dan aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan.

Riak wajah Jungkook kelihatan terkejut dengan penolakan aku.

"Maaf aku tak boleh terima kau." Kata aku terus terang.

"Kenapa?" Soal Jungkook dengan riak wajah tidak puas hati dengan keputusan Haraura.

"Aku dah jadi tunang orang." Sejurus itu Haraura meninggalkan Jungkook berseorangan di rooftop untuk masuk ke kelas kembali.

Jungkook tekedu dengan penjelasan Haraura.

Haraura,

Dah,

Jadi,

Tunang,

Orang..?

Aku berjalan pantas air mata yang ingin mengalir aku seka dengan cepat. Aku nak balik sekarang juga.

Aku langsung keluar dari kawasan sekolah setelah meminta kebenaran pengawal sekolah.

Maafkan aku Jungkook aku tak boleh terima kau..

Sebaik sahaja aku sampai di hadapan rumah. Aku terus masuk ke dalam dalam keadaan menangis.

"Eh, cik muda dah balik?" Soal maid rumah agam itu.

Aku tak hiraukan lalu pantas masuk ke dalam bilik. Keluarga aku yang berada di ruang tamu aku tak hiraukan.

"Haraura? kamu dah balik? Haraura!" Soal omma.

"Omma, biar je dulu." Halang seseorang.

"Kamu pergi tengok Haraura dekat atas macam mana, risau pula omma." Arah omma.

Aku menutup pintu lalu duduk di birai katil. Muka tak payah cakap dah lencun dengan air mata.

"Kenapa baru sekarang kau nak cakap?" Kata aku dalam esakan.

Klerk!

Aku menoleh ke arah pintu bilik aku yang dibuka oleh seseorang.

Ya Tuhan rindu nya aku dekat dia.

Dia menghampiri aku lalu duduk di sebelah aku dalam keadaan risau.

"Hey, kenapa adik oppa nangis ni? ada apa cuba cerita dekat oppa?" Soal dia penuh kerisauan.

"Jimin oppa.."

Aku pantas memeluk tubuh Jimin yang sudah lama aku tak jumpa tu.

Dan Jimin membalas pelukan aku dan mencuba menenangkan aku dengan mengusap kepala aku macam budak-budak.

"Shh, oppa ada.."

~~~

Author's

"Bila lagi kau nak bercakap dengan Jungkook? bukan kau sahabat dia ke?" Soal Taehyung kepada Haraura.

Mereka dalam perjalanan untuk ke dewan. Dah bersiap sedia dengan baju dan topi ijazah tu.

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun akhir mereka. Sejak kejadian di rooftop, sepanjang hari sisa persekolahan Jungkook nampak mengelak dari Haraura dan bersifat dingin.

Dia seperti tidak mahu melihat Haraura di hadapan matanya.

"Ntah, aku tak tahu. Aku rasa bersalah dengan dia sebab.."

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now