9 ; confession

631 74 14
                                    

~~~

Park Haraura's

"Berapa ratus kali aku dah pesan jangan duduk dalam kelas ketika waktu persekolahan sudah tamat!"

Dengar sahaja bebelan seseorang yang aku sangat kenal aku mengeluh kasar.

Aku menatap dia dengan pandangan tiada perasaan.

"Aku susahkan kau ke? suka hati aku lah nak duduk mana." Ujar aku dengan dingin.

Mood melayang ke mana tah. Tambahan pula Jungkook dan Taehyung tak datang hari ni.

Diorang dua ni dah rancang ke macam mana. Dah tahu aku tak da kawan lain selain daripada diorang.

"Yup, kau susahkan aku nak berdepan dengan pengetua nanti."

Nampak sahaja dia mengeluarkan buku dia tu aku terus bangun.

"Ye, aku nak keluar lah ni!" , Aku langsung keluar dari kelas meninggalkan pengawas, Min Yoongi tu seorang diri.

Beg aku galas, kain merah yang melilit di leher aku betulkan.

Aku jalan kaki sahaja skateboard aku pegang malas nak guna.

Jalan punya jalan, aku ternampak satu pasangan sedang duduk di taman.

Aku tersenyum sinis lalu pura-pura menghampiri mereka.

Kang Daniel dan budak perempuan sekolah aku yang paling gedik nak mampus, kalau boleh semua budak lelaki yang handsome dekat sekolah tu dia nak kebas.

Hari ni baru aku nampak kelibat dia setelah lama menghilang.

Aku tak tahu apa yang dia nak buat kalau dia dah ternampak Jungkook. Ye lah, Jungkook kan handsome. Eh-

Kenapa aku naik kan nama Jungkook ni?

Aku kan kalau buat jahat nombor satu. Air yang aku beli dekat kantin aku ambil.

Aku jalan di tepi dua makhluk yang duduk bersawit tu lalu aku tumpahkan air dekat atas baju perempuan gedik tu.

"Ops, sorry tak tahu pula ada orang dekat sini." , Aku tersenyum sinis.

Wanita tu bangun dan melihat baju dia yang basah.

"Yah! Haraura! kau kalau tak cari pasal dengan aku tak boleh ke!?" Marah dia huu tatut titeww dengan nenek kebayan ni.

Kang Daniel yang terkejut dengan kehadiran aku turut berdiri. Haa kau dah kantoi lagi sekali dasar playboy tak guna, tak ada otak.

"Bukan aku yang cari pasal, tapi aku rasa air tadi tu kot rasa nak tertumpah dekat kau. Mungkin air tu boleh bersihkan sikit perangai kau ni kan betul tak?" Senyum aku mengejek.

Nampak muka dia merah menahan marah. Dia naikkan tangan nak tampar aku tapi ditahan oleh Daniel.

"Hana.." Tahan Daniel.

Lalu Hana pun menarik tangannya yang digenggam.

"Aku dikira baik tau sebab tumpahkan air yang suci untuk bersihkan sikit perangai kau bukan aku tumpahkan air kumbahan untuk kotorkan balik perangai kau tu." Hana hanya menatap tajam ke arah aku.

Aku pun berjalan meninggalkan mereka. Lagi sekali aku berhentikan langkah.

"Kalau kau rasa sayang dengan perangai kau tu panggil aku untuk aku simbahkan air kumbahan dekat muka kau." , Aku pun meninggalkan mereka berdua.

"YAH!!" Jerit Hana sambil menghentak kaki berkali-kali. Daniel hanya jadi pemerhati.

~~~

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now