11 ; goodbye

570 66 0
                                    

~~~

Haraura sedang bersiap dengan cepat. Hari ini merupakan hari dimana dia akan meninggalkan Korea dan pergi berpindah ke luar negara.

Dia bersiap cepat kerana ingin bertemu dengan seseorang sebelum dia bertolak pergi.

"Haraura sayang, dah siap?" Soal omma aku apabila dia nampak aku macam tergesa-gesa.

"Omma, bagi Haraura masa sekejap. Haraura perlu bertemu seseorang sebelum Haraura bertolak pergi." Kata aku cepat.

"Pergilah, tapi jangan lama sangat Jimin oppa kamu tu lama menunggu pula nanti." Pesan omma.

Sejurus itu, baju sejuk tebal aku sarungkan lalu aku langsung keluar dari rumah. Cuaca sekarang memang dah sejuk.

Aku harus berjumpa dengan dia, betul kata Taehyung.

Flashback.

.
.

"Kau cintakan Jungkook?"

"A-aku.."

"Haraura tak kira lah apa pun perasaan kau terhadap dia. Tapi kau tetap kena berjumpa dengan dia sebelum kau tinggalkan dia sebab... "

"Sebab?"

"Kau pernah jadi sahabat dia. Dia pernah jadi seorang yang penting dalam kehidupan kau."

.
.

End flashback.

Sebaik sahaja menerima mesej dari Taehyung mengenai lokasi Jungkook berada pada waktu sekarang, aku terus mencarinya.

Aku ternampak kelibat Jungkook yang berjalan menuju ke suatu tempat dengan jaket hitamnya.

"Jungkook!"

Di bawah langit yang malap ini, dan ditemani cahaya bulan. Jungkook menoleh ke arah aku.

Aku berlari ke arahnya dengan cepat.

Air mata yang ingin mengalir aku tahan. Aku tak sanggup nak tinggalkan dia.

"Haraura? Kau buat apa dekat sini." Soal Jungkook malas.

"Aku nak bagi kau ni."

Aku menghulurkan sebuah patung teddy bear dalam bentuk saiz kecil untuk disangkut di beg atau di mana-mana tempat yang bersesuaian.

Jungkook hanya melihat, dia tak menyambut huluran aku.

"Aku tak ada masa." Kata Jungkook dingin lalu berpusing dan mengorak langkah untuk beredar.

"Aku nak cakap sesuatu dekat kau!" Jerit aku. Tapi Jungkook masih tak hiraukan aku.

"Aku akan berpindah." Kata aku sayu. Detik itu juga aku menitiskan air mata. Kepala aku tundukkan melihat jalan tar.

Langkah kaki Jungkook juga terhenti apabila mendengar kata-kata Haraura.

Aku melangkah menghampirinya. Aku berdiri tepat di belakang badannya yang membelangkangi aku.

"Aku datang cuma nak jumpa kau. Mungkin ini kali terakhir." Kata aku. Jungkook masih berdiam diri.

"Aku minta maaf. Aku harap kau akan jumpa orang yang lebih baik daripada aku." Kata aku dengan terpaksa.

Jungkook menoleh cepat. Aku sedikit terkejut melihat matanya berkaca.

"Jung-"

"Kau sanggup nak tinggalkan aku?" Soal Jungkook tiba-tiba.

"Ini memang kehendak keluarga aku sendiri. Lagipun, aku akan be-berkahwin." Terang aku dengan terpaksa.

Jungkook mengalih pandangan ke tepi. Jelas lelaki itu sudah mengalirkan air mata.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now