31 ; safe

581 57 3
                                    

~~~

Haraura masih lagi meronta untuk dilepaskan sebelum dia dimasukkan kedalam kereta dia memijak kaki salah satu orang yang berbadan sado tu. Rasakan dah lah sandal dia pakai bertumit juga.

"Argh!!" Orang itu melepaskan pegangannya daripada Haraura. Dan pantas Haraura menyepak yang satu lagi di bahagian sulitnya.

Pantas Haraura melarikan diri. Sandal nya ditanggalkan lalu dia berlari menjauh daripada orang suruhan Daniel itu. Sesekali di menoleh ke belakang untuk memastikan orang itu tidak dapat mengejarnya.

Apabila dia menoleh ke depan kembali. Dia sudah terlanggar seseorang.


"Mana kau nak lari."

Perut Haraura di tumbuk lalu wanita itu menahan sakit lalu dia menjadi lemah.

"Lepaskan aku Daniel.."

Daniel sudah meloloskan diri dari Jungkook kerana empat orang lagi orang suruhan daripadanya datang lalu mengambil alih tempat Daniel.

Haraura dibawa masuk ke dalam kereta. Apa yang di mahu hanya Haraura. Dia tak nak apa pun cuma Haraura.

Kereta dipandu cukup laju dan mampu membuat dahi Haraura berpeluh. Dia memegang erat di pintu kereta dan tempat memegang.

"Da-daniel.. tolong berhentikan kereta."

Haraura amat lemah saat ini. Sakit di bahagian perut hanya tuhan saja tahu. Kena tumbuk dengan tenaga lelaki kau rasa?

"Berhentikan kereta? supaya kau dapat lari? Hahahaha!"

Kang Daniel ketawa sinis, tangkas tangannya mengawal stereng.

"Jangan risau, Haraura. Lepas saja kita pergi dari sini kita akan hidup bahagia. Just two of us." Daniel tersenyum sinis lagi, jelas sifatnya seakan tidak normal.

"Lepaskan aku.. Daniel!" Daniel hanya sekadar memandang dan tersenyum.

Tidak sabar mahu membawa Haraura jauh dari sini, gila.

Fikiran Haraura menjadi runsing. Dia ternampak sebuah beg di bahagian bawah di kakinya. Dia memejamkan matanya seketika pantas tanganya mencapai beg yang berada di bawah tadi.

Bbuk!

Dengan tenaga yang ada dia menghempuk beg tadi di kepala Daniel.

"Arrgh, aishhh!" Serta merta Daniel membrek kan kereta.

Dengan peluang yang ada, pantas Haraura keluar dari perut kereta.

Haraura bergegas melarikan diri, disebabkan jalan raya ini cukup sunyi, dia terasa lemah.

Tubuhnya mengigil teruk tatkala dia masih melarikan diri daripada Daniel. Di bahagian perut di pegang sambil melarikan diri. Kaki yang tidak tersarung apa apa juga terasa sakit.

Ditoleh ke belakang. Kelihatan Daniel juga sudah turut keluar dari keretanya.

"HARAURA!!" Laungnya kuat, dengan tenaga yang ada Daniel cuba mengejar Haraura. Dia tak akan melepaskan wanita itu.

Ssrekkk!

Sebuah kereta berhenti mengejut, fokus matanya memandang Haraura. Kelihatan.. larian wanita itu semakin perlahan.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now