28 ; mood 2

555 58 12
                                    

~~~

Aku membuka langkah menuju ke garaj kereta. Kejadian pagi tadi masih lagi bermain di fikiran aku. Sebenarnya selepas aku keluar dari bilik tu. Jungkook juga turut siapkan diri untuk ke office. Dan dia dah pergi dulu daripada tadi.

Aku membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta sebelum kereta aku meluncur laju ke office aku sendiri.

Aku mengirimkan pesanan chat kepada Taehyung tadi yang aku datang lewat sikit. Maklumlah dua orang yang duduk dekat rumah tu semuanya bos.

Aku berhenti di sebuah cafe untuk seketika. Hajat nak membeli aku terbantut bila ternampak pasangan di situ.

Daniel dan, Hana? bukan dia P.A Jungkook ke? Asal tak masuk kerja. Makan gaji buta betullah nasib baik bukan aku bos dia.

Tumpuan aku tak sepenuhnya kepada mereka berdua melainkan satu susuk tubuh berpakaian serba hitam di hujung situ sedang memerhati kan mereka.

Siapa dia tu?

Aku kembali ke kereta. Dan aku rasa macam pernah nampak mata dia tu, dia mengingatkan aku dekat someone ni lah.

Tanpa banyak cakap aku kembali hidupkan enjin dan beredar pergi dari situ.

~~~

"Kau nak aku buat macam mana lagi?" Soal Daniel. Dia menatap perempuan di hadapan dia sekarang ni, Lee Hana.

"Aku tak kisah kau nak buat apa janji Jungkook jadi milik aku. Dan Haraura akan jadi milik kau." Kata Hana selamba. Pakaiannya yang tak cukup kain tu membuat sesetengah pelanggan di situ memandang hina ke arahnya. Kau rasa orang akan anggap kau apa kalau kau pakai baju tak cukup kain?

"Aku hampir saja malam tu. Tapi Jungkook datang kacau line aku. Pahal kau tak bertindak sama dengan aku?!" Marah Daniel. Muka nya yang masih lebam tu dia sentuh mengingatkan bagaimana Jungkook ajar dia malam tu.

"Aku tak boleh malam tu. Jungkook tutup fhone dia jadi dia tak angkat aku call dia." Jelas Hana.

"Nanti, aku ada idea." Kata Hana dengan smirknya.

"Kita buat Haraura sakit hati." Cadang Hana dan tidak disetujui oleh Daniel.

"Asal pulak nak buat dia sakit hati." Marah Daniel dan dia mendapat jelingan tajam dari Hana.

"Kalau dia dah sakit hati dengan Jungkook kau tarik lah perhatian Haraura untuk dekat dengan kau, peluang tu. Aku akan uruskan Jungkook." Jelas Hana. Percaya lah cadangan kau ni tak cukup bijak lagi Hana. Haraura bukan calang calang perempuan yang kau tahu.

Ting!

Telefon Hana berbunyi lalu dia membuka chat daripada Jungkook itu.

Jungkook 💝

+ Kau tak reti nak masuk kerja ke? atau kau nak aku pecat kau sekarang juga?

"Eh, aku pergi dulu lah pastikan plan ni berjaya. Aku akan buat hari ni." Pesan Hana sebelum dia mengangkat punggung lalu keluar dari kereta.

~~~

Hana masuk ke dalam office Jungkook tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Hai Jungkook-"

"Tak tahu ke adab dengan bos sendiri." Bidas Jungkook tanpa menoleh ke arah Hana. Matanya setia kepada komputer riba nya itu. Dingin sahaja ucapan Jungkook.

Jungkook mengangkat kepala lalu menatap ke arah tempat Hana berdiri. Dahinya berkerut tak suka.

"Kau nak datang kerja ke atau nak jual diri? murah sangat?" Perli Jungkook. Hana menunjukkan riak wajah masam tak suka digelar murah oleh Jungkook.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon