3 ; weird

826 90 8
                                    

~~~

Haraura yang sibuk dengan telefon dia di ruang tamu rumah itu terkejut dek suara Jaehwan iaitu abang kandungnya yang tinggal sebumbung dengannya.

"Haraura Park!"

"Omma!" Terkejut Haraura sehinggakan telefon yang dia pegang pun nak jatuh nasib baik sempat tangkap.

Aish telefon mahal kan tak pasal pecah hancur. Tak ke membazir namanya!

Hah kalau si harimau ni mengaum dalam rumah ada lah ni sesuatu ni. Pasti dan sah ada sesuatu yang tak kena.

"Apa!?" Soal Haraura dengan nada kesal. Sibuk saja ganggu orang tengah layan Instagram.

Jaehwan datang ke arah Haraura yang duduk dekat sofa tu dengan langkah yang pantas.

"Mana pendrive aku!?" Soal Jaehwan dah naik angin. Matanya juga memandang tepat ke dalam anak mata Haraura dengan tajam. Tapi sorry, Haraura tidak gentar.

Pantang betul Mr. Tiger ini kalau ada orang pinjam barang dia tapi susah nak pulangkan.

"Pendrive kau kan? mana aku tahu!" Balas Haraura dan menyambung aktiviti scroll aplikasi Instagram. Sedang stalk Jung Kook BTS!

"Yah! Hari tu kau pinjam kan!" Kata Jaehwan lagi tak puas hati.

Sudah lah dalam pendrive tu banyak maklumat tentang kerja mesyuarat dia dekat Ilsan mendatang. Memang tak senang duduklah Encik Harimau ni.

"Bila masa?" Soal Haraura lagi sambil mengangkat sebelah keningnya.

Dan ini membuat Jaehwan bertambah berasap tahap maksimum. Nasib masih tidak meletup. Naya Haraura nanti.

"Haraura! Kau janganlah main-main banyak kerja aku nak buat ni! kau nak syarikat appa bankrup ke!?" Kata Jaehwan.

Memang sekarang Jaehwan sudah mengambil alih syarikat appa di Seoul.

Sekarang ni pun omma dan appa mereka berada di luar negara, ada kerja syarikat yang dekat sana.

"Bukan aku dah bagi dekat kau semalam?" Soal Haraura sambil matanya menatap Jaehwan dengan pelik. Setahunya, Haraura dah serahkan pendrive tu kepada Jaehwan semalam.

Suasana sunyi seketika sebelum Jaehwan kembali membuka mulut.

"Oh ye ke?"

Jaehwan nampak macam memikirkan sesuatu.

"Sekejap." Kata Jaehwan sepatah lalu beredar pergi.

Haraura dan tahan nak gelak. Malu katalah!

~~~

Kim Taehyung's

Aku sekarang berdiri tegak di hadapan sebuah rumah yang besar. Tapi tak ada lah tegak mana sebab penat dah aku berdiri dekat sini.

Jaket tebal tapi tak tebal sangat aku kemaskan sebelum membuka suara.

Jangan tanya kenapa aku pakai jaket tebal sebab korang dah tahu kan yang sekarang musim luruh. Nanti dah nak jadi musim sejuk!

"Annyeong! ada orang tak!?"

Kawasan rumah Haraura sunyi sepi. Haraura pun satu! Tadi aku dah cakap yang aku nak datang.

"Hello..?" Sesungguhnya dipalau sangat menarik kawan-kawan. Jadi jangan kecewa kalau kita dipalau.

Nak telefon pun tak dapat budak Haraura ni! Asyik off je memanjang, ni benci ni!

"Ah? sekejap."

Aku pantas melihat ke arah sumber suara yang menyahut panggilan aku yang dipalau tadi.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now