15 ; mood

586 67 1
                                    

~~~

Bau harum seperti orang sedang memasak hinggap masuk ke dalam rongga hidung aku.

Siapa pula yang masak pagi-pagi ni?

Aku berfikir dalam keadaan masih terbaring berselubung dalam selimut tebal aku.

Memang tak nak bangun aku, tambah lagi dekat luar tu masih samar-samar gelap dan mendung.

Hujan pun sedang membasahi bumi. Memang tak keluar bilik aku hari ni.

Tapi siapa yang masak pagi-pagi ni buat aku confuse.

Jangan cakap kalau tu hantu tak?!

Aku pun cepat-cepat bangun dengan baju tidur lagi rambut macam ke sarang burung terus membuka pintu dan kepala aku terhantuk dekat dada seseorang.

Tamatlah riwayat aku kalau ni hantu besi. Sakit kepala aku sumpah.

"Argh! kepala kau ni batu ke apa sakit dada aku."

Suara seseorang itu membuat aku mendongak sedikit.

Jungkook.

Juon ni rupanya aku ingat hantu besi mana lah tadi sampai aku langgar dada dia macam langgar besi.

Disebabkan tinggi jungkook dalam 179 cm lebih kurang macam tu. Dan aku ni dah tinggi tapi hanya 165 cm hanya redha.

"Kau buat apa dekat depan bilik aku?!" Soal aku dengan muka acah gengster celop.

"Aku ingat kau dekat dapur tengah memasak. Tapi kau ada dalam bilik?" Pelik Jungkook.

"Hah!? habis tu siapa yang sedang memasak!?" Terkejut aku. Mulut aku ni masin ke, menyesal pula aku cakap macam tu tadi.

Aku rasa last aku makan aiskrim semalam, tak akan lah tak rasa manis lagi mulut ni?

"Mungkin hantu? Macam mana ni Haraura!" Usik Jungkook dengan muka nya yang sengaja dibuat buat takut.

"Ommaa!!" , Aku pun apa lagi membuka langkah seribu memecut masuk bilik balik dan melompat atas katil lalu menyelubung dalam selimut tanpa menutup pintu bilik terlebih dahulu.

Aku dah jujur kan aku ni penakut. Aku kata aku takut memang aku takut. Tapi aku tak adalah takut. Apa aku cakap ni.

Aku cuma ada sejarah lama sebab aku takut makhluk tu.

"HAHAHAHAHAHAHA-"

Kedengaran suara Jungkook yang ketawa besar di hadapan pintu bilik aku.

"Apalah kau ni mudah sangat percaya. Tu semua aku lah yang masak." Kata Jungkook.

~~~

Author's

Selepas itu tiada sahutan dari Haraura membuat Jungkook kepelikan.

Jangan cakap budak Haraura ni dah meninggal sudah.

Habis aku kena hukum gantung sebab membunuh orang.

"Haraura." Panggil Jungkook.

"...."

"Haraura!"

"...."

Jungkook pun menghampiri katil Haraura.

"Haraura!" Panggil Jungkook lagi.

"Hisk-"

Jungkook terkedu. Weh, Haraura nangis ke?!

"Haraura, kau nangis ke?" Bodoh punya soalan kau Jungkook.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now