BAB 1

50.3K 748 37
                                    

2016,
Hohenzollern Bridge,
Collogne,German.

Seorang gadis yang berambut perang beralun sedang menahan air matanya dari jatuh ke bumi. Dia mendongakkan kepalanya untuk memandang ke arah langit gelap itu, yang menandakan hari sudah malam.

Bintang-bintang yang bercorak 'pemburu sedang memanah' itu membuatkan Aurine tidak dapat menahan tangisannya apabila teringatkan tentang kenangan lalu. Air matanya pecah jua. Hatinya terlalu sebak.

Flashback,

"Sayang, cuba awak tengok bintang tu." Edrian Mikhail menunjukkan jarinya ke arah buruj orion.

Aurine hanya mengikut telunjuk Edrian dan memandang tepat ke arah bintang itu. Matanya dikecilkan sedikit.

"Kenapa dengan bintang tu ?" Soal Aurine keliru.

"Hisyy, kalau sambung titik-titik bintang tu jadi buruj apa ?" Tanya Edrian sabar. Haishh, slow betul girlfriend dia ni.

Aurine ketawa kecil. "Awak ni, tanya saya macam saya tak pernah belajar sains pula. Itu buruj Orion lah kan ?!"

"Yup, definitely correct! Ingatkan awak ni bengap sangat." Usik Edrian sambil gelak.

Aurine mengetap bibir. "Tumbuk kang !!" Kata Aurine sambil menayang penumbuknya dihadapan Edrian.

Elehh, macamlah Edrian takut tengok penumbuk kecil itu.

"Gurau je sayang." Edrian acah takut. Kena mengalah bila dengan perempuan.

"Sayang, if you want to know, panahan busur tu adalah ke arah utara tau." Kata Edrian.

"Yeah i know dah lama lah. Awak ni nak cakap apa sebenarnya ??"

"Sabarlah sayang oii. Dengar ni baik-baik."

"Panahan busur itu adalah ke utara. Tapi kalau panahan cinta saya adalah ke arah hati awak." Edrian mengenyitkan matanya. Aduh.

Aurine tersenyum malu. Dia memandang ketempat lain. Nak buat pickupline rupanya si Edrian ni. Auchh, sukanya !!

End flashback.

Aurine terduduk disitu dan menutup mukanya. Dia menangis semahunya. Biarlah orang nak kata dia gila sekalipun.

Tiba-tiba hujan turun membasahi bumi Jerman itu. Aurine tidak berganjak walau sedikitpun disaat orang lain berlari mencari tempat untuk berteduh. Dia sudah buntu.

"Kenapa awak tinggalkan saya disaat saya sangat perlukan awak Edrian Mikhail ?? Awak dah janji dulu nak belajar sampai PHD dengan saya !! Tapi kenapa awak pergi dulu sebelum kita melangkah masuk ke universiti ?? Awak tipu saya Ed !!" Aurine menjerit sekuat hatinya didalam hujan yang semakin lebat turun itu. Hujan itu seakan-akan memahami isi hati Aurine yang sedang berduka.

Tiba-tiba ada satu tangan yang sedang memegang payung melindungi Aurine dari terus dibasahi hujan.

Aurine terkedu sebentar, dia memandang gerangan si pemegang payung itu. Seorang lelaki berambut perang emas, dengan mata hazel dan mask hitam menutup separuh wajahnya.

Mata Aurine terbuntang. Lelaki ini yang menyelamatkan dia dari dilanggar kereta bulan lepas!

Masa itu Aurine sedang berjalan keluar dari high school, tapi dengan tiba-tiba sahaja ada kereta porche hitam meluncur laju kearahnya. Mujur ada lelaki ini yang menarik tangannya. Kalau tidak, pasti dia sudah menjadi arwah.

Bukan itu sahaja, malah lelaki ini juga sering menolong Aurine diwaktu kecemasan.

Namun, sehingga hari ini Aurine tidak mengetahui nama lelaki itu.

"Hold this." Arah lelaki yang bermata hazel itu.

Aurine hanya menurut tanpa membantah. Tangannya memegang payung itu. Lidahnya sudah kelu.

"Good girl. Don't cry anymore !! Jadilah seorang gadis yang tabah menghadapi dugaan Allah. Jangan lemah !!" Kata lelaki itu sambil mengusap kepala Aurine lalu melepaskan payung.

Melihatkan sahaja mata lelaki itu yang mula mengecil, Aurine sudah tahu lelaki itu pasti sedang tersenyum.

"Bye sweety girl."

Lelaki itu kemudiannya berlari meredah hujan. Aurine terpinga-pinga.

"Who are you ??" soalan itu meniti dibibir Aurine setelah lelaki tadi hilang dari pandangan.

Follow my ig : @aimierra_honey.
Dm for followback,
Dm if nk masuk my group whatsapp. ☺

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now