BAB 43

12.5K 308 11
                                    

"Aku nak korang culik perempuan tu." Arah seorang lelaki yang sedang membelakangkan anak-anak buahnya.

"Siapa bos?" Soal Fiqri.

"Siapa lagi Fiqri kalau bukan ketua mafia red shadow?!" Suaranya semakin meninggim

"Tapi, dia pandai seni pertahankan diri. Kami tak boleh nak la..lawan dia bos." Kata Daz pula sedikit gagap. Gila apa nak culik si Aurine tu. Mahunya mati mereka nanti.

"Korang ni bodoh ke hah? Korang ni jantan atau betina? Dengan perempuan pun korang takut!" Jerkah lelaki itu sambil memusingkan tubuhnya menghadap anak-anak buahnya.

Anak-anak buahnya hanya menunduk kepala. Takut bila bertentangan mata dengan bos nya!

'Eleh bos ni, kalau bos berlawan dengan si Aurine tu pun.. bos akan kecut juga!' kutuk Fiqri di dalam hati.

"Aku tak kira. Aku tetap nak korang culik ketua red shadow tu. Pasal kuat or not, korang jangan risau. Sebab perempuan tu mengandung. Dia takkan dapat buat apa-apa dengan keadaan sarat macam tu. Kalau dia tetap melawan, maka anak dalam kandungan dia yang akan menjadi taruhan."

"Maksud bos? Bunuh baby dia?" Soal Alex takut-takut. Dia baru je masuk kumpulan mafia ni, tak pernah lagi dia membunuh.

"Bukan bunuh. Gertak je." Jawab Irqam. Iaitu anak ketua mafia Black Starz.

Alex menarik nafas lega.

"Tapi, kalau dia tetap juga melawan..korang bunuh je dia sekali dengan anak dia."

Alex terdiam. Apa dia nak buat ni? Ahh, menyesal gila dia masuk dunia mafia ni.

_____________________

Aurine memandang ke arah pantai yang sedang berombak-ombak. Hatinya sedikit tenang bila memikirkan tentang baby yang akan dilahirkan tak lama lagi.

"Sabar ye baby. Mummy tahu you dah tak sabar nak keluar." Dia mengusap-usap perutnya.

"Mummy dan daddy pun tak sabar nak tunggu baby keluar." Ucap Aurine lalu berhenti mengusap perut setelah sedar dengan keterlanjuran katanya.

Sungguh dia amat merindui Hazrell. Sudah 2 bulan dia tidak berjumpa dengan Hazrell. Hazrell pula seakan langsung tidak mencarinya. Aurine kesal kerana meninggalkan Hazrell.

"Rine rindukan Haz sangat-sangat. Apa agaknya yang Haz tengah buat sekarang ni?" Mata Aurine mula berkaca. Aurine pantas mengelap pipinya yang dibasahi air mata.

__________________

Aurine pov,

Telefon yang berdering aku angkat. Apa yang Eve nak ehh? Tiba-tiba je call aku memalam buta ni. Orang dah lah mengantuk ni.

"Hello Rine?"

"Hello. Kau nak apa ni Eve call aku?" Tanya aku sambil menggosok mata. Aku menguap sedikit. Mengantuk gila haih.

"Rine, kau masih dekat Langkawi ke?" Soal Eve.

"Yaa." Jawabku selamba. Confirm kena marah lepas ni.

"Astagfirullah. Rine, kenapa kau buat macam ni hah? Dah dua bulan kau tak balik dekat Hazrell?!" Tengking Eve. Aduhh, sakit telinga aku.

See, betul kan. Confirm kena marah kaw kaw.

"Aku ingatkan lepas aku and Ha-Nna balik Selangor. Kau balik lah juga keesokkannya. Rupanya masih stay kat situ! Dua bulan pula tu! Aurine, kau memang dah buat kesilapan besar!"

"Isyyy, apa yang aku dah buat? Aku just tak balik Selangor je pun!"

"Silap besar kau sebab buka ruang untuk Haz khawin lain!"

Aku terkedu. Hah??

"Apa maksud kau?" Hati aku berdebar.

"Haz, dia dah nak khawin dah. Malam ni dia bertunang. Esok dia khawin." Jawab Eve.

Air mata aku gugur. Bukan kandungan aku okay! Air mata je tau yang gugur!

"Aku nak kau balik Selangor, datang rumah keluarga Syiqa. Hentikan perkhawinan Hazrell. Please lah Aurine. Takkan kau tak sayang perkhawinan kau? Takkan kau tak sayang Haz and your baby?"

Gila lah aku kalau aku tak sayang suami and baby aku. Aku memegang dadaku. Hati aku sakit.

"Send location, pagi esok aku sampai." Kataku sepatah lalu memutuskan talian. Handphone aku campak di atas katil.

Aku bangun dari katil dan mengeluarkan semua pakaian aku yang berada dalam almari.



Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now