BAB 8

13.9K 474 3
                                    

Aurine pov,

"Ahhhhhhhhh !!!" Aku dan lelaki yang berada dihadapanku menjerit teruja sambil melompat-lompat kegirangan.

Gila tak teruja ?? Dah banyak tahun aku tak jumpa dengan abang sulung aku ni, bila dah jumpa ni mestilah aku happy tahap gila.

Aku memeluk tubuh Hazrell erat.
Dia turut membalas pelukan aku sambil berkata. "Rindu gila kat kau dik."

"Aku pun rindu gila-gila kat kau bro." Aku melepaskan pelukan dan menariknya masuk ke dalam bilikku. Pintu bilikku ditutup rapat dan dikunci. Haa, jangan fikir lain macam ya.

"Aku ada banyak citer nak share ngan kau Haz, kau wajib dengar dan tolong aku !!" kataku sambil duduk di atas katil.

Setelah 30 minit aku menceritakan segala-galanya tentang lelaki mask hitam dan memintanya untuk menyiasat siapa lelaki mask hitam sebenarnya, Hazrell pun mula bersuara.

"Aku rasa cerita kau ni aku boleh buat novel Siapa Lelaki Mask Hitam ?? Woww, nice tajuk dia !!" Hazrell menepuk tangannya sekali tanda suka dengan tajuk yang dia sendiri berikan.

Mata aku terbuntang. Haduhaii abang aku ni suka angkat bakul sendiri.

Aku terus mencapai bantal yang ada diatas katil aku dan memukul tubuh Hazrell menggunakan bantal itu.

"Aku suruh kau siasat siapa lelaki mask hitam bukan suruh buat novel 'Siapa lelaki mask hitam ??'." marahku geram.

Haishh. Susah juga kalau ada abang yang penulis novel ni. Semua benda dia nak bukukan dalam novel.

"Aduh, sakitlah ngekk !! Yelah, nanti aku siasat ok ??" Katanya.

Aku segera berhenti memukulnya.

Oh untuk mengelakkan kekeliruan, sebenarnya abang aku ni berkerja sebagai seorang penulis novel di syarikat penerbitannya sendiri. Dia juga berkerja sebagai penyiasat persendirian.

"Really abang ??" Mataku bersinar memandang Hazrell. Acehhwah!

"Yes, but aku perlukan masa untuk siasat benda ni."

"Alaa, kenapa perlukan masa ?"

"Kau gila ??" Hazrell terdiri dari duduknya. Terkejut dengan soalan aku tadi mungkin.

"Benda ni bukan senang macam petik-petik jari tau, sekali petik terus dapat...woahh it's not like that ok! "

Aku menundukkan wajahku. Hampa.
Hazrell yang melihatku tampak sedih segera memujukku. Dia duduk di sebelahku semula.

"Aurine janganlah merajuk.
Ok macam ni, kau bagi aku masa sebulan saja. Boleh?"

Aku mengangkat wajahku dan senyum sambil membuat jari ok.👌

Dia tersenyum dan menarik tubuhku ke dalam pelukannya.

"Good girl, aku akan buat apa saja untuk kau dik." katanya membuatkan aku terharu.

"Thanks abang." aku membalas pelukannya.

"Abang bila kau nak ubah warna rambut kau ni ?? Bencilah aku tengok." kataku lalu melepaskan pelukkan. Warna rambut Hazrell yang sama dengan Hanz Daniel membuatkan aku sedikit meluat apabila teringat kembali kejadian di cafe tadi.

"Taknak aku !! Ini kan warna rambut asli aku. Tak handsome lah kalau aku tukar warna lain !!" seloroh Hazrell lalu ketawa.

"Rambut kau kan sama dengan lelaki poyo kat college aku....and sama dengan rambut lelaki mask hitam." Kataku sambil baring.

Hazrell terkejut.

"Serious weh? Wahh, senanglah nanti aku buat siasatan kalau kau bagitau dekat aku dengan lebih detail."

Aku terus bangun dari pembaringanku.

"Ya ke senang? Ok warna mata lelaki mask hitam tu hazel tau."

Hazrell ketawa galak.

"Laju kau eaa, aku rasa kan dik, kau ni sebenarnya dah tangkap cintan dekat lelaki mask hitam ni." Usiknya.

"Ma..mana ada" Aku terus terduduk di atas katil. Aduh, asal aku tiba-tiba gagap ni ? Jantung pun berdegup lain macam dah !! I tak suka this feeling ughh.

"A..A..Ada!" kata Hazrell seperti mengejek aku yang gagap tadi. Hazrell semakin ketawa galak.

Belum sempat aku ingin bangun dan memukul kepalanya. Dia terus berlari keluar dari bilikku.

"Tak guna punya abang !! Berani kau ejek aku !" Jerit aku kepadanya yang sudah memasuki bilik.

Double checked ✅✅

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now