BAB 13

12.1K 404 3
                                    

Setelah selesai memilih gaun, mencuba gaun, ambil ukuran dan sebagainya. Aurine dan Hazrell pun meminta diri untuk pulang.

"Ehh, dah nak balik ?? Tunggulah dulu. Aunty nak kenalkan korang berdua dengan anak aunty." kata Datin Karina memujuk.

"Err."

Hazrell memandang Aurine. Aurine sekadar mengangguk.

"Alright aunty." Kata Hazrell.

"Mana anak aunty ??" tanya Aurine sambil duduk di atas sofa. Hazrell turut duduk sama.

"On the way ke butik ni. Sekejap lagi dia sampai lah." Datin Karina turut duduk.

Mata Aurine meliar ke kiri dan kanan.

"Aurine cari apa ??" tanya Datin Karina yang menyedari perlakuan Aurine.

"Aurine cari toilet."

"Ohh toilet, toilet ada dekat tingkat atas. Aurine pergilah naik, lepastu belok ke kiri."

"Ohh okay, thanks Aunty." Aurine segera bangun dari sofa dan berlari menaiki anak tangga ke tingkat atas.

Setelah selesai menggunakan tandas, Aurine keluar dari tandas itu dan menuruni anak tangga.

Langkahnya diatur menuju ke tempat menunggu tadi. Langkah Aurine terhenti saat melihat Hazrell sedang bersembang dengan seorang lelaki.

Lelaki itu sedang duduk membelakanginya, oleh itu Aurine tidak dapat melihat wajah lelaki itu.

"Siapa lelaki yang tengah sembang dengan abang tu ?? Macam kenal je rambut perang merah tu." ngomel Aurine sendirian.

"Eh, Aurine. Meh sini." panggil Datin Karina. Aurine segera menuju ke arah sekumpulan manusia itu.

"Ni Hanz. Anak Aunty Karina." Hazrell menunjuk tangan ke arah Hanz Daniel.

Aurine memandang lelaki yang ditunjuk Hazrell itu. Terbuntang matanya melihat anak Datin Karina yang diperkenalkan Hazrell itu merupakan tenuk pervert.

Hanz bangun dan memusingkan tubuhnya menghadap Aurine. Ingin sekali dia melihat gadis yang bakal dinikahi Hazrell itu.

"Kau ??" serentak Aurine dan Hanz terjerit.

"Kau future wife Hazrell ??" Soal Hanz lagi.

"Ahhh, no way !!!" Bentak hati Hanz.

"Korang berdua ni saling mengenali ke ??" Hazrell menyoal. Pelik melihat gelagat Aurine dan Hanz.

Cliche kan. Setiap kali part yang macam ni, mesti ada orang akan tanya korang berdua ni saling mengenali ke? Hahahaha.

"Kenal sangat." Aurine menjeling tajam ke arah Daniel.

"Aunty, Aurine and Hazrell kena pergi dah ni." Ujar Aurine.

"Ehh kenapa ??" Soal Datin Karina.

"Tadi mummy call. Dia suruh beli barang dapur." bohong Aurine.

Benci betul dia tengok muka Hanz Daniel tu. Aurine segera menyalami tangan Datin Karina.

"Lah, baru je nak ajak kamu berdua makan."

"Tak mengapa lah Aunty. Next time ye. By the way, thanks sebab layan kami berdua dengan baik. Nanti dah siap gaun tu, aunty chatt Aurine ye." kata Aurine.

Datin karina mengangguk. Aurine tersenyum lalu tangan Hazrell ditariknya keluar dari butik itu.

Sebaik sahaja memasuki kereta, Hazrell terus merenung Aurine.

"Kenapa kau tenung aku? Bawa lah kereta tu." Kata Aurine sambil mengikat rambutnya. Panas betul dalam kereta ni.

"Siapa Hanz Daniel pada kau ??" tanya Hazrell sambil menjongket keningnya.

"Bukan sesiapa." balas Aurine.

"Iye ke ni ??" Hazrell semakin mengecilkan matanya.

Aurine ketawa.

"Tak payahlah buat mata macam tu. Nampak sepet macam apek tau tak !"

Hazrell tersengih. "Iyelah tak buat dah. By the way, kita nak beli barang dapur kat mana ni?" Hazrell menyoal sambil menghidupkan enjin.

"Barang dapur ?? Siapa suruh beli ??"

"Ehh tadi kau cakap mummy suruh beli barang dapur."

"Ohhh, itu aku tipu je. Malas nak berlama-lama kat situ."

"Isy, kau ni dik. Tak baiklah buat macam tu."

"I don't care. Asalkan aku tak perlu tengok muka si Daniel tu." Aurine mengeluarkan handphonenya dan membuka aplikasi kamera.

"Eh, tadi kau kata dia bukan sesiapa. Sekarang kenapa kau macam nak lari je dari dia ni ??" Hazrell menjongket keningnya lagi dan mendekatkan tubuhnya pada Aurine.

"Isyy, nanti kat rumah lah aku bagitahu. Bawa kereta ni cepat !" Aurine menolak-nolak dada Hazrell. Mamat ni kalau tak mengusik sehari memang tak sah !!


Vote and comment please,
Author rasa sakit kepala, tak boleh nak check sendiri kesalahan ejaan or grammar .😅

Double check ✅

Sorry lmbt buat double check and tambah ayat bagai.

Sbb author bz exam,

3 sep 2020 💜

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now