BAB 42

13.1K 305 14
                                    


Aurine pov,

Aku berjalan menyelusuri pinggir pantai dengan perasaan kosong. Tak tahu nak pergi mana.

Kring kring.

Aku menoleh ke arah kiosk yang menjual aiskrim. Tiba-tiba je aku rasa terliur nak makan aiskrim.

Sewaktu aku sedang berjalan ke arah kiosk aiskrim, dengan tidak sengaja aku terlanggar tubuh seorang lelaki.

"Err, ma..af.." Aku sedikit terkejut memandang wajah lelaki yang berada di hadapanku.

Aku mengaku yang dia ni semakin kacak. Tapi aku bukan terkejut  sebab rupa paras dia. Aku terkejut sebab dia ialah lelaki yang aku teramatlah alergik. Hanz Daniel!

"Kau ni buta ke? Tak nampak ke orang lalu kat sini? Aku dah lah tengah mengandung ni, kau boleh pula langgar aku. Kalau aku keguguran, aku salahkan kau one hundred percent!" Dari aku nak ucapkan kata maaf, terus bertukar menjadi kata makian. Aku  tak tahu lah kenapa aku maki dia walaupun sebenarnya aku yang terlanggar dia.😅

Hanz tersengih sumbing. "Hmm, walaupun sebenarnya you are the one yang langgar i, tapi i tetap nak minta maaf kat you. Well, you kan mengandung."

Aku mencebik. Menyampah. Aku sendiri pun tak faham kenapa aku rasa menyampah gila dengan mamat ni.

Aku terus membuka langkah meninggalkan dia. Tak mahu aku berlama-lama dengannya.

"Cik Aurine, you look so cute with the bump tummy!" Laung Hanz.

Aurine menjulingkan matanya ke atas tanpa menoleh kebelakang.

Skip,

Aku masuk ke dalam bilik hotel dengan perasaan bengang. Handbag berjenama gucci aku buang ke atas katil.

"Arghhhh!!" Aku menjerit. Rambut aku serabaikan.

Eve dan Ha-Nna yang terkejut mendengar jeritan aku terus memandangku.

"Kau dah kenapa ni Rine??" Soal Ha-Nna risau.

"Tulah, kenapa dengan kau babe? Macam kena sampuk hantu je. Terkejut aku tau." Kata Eve pula. Dia bangun dari sofa dan cuba menenangkan aku.

"Mehh, duduk dulu." Ajak Eve yang sedang memegang lenganku.

Aku terpaksa mendengar kata Eve. Aku mengeluh kemudiannya duduk di atas katil.

"Are you okay? Why are you screaming like that babe?" Tanya Ha-Nna.

"Aku nampak Haz berjalan dengan perempuan gatal tu." Kataku sambil menggepal tanganku. Hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya hati aku bila tengok suami aku keluar dengan perempuan lain.

"Perempuan gatal? Siapa?" Serentak Eve dan Ha-Nna bertanya.

"Argh, aku tak tahu nama perempuan tu. Yang aku tahu, perempuan tu syok kat laki aku." Jawab Aurine.

"Tulah, lain kali jangan tinggalkan husband kau sendirian. Kan dah kena kebas." Kata Eve dengan nada sindiran.

Aku mengecilkan mataku memandang Eve. Seriously? Dia salahkan aku?? Eeee, kecil besar..kecil besar je aku tengok Eve ni. Saja je nak sakitkan hati aku tau.

Haishhh, yang aku pelik sekarang ni..macam mana Hazrell boleh ada kat Langkawi? Dia datang sini atas urusan kerja ke atau saja je nak bercuti dengan perempuan gatal tu??


__________________________________

Hazrell pov,

"Thanks Syiqa sebab tolong i buat Aurine cemburu." Ucapku sambil memandang Syiqa yang duduk berhadapan denganku.

"It's okay. But, make sure dia tak pukul i macam hari tu yaa. I dah serik tau." Syiqa ketawa sedikit.

"Dia takkan pukul you dah. Lagipun, you kan dah tak suka i. Takkanlah dia nak pukul you juga."

"Yaa, tapi dia tak tahu yang i dah tak suka you..and dia tak tahu yang i dah ada tunang."

"Don't worry. I akan bagitahu dia after dia kembali pada i." Aku tersenyum nipis sambil membetulkan butang kot hitam ku.

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now