BAB 26

13.4K 332 2
                                    

Sesudah mengemas pakaian ke dalam beg baju. Aurine duduk bersila di atas katil hospital itu. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Dia termenung sebentar.

Sudah seminggu mummy dan daddy meninggalkan dunia ini. Sudah seminggu juga dia ditahan di wad hospital ini disebabkan darahnya yang melonjak naik.

Hazrell masuk ke dalam bilik wad itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Dia memandang Aurine yang memandang ke luar tingkap.

Aurine dah banyak berubah. Dari yang banyak bercakap sekarang jadi pendiam. Aurine juga selalu termenung dan kuat meracau pada waktu malam. Hazrell buntu, bagaimana dia ingin mengembalikan Aurine yang dulu...

"Hazrell." panggilan Aurine mematikan lamunan Hazrell.

"Iye sayang?" Alamak! Hazrell rasa nak tumbuk je mulut dia sekarang ni. Asal lah boleh terpanggil Aurine sayang. Mulut memang tak berjasa pada tuan hmm.

Aurine tertunduk malu. Entah mengapa dia berasa malu apabila Hazrell memanggilnya sayang.

"Err..Aurine dah siap kemas baju? Kalau dah siap jom kita balik." ajak Hazrell. Mengusir rasa malu yang bersarang ketika itu. Aurine hanya mengangguk dan bangun dari katil.

Skip,

Aurine menyentuh batu nisan Puan Sri Aliya. Air mata mengalir apabila dia teringat zaman kecil nya bersama mummy dan daddy.

Aurine mengesat air matanya dan bersuara. "Aurine tak kuat mummy..tapi Aurine akan cuba untuk belajar melepaskan." Aurine beralih pula pada kubur daddy yang berada di sebelah mummy.

"Daddy..Aurine ingat lagi masa daddy ajar Aurine menembak. But, i still can't manage that because i hate violence. But now, Aurine janji yang Aurine akan belajar menembak balik. Aurine janji akan gunakan setiap step karate dan taekwondo yang daddy ajar dulu. Aurine janji akan balas dendam dekat orang yang dah bunuh mummy and daddy. Itu janji Aurine!! Aurine takkan mungkir janji."

Flashback,

"Berdasarkan apa yang kami siasat, Tan sri Andry dan Puan Sri Aliya sebenarnya dibunuh oleh seorang lelaki berbangsa cina. Tapi, pihak kami masih tidak menemui jejak lelaki itu. Mungkin, suspek telah melarikan diri ke luar negara." kata seorang pegawai polis berpangkat inspektor.

"Tutup kes ini jika pihak encik masih tidak menemui suspek." balas Aurine.

Inspektor Zarif terdiam, pelik betul orang zaman sekarang, selalunya orang akan paksa pihak polis jangan tutup kes tapi perempuan ni macam tak kisah je.

"Faham ke tidak?" soal Aurine. Inspektor Zarif mengangguk perlahan sebelum keluar dari bilik wad Aurine.

'Aku akan cari sendiri siapa yang bunuh mummy dan daddy. Aku akan hukum sendiri lelaki tu!!.'

End flashback.

"Aurine balik dulu ye. Always remember that Aurine sayang mummy dan daddy forever and ever." air mata Aurine mengalir lebat.

Aurine bangun berdiri dan mengorak langkah ke kereta Hazrell yang menunggu. Tadi selepas membaca surah yaasin, Aurine menyuruh Hazrell pulang dahulu. Tapi, Hazrell tetap mahu menunggu. Tidak sanggup dia meninggalkan Aurine keseorangan. Dah lah mummy and daddy baru je kena bunuh. Silap hari bulan, pembunuh itu membunuh Aurine pula.

Aurine mengetuk pintu kereta perlahan. Hazrell yang sedang bermain handphone tersentak. Dia segera membukakan pintu yang berkunci itu, Aurine masuk ke dalam kereta dan menutup pintu itu.

"Kenapa tak balik je dulu?" soal Aurine sambil memakai seat belt.

"Tak sanggup nak tinggalkan wife kesayangan Haz yang sorang ni." jawab Hazrell sambil tersenyum ke arah Aurine.

Aurine memandang Hazrell lama. 'Kesayangan? Mungkin sebagai adik je kot. Tapi dia cakap wife kesayangan. Huh malas lah fikir." getus hati Aurine.

"Kenapa pandang Haz cam tu? Melting erkk??" usik Hazrell.

"Eee, tak ada masa lah." kata Aurine dan memandang ke luar tingkap. Pipinya merona merah menahan malu.

Hazrell tertawa kecil lalu menghidupkan enjin kereta. Kereta dipandu perlahan meninggalkan kawasan tempat perkuburan itu.

Komen if ada something wrong dengan ejaan or ada ayat yang pelik ke...ok?😉

Don't forget to vote and share..

Sharing is caring right..😆

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now