BAB 7

14.4K 539 1
                                    

4.00 p.m.

"Aurine, baru balik ?? Kenapa lambat sangat ??" Soal Puan Sri Aliya.

Aurine yang baru sahaja ingin menutup pintu rumah itu pantas menoleh kearah mummynya.

Mummynya memang seorang yang sangat prihatin. Sering bertanya tentang dirinya.

"Ha'ahh mummy. Tadi Aurine lepak dengan kawan baru kat cafe universiti, sebab itulah lambat sikit balik ni." Balas Aurine sambil meletakkan high heels miliknya di rak kasut.

"Mummy ada masak makanan favourite Aurine. Jom makan. Panas lagi tu." Ajak Puan Sri Aliya.

"Sekejap lagi lah mummy. Aurine nak naik mandi dulu. Badan ni rasa macam ada gam pula." Aurine berseloroh sambil tersengih.

Puan Sri Aliya ketawa kecil. "Kamu ni Aurine, ada-ada sajalah."

"Hehe, Aurine naik dulu ye mummy."

Puan Sri Aliya mengangguk sahaja tanda membenarkan.

Kaki Aurine segera memanjat anak tangga untuk ke tingkat atas. She really need a shower.

Tombol pintu biliknya dipulas perlahan sebelum dia menolak pintu tersebut.

Beg tangan diletakkan di atas meja. Rambut separas pinggang yang dibiarkan lepas dari pagi tadi lagi disanggul tinggi.

Aurine mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangan.

Skrin telefon disentuh perlahan. Tiada sebarang panggilan telefon atau mesej. Kalau dulu Edrian lah yang sentiasa menelefonnya.

Aurine melepaskan nafas berat sebelum telefon diletakkan kembali di atas meja. Tualanya yang tersangkut di kepala katil diambil dan diletakkan di bahunya.

Dengan langkah longlai, Aurine berjalan menuju ke bilik air. Terasa berat kaki ini untuk melangkah lagi. Penat !!

Setelah hampir 15 minit membersihkan diri, Aurine akhirnya keluar dari bilik air. Dia berjalan ke arah wardrobe dan membukanya perlahan. Baju dan seluar diambil dan disarungkan ke badan.

Setelah selesai, Aurine menuju ke meja solek. Kerusi di meja solek ditarik perlahan sebelum dia duduk dihadapan meja solek tersebut. Mata merenung wajahnya sendiri pada cermin dihadapan.

Dengan satu tarikan nafas, tangannya mencapai sikat yang terletak bersebelahan dengan telefon bimbitnya itu. Dia menyisir rambutnya sambil mengelamun sendirian..

Dia merindui Edrian. Rindu yang teramat sehingga tidak mampu diungkapkan. Tiada siapa akan mengerti.

Lamunan Aurine terhenti apabila telefonnya tiba-tiba bergetar. Dia segera meletakkan sikat di atas meja itu kemudian mencapai handphonenya.

Bibir diketap perlahan. Entah nombor siapa lah yang menelefonnya sekarang. Yang tertera di skrin itu hanyalah perkataan unknow.

Malas dia mahu melayan. Entah-entah scammer.

Dia meletakkan telefonnya kembali di atas meja sebelum laci meja solek itu dibuka.

Sebuah buku kecil yang berbalut kemas itu dikeluarkan. Tangannya mencapai pen yang terselit pada buku kecil tersebut. Halaman buku diselak perlahan. Mata pen mula menyentuh halaman buku itu yang ingin dicoretnya itu.

10 Febuari 2018,

Edrian,
Selamat hari lahir sayang. Semoga awak tenang disana. You always in my heart.

Setitis air mata jatuh pada halaman buku tersebut tanpa sedar. Agak lama Aurine merenung halaman tersebut. Aurine memejam matanya.

Buat pertama kalinya, dia tidak menyambut hari lahir Edrian. Dia rindukan kenangan itu. Dia ingin mendengar tawa Edrian lagi.

Tiba-tiba Aurine terbayangkan saat lelaki mask hitam menolongnya sewaktu di high school dahulu.

Menyelamatkannya dari dikejar anjing !! Dari dilanggar kereta !! Dari dirompak !! Dan banyak lagi.

Terlalu banyak jasa lelaki itu terhadapnya. Aurine tersenyum nipis lalu tersentak. Dia membuka matanya.

"Astagfirullahalazim, kenapa aku tiba-tiba teringatkan lelaki mask hitam pula ni ??" Soal Aurine pada dirinya.

"Aku ni... dah terjatuh cinta pada lelaki mask hitam ke ??" Aurine berfikir sejenak sebelum kepalanya digelengkan laju.

"No no no !! Aku takkan jatuh cinta pada lelaki mask hitam !! Tapi hmm... kenapa hati aku...kenapa ia selalu berdebar untuk lelaki mask hitam ??" Monolog Aurine sendirian.

Tuk,tuk,tuk.

Aurine dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu. Pasti Puan Sri Aliya!

Aurine bingkas bangun dari kerusinya dan membuka pintu bilik.

"OMG !!!! " Mata Aurine terbuntang melihat lelaki yang berada dihadapannya.

"Ahhhhhhhh !!!" Aurine dan lelaki itu menjerit teruja sambil melompat-lompat kegirangan.

Hit the vote button !
Now !
Kalau tak author akan hantui hidup kamu!
Ahahaha..k gurau 😯

Done double check for this chapter .

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now