BAB 44

11.6K 305 12
                                    

Keesokkan paginya,

"Eve, betul ke dia akan sampai pagi ni?" Soal Hazrell resah di hadapan pintu pagar rumah keluarga Syiqa.

"Betullah, dia yang cakap sendiri semalam tau." Balas Eve.

"Habis tu kenapa dia tak sampai lagi ni?" Hazrell memegang dahinya sambil berjalan mundar-mandir. Kepalanya berdenyut sakit.

"Mana lah aku tahu. Isyy, kau ni cakap macam aku pula yang drive kereta Aurine tu." Marah Eve.

"Aku risau lah. Dah lah Rine tu mengandung." Kata Hazrell lalu duduk mencangkung. Eyy, tak sesuai lah lelaki handsome duduk macam tu.

"Dah tu? Hei, kau juga tau yang nak sangat dia balik hari ni." Bentak Eve. Geram pula Eve dengan suami Aurine nih. Banyak songeh betul Hazrell ni.

"Hmm." Dagunya ditongkat persis budak kecil. Haha, ok ni baru comel.

_____________________

Aurine membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya masih kabur. Ahh, dekat mana dia sekarang ni?

Aurine cuba mengimbas kembali peristiwa semalam, dimana mulutnya ditekup dengan kain yang menyebabkannya pengsan.

Ahhh. Aurine tersentak. Dia memandang tubuhnya yang diikat pada kerusi. Apa semua ni?

"Bad morning right Rine?" Tegur Irqam yang berjalan ke arah Aurine.

"Hei, lepaskan aku lah hanat!" Aurine meronta-ronta sebaik sahaja menyedari keadaanya tika itu. Sah, dia kena culik.

"What? Hanat? Sorry, my name is not hanat. Nama aku Irqam. Hahaha, aku pasti kau kenal dengan aku."

"Aku tak kenal pun kau babi. Kau tak famous pun." Kata Aurine selamba.

"Babi? Haha, let me show you macam mana perangai babi." Irqam memegang pipi Aurine dan mengeluarkan pisau lipatnya.

"Muka kau cantik tau. Sayang lah kalau aku toreh muka. Tapi, aku tak kisah hahaha!"
Pisau yang dipegang Irqam ditekap pada pipi Aurine.

Aurine menahan kesakitan yang teramat. Pedih. Dia menahan air matanya dari jatuh. Dia tak boleh tunjukkan kelemahannya. Dia harus kuat.

"Gila!!" Jerit Aurine.

"Gila? Emm, boleh tak kalau aku rogol kau? Biar anak kau mati?! Boleh hm?"

"No no please. Jangan buat aku macam ni. Tolong lepaskan aku Irqam." Rayu Aurine.
Dia tidak sanggup disetubuhi lelaki lain, apatah lagi membiarkan Irqam membunuh bayi dalam kandungannya.

______________________

"Hello Hazrell. Ni aku Hanz Daniel."

Hazrell mengetap bibir. Tangannya dikepal.

"Mana bini aku?" Soal Hazrell sedikit menjerit.

"Haz, kau jangan fikir bukan-bukan. Bini kau tak ada pun dengan aku. Phone ni pun aku jumpa masa bini kau kena culik."

"Hahh?? Kena culik?? Kau dekat mana sekarang??" Soal Hazrell terkejut.

"Aku dekat Rawang, area markas persembunyian penculik tu. Aku follow mereka semalam. Tapi, aku tak berani nak masuk seorang. Sebab ramai sangat yang berjaga depan pintu masuk." Jawab Hanz.

"Kau send location sekarang. Aku akan datang dengan secepat mungkin."

"Ok bro." Hanz memutuskan talian dan menghantar location.

Hazrell terus forward location itu ke whatsapp Eve sebaik sahaja mendapat location daripada Hanz.

"Eve, Aurine kena culik. Kau call polis sekarang. Suruh mereka datang ke location yang aku dah share kat kau."

"Kena culik? Siapa culik?" Soal Eve.

"Penculik lah yang culik. Siapa lagi?" Hazrell terus meninggalkan Eve dan masuk ke dalam kereta.

Eve mencebik. Kuat betul mamat ni loyar buruk. Ehh lupa pula, dia kena call police lah! Cepat-cepat dia mengeluarkan handphone nya.

"Nak call polis ke..nak call anak buah Aurine eahh?" Eve berfikir-fikir.

"Ehh, kena call parents Aurine dulu, let them know first. Then, biar mereka yang tentukan siapa yang patut ditelefon." Eve mengangguk-angguk. Yes, tindakan yang betul.

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now