BAB 5

17.3K 533 18
                                    


Selepas tamat waktu pembelajaran. Prof Affan segera keluar dari kelas itu.
Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan kekasih hatinya di luar universiti ini.

Biarpun mereka mengajar di tempat yang sama, tapi mereka tidak suka menghebohkan tentang hubungan mereka itu. Bagi mereka selagi mereka tidak bertunang atau berkhawin, biarlah hubungan itu menjadi rahsia. Kerana itulah mereka selalu berdating di luar universiti ini.

Semua pelajar mula mengemas barang masing-masing. Kelas seterusnya telah dibatalkan kerana Prof Azya cuti emergency. Sekarang mereka boleh pulang atau lepak dimana-mana sahaja.

Oh lupa nak bagitau. Di dalam kelas ini cuma ada 10 orang pelajar melayu,
2 orang kacukan melayu-inggeris iaitu Daniel dan Aurine lah.

Seterusnya, 3 orang pelajar berbangsa cina, 4 orang pelajar berbangsa jepun,3 orang pelajar berbangsa Inggeris dan seorang pelajar berbangsa korea. Mereka semua pandai berbahasa Melayu, tapi lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris.

"Hai Aurine. Boleh kita berkawan?" tanya Eve tanpa segan silu. Pelajar yang berbangsa Inggeris.

"Hai Eve !! Why not ?? Hahaha." balas Aurine sambil ketawa kecil. Aurine memang seorang gadis yang easy-going.

"Alaa, nak kawan juga !! Tak adil lah kalau Eve je dapat." Rengek Ha-Nna sambil membuat muka cute. Ha-Nna ialah pelajar berbangsa korea itu.

Aurine tertawa melihat gelagat Ha-Nna yang sungguh mencuit hati. "Haha, boleh je Ha-Nna. Comel sangat kau ni." Kata Aurine sambil mencuit hidung Ha-Nna.

Mereka bertiga pun ketawa. Geli hati mungkin.

"Err Aurine. Aku minta maaf tau sebab tak back up kau masa orang lain gelakkan kau tadi." ucap Ha-Nna tiba-tiba sambil memegang tangan kiri Aurine.

"Aku pun nak minta maaf juga." Ucap Eve sambil memegang tangan kanan Aurine pula.

"It's ok lah korang." Aurine tersenyum riang.

Ya, mereka berdua ialah orang yang memandang kasihan dekat Aurine tadi.

"Thank you Rine." Eve dan Ha-Nna memeluk Aurine.

"Ehh girls, jom pergi cafe universiti ni nak ?? Dengar cerita, their foods are the best among the best." Ujar Ha-Nna.

"Sure." jawab Eve dan Aurine serentak.

===================

Di cafe,

"Nak makan apa ?? Aku belanja." Kata Ha-Nna sambil menjongket-jongket keningnya dan senyum.

"Awhh, baiknya !! Nak makan lamb chop lah. Ada ke tak eahh kat cafe ni ??" tanya Aurine.

"Ada !! Aku dah makan dah pagi tadi. Sedap tau !!"jawab Eve dengan bersungguh sambil mata dipejam. Muka dia tak boleh blaa. Macam tengah sangap !!

Aurine dan Ha-Nna tersengih penuh makna.

"Sedap sangat ni !!" Kata Ha-Nna dan Aurine serentak.

"Ok. Aku nak lamb chop and apple juice." Kata Aurine .

"Aku pun nak makan macam yang Aurine punya. But aku nak orange juice." Kata Eve.

"Ok, tunggu kejap. Aku pergi beli." Kata Ha-Nna kemudian mengorak langkah ke kaunter memesan makanan serta minuman.

Sedang Aurine leka bermain dengan handphonenya, tiba-tiba datang seorang lelaki duduk di sebelahnya.

Eve langsung tidak menyedari kehadiran jejaka yang bersama teman baik lelaki itu kerana kusyuk sangat bermain phone.

"Hai Aurine !!" sapa lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Hanz Daniel.

"Hurmm." balas Aurine sepatah. Malas nak melayan sangat mamat ni. Nanti mamat ni makin meroyan. Syok sendiri punya pasal.

"Hurmm je ?? Orang say lah hai balik. Tak pun say hai babycayang ke.."
Ahli geng Daniel iaitu Rafiq dan Edward sudah tersengih sumbing.

Rafiq dan Edward sudah mengenali Daniel sejak kecil lagi. Cuma terpisah selepas Daniel berpindah ke Jerman.

Mujurlah, tahun ini mereka ditakdirkan bertemu kembali.

Ahahaha, cliche sangat.

'Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku ni. Aku dah lama nak bagi penendang dekat mamat sewel ni.' monolog hati Aurine.

Aurine memandang Daniel dengan pandangan yang teramatlah meluat dan senyum fake tahap dewa.

"Boleh blaa tak ??" tanya Aurine yang masih dengan senyuman plastik itu

"Boleh." jawab Daniel mudah.

"Tapi you kena bagi hati you dulu, baru i pergi." Kata Daniel lagi. Cett mengayat rupanya. Boleh pigidahh. Fikir Aurine cair ke ?!!

Aurine membuat muka tidak percaya. 'Seriously ?? Mamat ni nak aku mati ke bagi hati aku kat dia ??' gerutu hati Aurine.

"Kau nak aku mampus ke hah cabut hati ni bagi kat kau ??" Marah Aurine.

"Ehh, bukan cabut hati you lah sayang, you ni jauh benor fikirnya. Maksud i tadi, i nk you cintakan i." jelas Daniel sambil senyum. Dia mula menyentuh tangan Aurine dan mengusapnya lembut.

Aurine tersentak apabila tangannya diusap Daniel.

"Shit !!" Aurine bangun dari kerusi itu dan memukul Daniel dengan handbag nya. Geramnya !!

Eve agak terkejut mendengar jeritan Aurine itu. Tak tahu apa yang  dah jadi sebenarnya. Itulah, kusyuk sangat hadap phone.

Rafiq dan Edward juga terkejut, tapi tak tahu nak buat apa. Kang silap hari bulan mereka pula yang dipukul Aurine.

Apabila Daniel bangun cuba untuk menenangkan Aurine, tempat sulit Daniel pula ditendang oleh lutut Aurine. Sakit dia tak boleh bawa bincang.

"Arghhhh !!!" Daniel memegang di tempat sulitnya. Sakit gila weh. Senak!

"Guys, bawa aku pergi dari sini. Faster !!!" arah Daniel dengan muka berkerut sedang menahan kesakitan.

Rafiq dan Edward segera memapah Daniel keluar dari cafe itu.

"Apa pandang-pandang ??" marah Aurine sambil bercekak pinggang pada seorang lelaki yang melihatnya dari tadi. Lelaki itu terus tertelan air liur dan memecut keluar dari cafe itu. Tahu takut !!

Ha-Nna yang kelam kabut ke meja mereka terus menyoal dengan reaksi terkejut ya amat.

"Apa cerita ni weh ?? What's wrong ??" Siapa saja yang tak terkejut kalau suara Aurine yang menjerit tadi bergema satu cafe.

Mujurlah pelajar yang berada disitu sedikit sahaja. Tapi kalau ada orang buka meja membawang, memang satu universiti akan kecohlah jawabnya.

Tajuk utama "Alat sulit Hanz Daniel telah ditendang oleh seorang perempuan dan bengkak selama seminggu."

Erkk.

😂

Double check ✅✅

Follow ig author aimierra_honey.

Nak masuk dlm gp whatsapp author yang menghimpunkan para pembaca dan penulis sila dm okeyh.

Kalau dah masuk jangan left please.

Gp masih fresh. Baru saja dibuat.

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now