BAB 32

18.1K 382 9
                                    

Aurine duduk di atas kerusi yang sememangnya dikhaskan untuk ketua mafia Red Shadow.

"Aku syak dia ada kat Malaysia, sebab nombor yang dia guna untuk hantar chatt kat aku adalah nombor dari Malaysia. Aku nak korang jejak dia sampai jumpa." kata Aurine tegas.

"Baik boss." jawab anak buah nya serentak. Mereka tak pernah mengingkari arahan Aurine walaupun sesukar manapun arahan yang Aurine beri.

"Good. Aku tak nak korang fail lagi macam 3 tahun lepas. Aku tak nak manusia yang dah bunuh parents aku terlepas macam itu aje. Aku nak seksa dia teruk-teruk." mata Aurine mula bergenang air mata.

"Now, keluar. Leave me alone." Aurine memalingkan wajahnya ke tempat lain. Dia tidak boleh mempamerkan keadaannya tika ini. Dia sedih tapi dia kena kuat. Untuk mummy dan daddy.

"Okay boss." mereka semua menundukkan kepala sebelum keluar dari bilik perjumpaan.

"What you give, you will get back. Just wait and see." bicara Aurine sendirian lalu mengesat air mata yang mengalir di pipi.

Skip,

Aurine pov,

Sebaik sahaja aku memasuki rumah. Lampu tiba-tiba terpadam. Eikk, dah kenapa ni? Tiba-tiba je blackout.

Aku mula mendaki anak tangga dengan berhati-hati. Lampu dari lensa kamera aku buka. Sekaligus merakam apa yang lalu-lalang dalam kegelapan macam ini. Ehekk. Readers takut tak?

Krekkk krekkk.

Bunyi apa tu? Macam kerusi.. Tapi siapa yang tarik kerusi? Hazrell dah balik ke? Tapi kalau Haz dah balik mestilah kereta dia ada kat luar rumah tu.

Aku segera melajukan langkahku menuju ke arah bunyi kerusi tadi.
Di celah bawah pintu bilikku bagaikan ada cahaya terang yang menerangi segenap ruang bilikku. Warna dia macam api. Hah? Api? Aku terus membuka pintu bilikku.

Wajah Hazrell aku pandang sebelum pandanganku beralih pada lilin yang menyala dan berbentuk hati❤.
Wow. Cantik.

"Do you like this?" soal Hazrell tersenyum memandangku.

"What? Suka kejutan yang boleh buat aku sakit jantung? Huh?" aku merenungnya tajam.

"Kau tau tak, aku ingatkan bilik ni dah terbakar tadi! Lain kali kalau kau nak bakar bilik ni.. atau rumah ni sekalipun cakap awal-awal! Senang aku packing baju pindah rumah lain. Biar kau mati sorang-sorang dalam rumah ni. " kataku sedikit lantang.

Dia menundukkan kepala. Wajahnya bertukar muram. Kasar sangat ke kata-kata aku? I dont think so but bila tengokkan Hazrell macam sedih dengar kata-kata aku. Aku rasa aku dah melampau. He is my husband. Aku tak sepatutnya cakap kasar.

"Haz, I'm sorry." ucapku. Aku ingin mendekatinya tapi dia mengundur kebelakang setiap kali aku melangkah. Aku pun berhenti melangkah dan memandangnya sayu.

"No. Aku yang patut minta maaf. Sorry Aurine kalau kejutan aku ni terlampau bahaya." ujar Hazrell lalu tersenyum nipis. Dari raut wajahnya, aku tahu dia sedang memendam rasa sakit hati.

"No no no. Kejutan ni ok. Aku suka. Tadi tu aku emotional sikit sebab aku takut rumah ni terbakar. Kau tahu kan rumah ni penting untuk aku. Rumah ni banyak kenangan mummy and daddy."

Hazrell tidak membalas. Dia diam sehingga aku bersuara lagi. "Haz, i will do anything for you until kau maafkan keterlanjuran kata-kata bodoh aku tadi. Just say what you want me to do."

"Aku nak kau jadi isteri dalam kata sebenar. Aku nak jadi suami kau sampai akhir hayat kita. Lupakan perjanjian kita 5 tahun yang lepas Aurine. Stop cari lelaki mask hitam. Aku sayang kau Aurine. Bukan sekadar sayang tapi aku cintakan kau! Aku cintakan kau sejak kita kecil lagi. Sejak aku tahu yang aku ni cuma anak angkat mummy and daddy. Sedikitpun perasaan aku dekat kau tak pernah terpadam walaupun kau sayang dan cintakan orang lain." luah Hazrell. Air matanya perlahan menitik jatuh di atas lantai.

Aku kaku apabila mendengar luahan Hazrell. Jantungku berdegup laju. Hatiku berdebar hebat. Perasaan ni.. sama.. seperti yang aku rasakan masa aku mula-mula jatuh hati pada lelaki mask hitam. Aku memejam mata sebelum aku terbaring atas lantai.





Hi gaizz. Jangan lupa vote this bab. 🤗


Ohh ohh ohh, author dah update 1 bab untuk novel baharu author. Tajuknya ialah Kita Ttm Sampai Khawin! Jangan lupa baca novel baru author. 😁😘❤💋




Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now