BAB 46

13K 333 10
                                    

Aurine membuka matanya apabila terasa ada sesuatu yang berat menindih tangannya. Kemudian dia tersenyum.

Ingatkan apa lah tadi, rupanya kepala Hazrell yang tidur atas tangan dia. Berat macam batu haih.

Sudah 3 hari Aurine terlantar di hospital ini. Doktor menahannya di wad gara-gara dia mengalami pendarahan akibat terlalu lasak.

Mujurlah dia tidak gugur. Hanya pendarahan kecil sahaja. Mukanya yang ditoreh juga sudah dirawat. Harap-harap tak lekat parut. Tapi, kalau lekat parut pun apa susah? Sekarang kan produk kecantikan berlambak di pasaran. Macam-macam produk ada. Jamu Jelita, Karisma Beauty and yang lain-lain.

"Haz, bangun." Aurine mengejutkan Hazrell dengan lembut.

"Emphh." Hazrell membuka matanya dan mengangkat kepalanya. "Kenapa Rine?" Soalnya yang masih mamai.

"Lengan Rine lenguh." Rengek Aurine sambil mencebik bibir. Manjanya isteri Haz ni.

"Nak Haz urut tak?" Soal Haz sambil menyentuh lembut tangan Aurine.

"Tak apa lah." Aurine menggeleng.

Hazrell mengangguk faham. Aurine diam sebentar sebelum memulakan bicaranya.

"Emm, mana wife Haz?" Soal Aurine.

Dahi Hazrel berkerut. "Wife? Siapa?" Setahu dia, dia ada Aurine seorang saja.

"Yang Haz bercuti dengan dia masa kat Langkawi tu." Jawab Aurine dan mencebik. Hatinya masih sakit bila teringatkan perkara itu.

"Oh Syiqa ke? Haha, tu bukan wife Haz lah. Wife Haz ada seorang je. Iaitu Aurine Jasmine." Hazrell tersengih. Ingatkan apa lah tadi.

"Eh, tapi Eve cakap..." Belum sempat Aurine menghabiskan ayatnya. Hazrell sudah meletak jari di bibir Aurine.

"Shhh, itu lakonan kami je hehe. Saja nak buat Rine balik ke pangkuan Haz." Ujar Hazrell.

Aurine mengalihkan jari Hazrell dari bibirnya. "Hmm, Rine ingat Haz betul-betul sayangkan Syiqa tu." Aurine mencebik, matanya hampir menangis.

Hazrell memegang tangan Aurine. "Tak lah sayang, Haz mana ada sayangkan Syiqa. Haz cuma cinta dan sayangkan Aurine je." Tangan Aurine diciumnya lembut.

"Lagipun, Syiqa tu dah khawin dah pun. Yang pasti bukan dengan Haz lah." Kata Hazrell lagi.

"Ohh, mujur lah. Kalau tak, Aurine tak nak duduk Malaysia dah."

Hazrell ketawa. "Aipp, tak baik tinggalkan suami sayang yang kacak dan setia ni tau."

Aurine tergelak kecil. Lucu pula rasa, bila Hazrell angkat bakul sendiri haha. 😂

______________________

Hanz memasuki bilik wad Aurine. Bakul yang berisi buah apple, orange, dan anggur diletakkan di atas meja kecil.

Dia berjabat tangan dengan Hazrell. "Sorry, sebab baru hari ni aku dapat melawat Aurine." Ucap Hanz kepada Hazrell.

"It's okay Hanz." Ujar Hazrell sambil senyum. "Ehh, duduk lah, sembang dengan Aurine. Aku nak keluar kejap, nak belikan makanan untuk Aurine. Dia kata makanan kat hospital ni tak sedap."

Hanz tergelak kecil. "Okay, thanks Haz."

Hazrell mengangguk.

"Haz keluar dulu ya sayang." Hazrell mencium dahi Aurine. Berat hatinya ingin meninggalkan Aurine dengan Hanz. Tapi, dia percaya yang Hanz takkan buat benda tak elok pada Aurine. Langkah Hazrell terus diatur keluar dari bilik wad Aurine.

Hanz melabuhkan duduknya di atas kerusi.
Dia memandang Aurine yang menunduk. Sesekali Aurine mengerling ke arah Hanz.

Hanz ketawa kecil. "Kenapa you macam takut dengan I ?" Soal Hanz.

Aurine mengangkat kepalanya. Dia mengeluh. "Saya bukan takut dekat awak. Cuma, saya rasa bersalah dekat awak. Sebab saya selalu maki and marah awak. Tapi, at the end..awak yang tolong saya." Ujar Aurine. Tiada lagi perkataan aku dan kau.

"Haha, pertolongan kecil je Aurine. I just call Haz je, suruh dia datang ke tempat you kena culik. I mana berani selamatkan you sendirian. Well, i tak pandai berlawan. Pegang pistol lagi lah tak pernah."

"Tapi, kalau awak tak ada masa malam yang saya kena culik tu, saya takkan selamat dah sekarang ni." Kata Aurine lagi.

"Thanks Hanz." Ucap Aurine ikhlas.

"Berterima kasih pada Allah, sebab dia masih panjangkan umur awak dan baby awak." Hanz hanya tersenyum.

"Emm sebenarnya, I datang sini untuk ucap selamat tinggal. I akan berangkat ke Korea malam ni. I akan stay there untuk selamanya kot."

"Kenapa?" Soal Aurine.

"My dad buka cawangan di Korea. So, I lah yang kena jaga company kat sana." Balas Hanz.

"Ohhh, good luck Hanz."

"Thanks Aurine. By the way, sebelum I pergi, boleh tak I nak tahu sesuatu? Kenapa you bencikan I dulu?"

"Seriously awak tak tahu kenapa?" Aurine tergelak.

"Yaa, I tak tahu langsung." Hanz tersengih janggal.

"Sebenarnya, perasaan benci tu muncul bila awak langgar saya masa kat Universiti dulu. Yang kaki saya terseliuh tu sebab awak lah. Dah lah awak tak minta maaf kat saya. Lepas tu, awak siap gelakkan saya lagi tau masa dalam kelas."

"Laaa, you rupanya perempuan yang I langgar tu. Hahaha, sorry. I langsung tak perasan itu you. I time tu kelam kabut sangat."

"Haha, it's ok. Benda dah lepas dah pun. Tak nak dikenang lagi. Takut terbenci sekali lagi dekat awak." Aurine ketawa.

"Yaa, you are right. Ok lah, I need to go now. Nak pack baju."

"Ok bye, take care Hanz dekat sana nanti."

"Ok, you too Aurine." Hanz bangun dari kerusi dan bergerak ke pintu.

Langkahnya terhenti, dia harus luahkan perasaannya pada Aurine. Tapi, dia tidak punya keberanian. Dia takut kalau Aurine bencikan dia lagi. Jadi dia mengambil keputusan untuk luahkan dalam hati saja.

"I love you so much Aurine. Dari dulu sampai sekarang. Tiada siapa boleh curi hati I selain you. Tapi, jodoh telah ditetapkan oleh Allah sejak kita berada di dalam perut mummy lagi. Dan kita memang tak ditakdirkan untuk bersama. Semoga you bahagia dengan jodoh you Aurine. Thanks sebab dah tak bencikan I." Luah Hanz di dalam hati. Dia redha.

Dia pun berpaling kebelakang dan tersenyum memandang Aurine. Pintu terus dibukanya dan dia pun keluar. Dia takkan kembali lagi.

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now