BAB 28

15.4K 328 4
                                    

Sebulan kemudian,

Hazrell pov,

Seusai menunaikan solat maghrib, aku segera melipat sejadah dan letakkan ke atas katil. Aku berjalan keluar dari bilikku dan membuka pintu bilik Aurine. Dia tak balik lagi?

Aku tutup kembali pintu bilik Aurine dan menuruni anak tangga. Kakiku mengorak langkah ke ruang tamu.

Aku duduk di atas sofa. Remote tv dihadapanku aku ambil dan membuka tv. Setiap channel yang disiarkan aku tukar. Semua drama membosankan! Aku tutup kembali tv itu dan baring.

Bosan gile hmm...mana Aurine pergi ni? Kenapa tak balik-balik lagi?

Bunyi ketukkan pintu memeranjatkan aku. Aurine dah balik ke? Ahh yes ! Tapi kenapa dia tak buka sendiri je pintu?

Agaknya dia lupa bawa kunci rumah ni kot. Aku bangun dari sofa dan berlari ke arah pintu utama. Pintu yang dikunci itu aku buka cepat dan aku segera memeluk Aurine.

Aurine kelihatan blur dengan tindakan aku. "Hazrell, kenapa peluk Aurine nih?" tanya dia tanpa menolak atau membalas pelukkan aku.

Aku melepaskan pelukkan dan memegang kedua belah pipinya. Pipinya aku cium lembut. Segera dia menolak aku dan mengelap pipinya menggunakan tangan.

"Isyy, kenapa cium pipi orang ni?" marahnya seakan rimas dengan tindakan aku.

"Hazrell rindu wife kesayangan Hazrell." kataku sambil mencuit hidung nya.

Pipinya memerah. Dia segera memasuki rumah dan meninggalkan aku yang tersengih macam kambing. Happy gila siot dapat kiss pipi bini woii.😍

Aurine pov,

Aku berlari menaiki anak tangga dan memasuki bilikku. Aku tak tahu kenapa hati aku rasa berdebar sangat bila Hazrell buat macam tu dekat aku.

Aku membaringkan tubuhku di atas katil. Aku asyik teringat kata-kata dia tadi. Dia rindukan aku? Entah mengapa ucapan itu membuatkan hati aku terusik.

Aku sembamkan muka aku pada bantal pelukku. Ahh malunya !!
Aku peluk bantal peluk aku dan berguling di atas katil sampai terjatuh atas lantai.

"Auchhh !!" aku terjerit kesakitan.

Hazrell mengetuk pintu bilikku sebaik sahaja mendengar bunyi jeritan aku.

"Masuk je!" laungku sambil cuba untuk bangun. Aku tak boleh nak bangun doe. Bila cuba bangun terus terbaring balik atas lantai.

Sebaik sahaja Hazrell membuka pintu, terus dia mendekati aku dan menolong aku bangun. Terkejut juga dia pada mulanya bila dia tengok aku terbaring macam tu.

"Macam mana boleh jatuh?" tanya dia selepas mendudukkan aku di atas katil.

"Cam tu jelah." balasku acuh tak acuh. Takkan aku nak cakap yang aku jatuh sebab guling-guling atas katil. Kang nanti dia tanya pula kenapa aku guling-guling atas katil. Kalau aku cakap sebab aku terbayang kata-kata rindu dia tadi kan, mahunya syok lebih dia.

Hazrell menarik hidungku. "Eee, budak ni. Orang tanya ni bukan nak jawab elok-elok."

"Awhhh sakitlah!" aku menolak tangan Hazrell. Hidungku aku gosok. Aku menghadiahkannya jelingan.

"Isyy jeling-jeling pula, Haz cium sayang nanti baru tahu."

Sayang? Aduih Haz, janganlah buat aku melting selalu. Hati ni tak kuat hmm..

"Cium ah. Macamlah berani sangat." sengaja aku ingin mengujinya. Berani ke dia nak cium aku lagi? Aku tendang dia sampai patah riuk pinggang dia nanti baru tahu.

Eh eh, Aurine... Aurine..tak padan dengan sakit kau ni. 💆💆

Sorry update sikit sgtttt..
Author bz sgt bila naik f5 ni..
Idea pom kekeringan😕

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now