BAB 31

14.3K 331 8
                                    

"Psst!" panggil Aurine.

Hazrell tidak menoleh. Dia masih menumpukan perhatian pada aktiviti memasak nya.

"Psst!" panggil Aurine lagi.  Sedikit kuat daripada tadi. Lantas Hazrell terus menoleh. Tetapi, cuma sekejap.
Kepalanya kembali lagi pada kuali di hadapannya. Sambal petai goreng sotong yang dimasaknya sudah menyebarkan bau. Bau yang membangkitkan selera makannya.

"Ya, sayang. Why?" soal Hazrell tanpa memandang isterinya.

"Tadi kata suruh teman kau lunch. Ini bukan teman lunch namanya, ini teman kau memasak!" Aurine menggosok hidungnya yang terasa sedikit gatal. Sesekali dia terbersin.

"Iyelah sayangku oi, kalau nak lunch kena lah memasak dulu."

"Kenapa tak makan kat luar je? Buat susah je memasak. Dah lah lama pula tu memasak. Nasib baik aku takde meeting dah hari ni." Aurine bersin lagi. Hazrell mentertawakannya yang sering bersin dari tadi.

"Kenapa kau gelak?" soal Aurine geram.

Hazrell tidak menjawab. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Tangannya masih sibuk mengacau sambal petai di dalam kuali.

"Sayang, mari sini. Try masakan biey ni." panggil Hazrell

Aurine pantas menggeleng. "Tak nak lah. Busuk." tolak Aurine pantas.

"Amboi, sedapnya mulut sayang cakap masakan biey busuk. Sayang tak rasa lagi tau. Kalau sayang dah rasa masakan biey ni, biey confirm sayang takkan pandang kiri kanan dah." ujar Hazrell bersemangat.

Sambal yang siap dimasak dihidangkan di atas pinggan bersih lalu pinggan itu diletak di atas meja.

"Eleh, biey pom tak pernah rasa lagi mulut sayang yang gi cakap sedap tu." Aurine loyar buruk.

"Are you trying to seduce me sayang?" kening Hazrell terjongket. Bibirnya mengukir senyuman senget.

Pandangannya tampak lain dari yang lain. Dia mula mendekati Aurine. Wajahnya didekatkan pada wajah Aurine.

"Ehh mana ada. Isy, jangan lah fikir blue. Aku gurau je pom." Aurine cuak. Tangannya pantas menutup mulutnya.  Jantung Aurine berdetak kuat apabila membalas pandangan Hazrell.

Hazrell ketawa galak. Suka sangat dia mengusik Aurine. Aurine mencebik dan mendengus geram.

Skip,

Satu pesanan whatsapp masuk ke dalam handphone milik Aurine saat dia sedang disuap Hazrell nasi dan sambal itu. Puas dia menolak, tetapi Hazrell tetap memaksanya. Akhirnya dia mengalah kerana tidak mahu Hazrell terasa hati.

'Sedap juga sambal yang Hazrell buat ni.' puji Aurine di dalam hati. Takleh puji depan-depan nanti kembang hidung Hazrell. Aurine mencapai handphone nya dan segera membuka aplikasi whatsapp.

Unknow.

Are you still looking for me huh Cik Aurine Jasmine?

Aurine mengetap bibirnya. Air mukanya berubah muram. Shit.
Aurine segera bangun dari kerusi dan mencapai beg tangannya.

"I've got to go. Sorry Haz. Bye, i love you." kata Aurine tanpa menyedari keterlanjuran kata-kata nya. Hazrell yang pada awalnya pelik melihat perubahan air muka Aurine terus tersenyum apabila  mendengar ungkapan i love you itu.

Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮𝖔𝖒𝖕𝖑𝖊𝖙𝖊) ✔✔Where stories live. Discover now